Isnin, 3 Oktober 2011

Malaysiakini :: Berita


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Lambakan barangan import: Duti akan dikenakan

Posted: 03 Oct 2011 10:51 PM PDT

Kerajaan akan mengenakan duti anti-lambakan sekiranya terdapat barangan yang diimport memudaratkan industri tempatan, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

NONEMenteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata sehingga kini hanya satu siasatan anti-lambakan dijalankan iaitu terhadap barangan China membabitkan produk basikal.

"Hasil siasatan itu, duti anti-lambakan sebanyak 11.38 peratus hingga 186.09 peratus dikenakan terhadap produk basikal yang diimport dari China.

"Duti anti-lambakan yang dikenakan selama lima tahun bermula 18 Januari 2003 hingga 17 Januari 2008," katanya ketika menjawab soalan Muhammad Husain (PAS-Pasir Puteh).

Muhammad ingin tahu langkah kerajaan dalam menangani kesan lambakan barangan China terhadap ekonomi Malaysia.

Mustapa berkata, untuk menangani aktiviti lambakan kerajaan mengambil tindakan mengikut peraturan di bawah Pertubuhan Dagangan Sedunia (WTO) dan Akta Duti Timbal Balas dan Anti Lambakan 1993 dan Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan 1994.

Selain itu katanya, kerajaan sentiasa memastikan setiap produk yang diimport mematuhi standard, kesihatan, keselamatan, sanitari dan fitosanitari (SPS) yang ditetapkan sebelum dijual kepada pengguna.

Beliau berkata, produk yang tidak mematuhi elemen itu tidak akan dibenar masuk ke Malaysia.

Mustapa berkata, kerajaan juga sentiasa memantau impak pelaksanaan kawasan perdagangan bebas (FTA) dan akan mengambil langkah bersesuaian untuk memastikan industri tempatan dapat bersaing dengan China.

- Bernama

Pesara mohon dibayar COLA bagi ringankan beban

Posted: 03 Oct 2011 10:47 PM PDT

Persatuan Pesara-Pesara Malaysia meminta kerajaan menimbang pemberian elaun kos sara hidup (COLA) kepada semua pesara awam membantu meringankan beban mereka berikutan kenaikan harga barang.

Presiden persatuan itu Datuk Paduka Wan Mahmood Pawan Teh berkata, ini adalah antara beberapa perkara yang sedang diperjuang oleh persatuan untuk manfaat pesara.

"Perbincangan masih diteruskan dengan perkembangan positif," katanya pada majlis perasmian persidangan perwakilan persatuan itu oleh Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Langkawi malam tadi.

Seramai 430 anggota perwakilan dan pemerhati hadir pada persidangan itu.

- Bernama

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved