Rabu, 28 September 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


PERKASA ancam lagi protes terhadap Mat Sabu

Posted: 28 Sep 2011 10:36 PM PDT

PERKASA Negri Sembilan memberi amaran akan menganjurkan lebih banyak protes ke atas Mohamad Sabu jika timbalan presiden PAS itu berani menjejakkan kakinya di negeri berkenaan untuk menyampaikan ceramah.

NONEKetua PERKASA negeri itu, Mohd Noor Nordin Abdullah berkata beliau sendiri akan mengetuai protes terhadap Mohamad atau lebih popular dikenali sebagai Mat Sabu, jika pemimpin parti Islam itu enggan memohon maaf berhubung kenyataannya mengenai peristiwa Bukit Kepong.

"Saya beri jaminan buat protes terhadap tindakan Mat Sabu, memperlekehkan anggota polis dan keluarga mereka terkorban dalam serangan pengganas komunis.

"Protes ini bukan hanya disertai PERKASA negeri sahaja, malah melibatkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kesal dengan kenyatan Mat Sabu," kata di Rahang, Seremban dipetik akhbar Sinar Harian.

NONEAmaran itu dikeluarkan selepas pergaduhan tercetus pada ceramah Mat Sabu ceramah di Ampangan, Seremban Sabtu lalu. Pada kejadian itu dua penyokong PAS cedera selepas mereka cuba menghalang ahli PERKASA daripada mara menuju ke pentas ceramah.

Bertindak liar

Mat Sabu menimbulkan kontroversi selepas beliau pada ucapan pada 21 Ogos lalu memuji Mohamed Indera, seorang pemimpin pemberontak yang mengetuai serangan ke atas balai polis Bukit Kepong pada tahun 1950, sebagai pejuang kemerdekaan.

Kenyataan itu telah menimbulkan perdebatan hangat di seluruh negara berhubungan perjuangan kemerdekaan negara. Tetapi Mat Sabu mempertahankan kenyataannya dengan mendakwa bahawa mereka yang berada di balai polis ketika itu berkhidmat kepada kerajaan Inggeris.

Fracas during Mohd Sabu ceramah at SerembanMengulas pergaduhan Sabtu lalu, ketua penerangan Pemuda PAS Riduan Mohd Nor dalam satu kenyataan hari ini berkata PERKASA sengaja cuba menimbulkan suasana huru-hara.

"PERKASA sengaja membiarkan ahli dan penyokongnya bertindak liar bagi menghangatkan suasana supaya penyokong PAS pula bertindak balas.

Sepak terajang politik

"PAS telah lama bergelumang dalam politik, dan tahu asam garam serta sepak terajang politik tanahair. Ahli-ahli PERKASA tidak perlu mencetuskan provokasi yang akhirnya nanti menjerat ahli-ahli dan PAS sendiri.

perkasa protest in mat sabu seremban ceramah 250911 injured pas supporter hadi"PAS telah lama mentarbiyah ahlinya supaya bersabar dan bertenang dalam situasi seperti ini sebagaimana PAS juga mentarbiyah ahlinya agar berjihad dan tidak gentar kepada sesiapa juga," katanya.

Menurut Riduan, menganggu program PAS serta memukul penyokong parti itu adalah tindakan penakut bagi mereka yang tidak mahu mencari kebenaran.

"PAS sama sekali tidak izinkan sebarang keganasan timbul di negara ini dan akan tetap istiqomah memilih jalan demokrasi bagi mendapatkan kuasa membentuk kerajaan.

"DPPM yakin rakyat telah mula membuka mata dan mencari kebenaran disebalik sejarah negara yang diselewengkan faktanya," katanya lagi.

PAS sangsi majoriti penduduk sokong tubuh Perbadanan Kg Baru

Posted: 28 Sep 2011 10:16 PM PDT

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar (KWPKB) didesak mendedahkan butiran mengenai jumlah borang soal selidik berhubung cadangan penubuhan Perbadanan Pembangunan Kampungh Baru (PPKB), yang telah dipulangkan oleh penduduk.

Ketika membuat desakan tersebut, Dewan Pemuda PAS kawasan Titiwangsa (DPPKT) ingin tahu, daripada jumlah itu, berapakah jumlah keseluruhan penduduk asal Kampung Baru yang perlu diserahkan borang soal selidik berhubung cadangan penubuhan PPKB.

Timbalan ketua DPPKT, Mohd Shahir Abu Hassan berkata, kenyataan bahagian komunikasi KWPKB semalam menyebut 93.8 peratus pemilik setuju dengan penubuhan PPKB.

"DPPKT mempersoalkan adakah jumlah ini menggambarkan majoriti penduduk menyokong penubuhan perbadanan tersebut, sedangkan daripada maklumat yang diperolehi, hanya 30 peratus penduduk memulangkannya," katanya dalam satu kenyataan.

DPPKT, tegasnya berpendapat, kementerian perlu mendedahkan jumlah keseluruhan borang soal selidik yang diterima.

"DPPKt juga berpendapat kementerian sepatutnya berusaha mendapatkan persetujuan penduduk, paling tidak 80 peratus daripada penduduk keseluruhannya.

"Ini kerana mereka adalah pemilik asal tanah Kampung Baru dan kerajaan berhasrat membangunkan tanah tersebut. Amat wajar kerajaan mendapatkan persetuju mereka dahulu sebelum membuat sebarang keputusan.

"Jika tidak ia dianggap sebagai mengambil hak penduduk tanpa kebenaran," tegas Mohd Shahir.

Menurutnya, pihak kementerian sendiri mengakui bermasalah untuk menghubungi pemilik kerana pelbagai faktor seperti pemilik yang telah meninggal dunia, pewaris yang tidak membuat tuntutan pusaka kecil, pemilik berada di luar Kuala Lumpur, pemilik sukar dihubungi serta kesukaran mendapatkan persetujuan sesama pemilik dalam satu lot.

"Jika demikian, apa perlunya rang undang-undang Perbadanan Kampung Baru dibacakan kali kedua di Parlimen pada bulan Oktober nanti?

"Bukankah ini menggambarkan cadangan kerajaan dibuat dalam keadaan terburu-buru sedangkan masih ramai pemilik belum dihubungi.

"Sepatutnya kerajaan bersabar sehingga majoriti penduduk dihubungi dan seterusnya mendapatkan persetujuan mereka dahulu, baru dibentangkan cadangan rang undang-undang Perbadanan Kampung Baru," katanya.

Mohd Shahir berkata, DPPKT tetap berpendirian bahawa kerajaan perlu membatalkan atau setidak-tidaknya menangguhkan usaha membawa rang undang-undang tersebut ke Parlimen Oktober nanti.

"Berikan ruang secukupnya buat penduduk Kampung Baru memberikan keputusan berhubung cadangan pembangunan ini," tambahnya.

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved