Sabtu, 3 September 2011

Malaysiakini :: Surat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Al-Fatihah buat Allahyarham Noramfaizul

Posted: 02 Sep 2011 08:37 PM PDT

Kematian jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor dalam insiden tembakan di Mogadishu, Somalia telah mengejutkan kita semua. Apatah lagi tragedi ini berlaku ketika umat Islam meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Wartawan Aji Saregar Mazlan juga dimaklumkan cedera dalam insiden sama.

noramfaizul mohd norTragedi kemanusiaan kebuluran di Somalia menjadi bertambah dasyat dengan cengkaman pihak militia. Yang menyedihkan, sekiranya wujud kesungguhan di kalangan masyarakat antarabangsa, masalah ini dapat dikurangkan jika tidak diatasi sekalipun.

Kematian Allahyarham berlangsung ketika beliau cuba memainkan peranannya untuk membantu mangsa tragedi kemanusiaan Somalia.

Saya mewakili PKR ingin mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Noramfaizul dan mendoakan roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang soleh, apatah lagi beliau pulang ke rahmatullah pada bulan Hari Raya fitrah yang mulia ini dan ketika menjalankankerja-kerja kebajikan dengan penuh dedikasi dan keberanian.

Al-Fatihah.

Penulis adalah Pengarah Komunikasi PKR
Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved