Selasa, 20 September 2011

Malaysiakini :: Surat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Penggunaan perkataan 'tak tepat' dalam berita

Posted: 20 Sep 2011 01:20 AM PDT

Saya merujuk laporan berita bertajuk "Menteri Besar enggan dedah laporan penuh Jais" yang disiarkan di Malaysiakini pada 19 September 2011.

Saya mendapati perkataan 'enggan' yang digunakan pada laporan itu telah menimbulkan salah faham dan salah tanggapan orang ramai terhadap kenyataan yang dibuat oleh Menteri Besar.

Perkataan 'enggan' yang digunakan dalam laporan berita itu seolah-olah menunjukkan Menteri Besar dengan sengaja tidak mahu atau menolak daripada mendedahkan isi kandungan laporan JAIS.

Ketika ditanya wartawan pada Majlis Sambutan Aidilfitri anjuran PKNS, semalam, Menteri Besar menjelaskan bahawa beliau tidak boleh mendedahkan sebarang kandungan laporan itu sebelum perbincangan diadakan dengan DYMM Sultan Selangor.

Beliau dengan jelas menyatakan bahawa sebarang komen atau pendedahan laporan Jais hanya boleh dibuat pada minggu depan selepas mengadakan perbincangan dan mendapat nasihat daripada DYMM Sultan Selangor terlebih dahulu.

Kami amat berharap pihak editorial lebih berhati-hati menggunakan perkataan dalam setiap laporan berita untuk mengelak salah faham orang ramai.

Penulis merupakan setiausaha politik kepada menteri besar Selangor.

Harap janji dapat ditunaikan

Posted: 19 Sep 2011 07:33 PM PDT

Seperti tersedar daripada mimpi apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumunkan ISA akan dimansuhkan pada Hari Malaysia 2011.

Berita ini membawa satu kejutan kepada masyarakat Malaysia kerana tidak terdapat sebarang berita mengenai pemansuhan bagi akta tersebut sebelum ini.

Walau bagaimanapun, masyarakat Malaysia menunggu ketibaan pengumunan ini untuk tempoh masa yang panjang supaya dapat melangkah ke arah demokrasi yang sebenarnya lalu bersaing dengan negara-negara maju yang lain di mana kebebasan untuk bersuara mahupun berhimpun merupakan salah satu unsur yang penting untuk kemajuan dan transformasi bagi sesebuah negara.

Keputusan yang dianggap berani dan terbuka tersebut mendapat sambutan yang agar baik daripada kalangan rakyat Malaysia. Namun, keputusan yang muktamad masih perlu menunggu untuk diluluskan oleh Dewan Rakyat yang akan dijalankan.

Sejak ISA dilaksanakan pada tahun 1960 telah membawa peristiwa yang dikatakan mengecewakan hati rakyat apabila digunakan untuk menahan sesiapa sahaja tanpa melalui bicara mahkamah yang adil. Tindakan ini secara jelasnya telah melanggar hak asasi manusia yang paling asas.

Demi menjadi sebuah negara yang maju mahupun mempunyai tahap demokrasi yang sihat, rakyat seharusnya diberikan hak bersuara dan berhimpun yang sepatutnya asalkan tindakan tersebut tidak menjejaskan ekonomi dan kesejahteraan negara.

Para peminpin harus memberi peluang kepada rakyat untuk meluangkan pendapat dan menerima kritikan dengan hati yang terbuka.

Masa pilihan raya Ke-13 dipercayai semakin mendekati, buat pertama sekali adik William akan menjadi salah seorang pengundi yang dapat memberi sedikit pengaruh untuk menentukan masa depan negara ini.

Diharapkan pilihan raya yang akan diadakan ini adalah berbeza daripada pilihan raya yang lalu. Para peminpin harus memberi ruang yang lebih luas kepada rakyat untuk memberi pandangan dan pendapat yang bernas kepada pembangunan masa depan negara setelah ISA dimansuhkan.

Peminpin yang sudi mendengar suara rakyat mampu menyerap pengetahuan mahupun cadangan yang berlainan sudut untuk menjadi satu arah untuk menjana transformasi pembangunan negara di arena globalisasi ini.

Akhir kata, diharapkan janji daripada perdana menteri ini akan ditunaikan supaya rakyat tidak dikejutkan bahawa pengumunan tersebut hanya merupakan satu mimpi yang indah sahaja.

Inilah masanya untuk negara melangkah ke satu destinasi yang baharu untuk menjadi sebuah negara yang mampu bertanding dengan negara-negara maju yang lain di dunia ini supaya demokrasi yang diusahakan oleh rakyat Malaysia dapat menjadi satu teladan kepada negara lain selain mencetak satu sejarah bagi negara ini.

16 September 2011 bukan saja meraikan Hari Malaysia tetapi juga "Kelahiran Demokrasi Baharu Malaysia." Seperti tema Merdeka bagi tahun ini, "Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera".

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved