Selasa, 20 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Najib, Rosmah buat permohonan tolak sepina

Posted: 20 Sep 2011 10:57 PM PDT

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dijangka memfailkan permohonan untuk menolak sepina yang mewajibkan mereka untuk tampil sebagai saksi pada perbicaraan liwat yang membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang berlangsung.

Menurut sumber yang memaklumkan Malaysiakini, pasangan itu akan memfailkan permohonan mereka pada hari ini.

Butiran mengenai permohonan itu setakat ini tidak jelas. Masa mereka akan memfailkan permohonan itu juga belum diketahui.

[Baca berita penuh]

Wakil rakyat BN 'berkubu' di S'gor

Posted: 20 Sep 2011 10:55 PM PDT

Kira-kira 240 wakil rakyat BN di seluruh negara hari ini 'berkubu' di Kuala Selangor dalam permukiman mereka di 891 peti undi dalam rangka merampas kembali negeri itu dari Pakatan Rakyat.

Permukiman yang berlangsung selama tiga hari hingga Jumaat ini diadakan dalam usaha memastikan kemenangan BN dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dalam permukiman itu, kita menghantar semua ADUN di peti-peti undi yang telah dikenalpasti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Mereka menyusun jentera, berjumpa dan membantu peti undi tersebut termasuk mengadakan perjumpaan dengan pemimpin BN di peringkat bahagian, (dan) menyusun rancangan di peti undi itu," kata anggota urus setia pemukinan itu yang enggan namanya dinyatakan.

Urus setia itu juga memberitahu Malaysiakini, ADUN 'angkat' yang dikenalpasti akan bermukim di semua peti undi dan dikehendaki menghantar laporan kepada BN negeri selepas itu.

Urusetia berkata permukiman tersebut akan dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak malam esok di Perkarangan Tesco di Kuala Selangor jam 8.30 malam.

[Berita penuh menyusul]

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved