Rabu, 20 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Keluarga berharap Saras 'kembali tidak lama lagi'

Posted: 20 Jul 2011 10:50 PM PDT

Pagi ini adalah hari yang penting bagi N Sasinthra Devi.

Ini kali pertama wanita berusia 27 tahun itu akan mengadakan sidang akhbar bagi pihak keluarganya bagi mengumumkan sokongan tidak berbelah bahagi dan menuntut keadilan bagi makciknya, Sarasvathy Muthu.

azlanDengan memberanikan dirinya, Sasinthra berkata keluarganya langsung tidak percaya dengan keputusan kerajaan untuk menahan Sarasvathy, atau lebih mesra dengan panggilan Saras dan lima pemimpin PSM yang lain mengikut Ordinan Darurat (EO).

Beliau membidas kerajaan kerana menggunakan undang-undang yang dikhaskan untuk penagih dadah dan samseng ke atas makciknya yang berjuang bukan untuk dirinya tetapi membela golongan miskin dan terpinggir.

Walaupun cuba sedaya upaya menunjukkan ketegasan seperti perwatakan makciknya, namun Sasinthra tidak dapat menahan kesebakan dan mengalirkan air mata apabila menceritakan keadaan kesihatan wanita itu.

Tidak banyak maklumat yang diperolehi berhubung keadaan enam tahanan Parti Sosialis Malaysia (PSM) itu. Namun menurut rakan-rakan Sarasvathy, beliau pernah dikejarkan ke hospital dan mengadu sakit dada.

Cebisan maklumat itu cukup meremukkan hati Sasinthra kerana setelah 19 hari ditahan, tidak ada berita yang disampaikan kepada keluarganya.

"Saras bukan sahaja pemimpn parti, tetapi juga pemimpin keluarga kami. Kami hanya tahu dia dikejarkan ke hospital... Kami benar-benar bimbang mengenainya," kata Sasinthra sambil linangan air mata mengalir di pipinya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Dari tukang kasut kepada ikon BERSIH

Posted: 20 Jul 2011 10:26 PM PDT

Siapa sangka seorang peserta yang digambarkan ganas dan didakwa membawa pisau dalam perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu merupakan seorang tukang kasut yang berperwatakan amat lemah lembut.

Berbeza dengan gambaran 'perusuh' yang dipotretkan - bertubuh sasa, berseluar celoreng ala tentera dan mengharungi gas pemedih ketika orang lain bertempiaran lari - Abdul Razak Endut hanyalah lelaki biasa yang merendah diri.

NONE Tidak hairan, peguamnya Ahmad Nizam sendiri mengakui tersentuh dengan perwatakan lelaki 32 tahun kelahiran Temerloh, Pahang itu.

"Beliau ini lain. Bukanlah asyik melepak macam anak muda lain. Ini agak jarang ditemui sekarang ini," katanya yang kebetulan sudah lama mengenali Abdul Razak.

Tukang kasut di sudut kecil depan kedai pakaian lama atau bundle milik abangnya berdekatan stesen bas Temerloh itu antara beberapa 'watak kecil' yang menjadi perhatian selepas aksi mereka dipotret lensa kamera pada perhimpunan BERSIH 2.0.

Bagaimanapun, berbeza dengan individu lain yang cuba diangkat sebagai wira, nasib sebaliknya menimpa Abdul Razak apabila beliau didakwa digambarkan secara negatif oleh media arus perdana.

Saya sayang kawan-kawan

Berita Minggu (edisi Ahad Berita Harian) sehari selepas perhimpunan BERSIH menyiarkan gambar Abdul Razak di muka depan dengan tajuk: "Seorang perusuh membawa pisau dalam perhimpunan haram".

NONETajuk kecilnya pula berbunyi: "Perusuh guna senjata, batu, lawan polis". Gambar yang sama juga dimuatkan di halaman utama New Sunday Times (edisi Ahad New Straits Times) dengan tajuk: "Peaceful (Aman)?".

Dianggap sosok 'misteri' sebelumnya, Abdul Razak bagaimanapun pada 17 Julai tampil pertama kali di pentas ceramah PAS di Kuala Lumpur menafikan dakwaan itu, sebaliknya mendakwa beliau hanya memegang sebatang bendera Malaysia kecil.

Sementara itu, mungkin ramai yang hairan bagaimana Abdul Razak mampu bertahan mengharungi kepulan asap daripada gas pemedih mata yang tebal.

"Saya juga sesak nafas juga, abang. Tetapi dah saya ditugaskan clear tempat itu.

"Bila gas dilepaskan, saya tengok belakang saya semua orang tua-tua semua. Takkan saya hendak lari," kata aktivis muda PAS itu.

"Saya sayang kawan-kawan saya," katanya sambil mengakui sudah beberapa kali memegang kanister dan melontarkan ke kawasan lapang dalam beberapa perhimpunan sebelum ini.

Main gimnasium, silat

Bergiat dengan PAS sejak di bangku sekolah lagi, Abdul Razak sudah menyertai Unit Amal - yang dianggap barisan depan pembangkang dalam setiap perhimpunan - sejak tujuh hingga lapan tahun lalu.

Pada hari perhimpunan itu, tambahnya, beliau bersama kira-kira 100 anggota lain anggota Unit Amal bertolak daripada Temerloh - 135 kilometer daripada Kuala Lumpur - semata-mata untuk menuntut reformasi dalam sistem pilihan raya.

NONEBeliau pada hari itu ditugaskan sekitar kawasan Jalan Pudu dan Menara Maybank - antara tempat yang menyaksikan paling ramai orang berkumpul.

Ditanya sama ada beliau pernah menyertai pasukan keselamatan ekoran tubuhnya yang sasa, Abdul Razak dengan malu-malu berkata: "Saya main gym (gimnasium) dan silat, abang."

Pada hari itu, tidak seperti lazimnya, kesemua anggota Unit Amal, termasuk Abdul Razak, memakai baju putih dan bukan merah yang selalu dikenakan.

Kini, sejak penampilan mengejutkan di Gombak Ahad lalu, lelaki yang lebih mesra dengan panggilan "Ajak" itu mula dipanggil menceritakan pengalamannya, sekali gus menyelar beberapa media arus perdana yang didakwa memfitnahnya di pentas ceramah.

"Baru-baru ini saya dipanggil berceramah di Mentakap (pekan berdekatan Temerloh)," katanya lagi, masih dengan nada merendah diri.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved