Rabu, 28 September 2011

Malaysiakini :: Surat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Hapus kuota bumiputra, Umno khianat Melayu

Posted: 27 Sep 2011 10:19 PM PDT

Dewan Pemuda PAS (DPPM) mengesa presiden Umno yang juga perdana menteri Malaysia menarik balik hasrat beliau yang mahu menghapuskan terus kuota bumiputra dan mengunakan sistem meritokrasi sebagai kaedah baru bagi mendesak usahawan itu untuk bersaing secara terbuka.

Penghapusan kuota bumiputra ini adalah satu pengkhianatan Umno kepada orang Melayu dan bukan masanya perkara ini dilakukan. Jika kuota dihapuskan, apa lagi yang tinggal sedangkan baki yang ada dari 30 peratus dahulu sebenarnya hanyalah tinggal 12.5 peratus sahaja.

Rakyat tidak lupa bahawa pada 2009, Najib jugalah orang yang bertanggungjawab menurunkan kuota ekuiti bumiputera daripada 30 peratus kepada 12.5 peratus dan menurunkan ekuiti bukan bumiputera daripada 25 peratus kepada 12.5 peratus.

Demi merealisasikan Model Ekonomi Baru (MEB) kuota bumiputra dimangsakan, sedangkan banyak lagi perkara lain yang belum dilakukan Umno sepanjang hampir 12 penggal pemerintahannya.

Kegagalan Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) di Jabatan Perdana Menteri memainkan peranannya menunjukan bahawa perdana menteri dan Umno tidak serius dalam menjaga hak dan kepentingan orang Melayu.

Cadangan mewujudkan Majlis Tindakan Ekonomi Melayu Bersatu (MTEM) juga hanyalah satu helah untuk menunjukan bahawa mereka telah melakukan sesuatu sedangkan MTEM ini hanyalah dianggotai oleh ahli-ahli yang bernaung dalam Biro Ekonomi Umno yang terus menerus diberikan projek-projek khas oleh agensi Kerajaan.

DPPM menyeru agar rakyat dan NGO khususnya kalangan Melayu bangkit menentang dasar ini.

Jangan biarkan presiden Umno sekarang mengadai kepentingan Melayu demi meraihkan pelaburan asing dan juga meningkatkan kekayaan kroni-kroni beliau.

Rakyat wajib menolak Umno-BN dalam Pilihanraya akan datang jika mahu negara ini tidak digadaikan oleh pengkhianat.

Penulis adalah ketua penerangan dewan Pemuda PAS

JPJ perlu kawal, daftar kedai aksesori

Posted: 27 Sep 2011 10:11 PM PDT

Tinjauan yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) beberapa bulan lepas menunjukkan banyak kereta persendirian di Pulau Pinang bercermin gelap. Kami percaya kebanyakan pemandu ini telah diyakinkan oleh kedai aksesori kereta supaya memasang cermin gelap.

Tingkap penting untuk melindungi penumpang daripada panas terik matahari. Ia menapis sinaran ultraungu menjadikan pemanduan lebih selesa. Bagaimanapun, kenderaan bercermin gelap lebih mudah terdedah kepada perlanggaran bahagian belakang.

Cermin gelap cenderung menghalang pandangan lebih jauh keadaan lalu lintas kenderaan di belakang. Kereta yang mengikutinya tidak mampu untuk bertindak dengan segera terhadap halangan di jalan raya serta lambat untuk bertindak terhadap sebarang situasi.

Kecekapan mereka dalam membrek juga lemah dan kenderaan bercermin gelap sering dalam kebanyakan kes sering dilanggar dari belakang.

Ini merupakan alasan kenapa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) tidak pernah meluluskan atau memperakui sebarang produk cermin gelap. Paras cermin gelap yang dibenarkan hanya 70 peratus (cermin depan) dan 50 peratus (cermin belakang dan tingkap tepi).

Sehubungan itu, CAP menggesa Bahagian Penguatkuasa JPJ supaya mengambil tindakan tegas terhadap pemilik kenderaan yang dipasang dengan tingkap dan cermin gelap.

Kedai aksesori yang menyediakan perkhidmatan itu juga perlu dikawal dan didaftarkan dengan JPJ dalam usaha untuk memastikan kedai-kedai ini mematuhi undang-undang.

Penulis adalah presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP)

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved