Isnin, 3 Oktober 2011

Malaysiakini :: Surat


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Moga tak timbul ibu sedih, bapa risau

Posted: 03 Oct 2011 04:44 AM PDT

Saya rasa terpanggil memberi komentar terhadap keluhan ibu seorang pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) yang mengadu kerisauannya terhadap penganjuran pesta konvokesyen yang sedang hangat berlangsung ketika ini.

Tahniah pada ibu tersebut atas tanggungjawab dan kegusaran beliau terhadap apa yang sedang dihidangkan penganjur pesta konvokesyen tersebut. Ternyata ia kena pada tempatnya.

Sikap prihatin begini sepatutnya ada pada semua ibu bapa dan penjaga bagi memastikan apa yang diterima anak-anak jagaan mereka tidak lari dari kerangka yang sepatutnya. Perkara ini harus diambil tindakan serius oleh pihak UUM!

Dewasa ini, seringkali kita dihidangkan dengan masalah sosial yang sangat parah dan sedang menyerang anak-anak muda.

Hakikat sebenarnya, di waktu usia muda inilah, darah muda mereka sedang merasuk jiwa. Lantaran itu, mereka sangat mudah terpengaruh.

Justeru itu, di kala mereka terpilih sebagai mahasiswa, maka peluang dan ruang yang ada harus digunakan oleh universiti bagi membentuk, mendidik dan membajai anak-anak muda dengan roh-roh keilmuan dan kefahaman Islam yang jitu.

Ini supaya mereka diberikan bekalan dan pengajaran yang sepatutnya di kala proses pengajian mereka di universiti.

Semua pikul tugas

Maka tanggungjawab ini sepatutnya dipikul pihak universiti, untuk memastikan bekalan modal insan pada negara di masa hadapan cukup dan berkualiti bagi menjamin hala tuju negara lebih cerah dan harmoni.

Secara wajarnya, segala penganjuran aktiviti yang boleh merosakkan minda dan mengurangkan nilai seseorang insan, seperti konsert berlebihan dengan menjemput artis berimej melampau, tari menari dan pergaulan bebas.

Dan tugas ini terpikul pada semua staf yang mengendalikan jiwa anak muda di universiti, bermula dari naib cancelor hingga ke peringkat staf sokongan yang terbawah, bagi menjamin kualiti pengeluaran modal insan berada di peringkat tertinggi.

Disarankan agar penganjuran acara sebegini terus disekat serta-merta dan dipantau di peringkat Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Larangan dan tegahan mestilah sentiasa dikuatkuasa dari semasa ke semasa.

Dengan itu sekurang-kurangnya, jaminan agar negara ini memiliki warga yang lebih cerah ilmu, lapang pemikiran, dan bebas masalah sosial wujud.

Pihak universiti juga, khususnya UUM harus memohon maaf secara terhormat kepada ibu bapa semua mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian atas keterlanjuran menghidangkan hiburan berlebihan kepada anak bawah jagaan mereka dan harus memberi jaminan tidak mengulanginya lagi, serta insaf terhadapa dosa yang dilakukan.

Dengan itu, imej universiti secara automatik bersih dan naik, seterusnya mampu menjurus kepada hasrat UUM untuk menjadi sebuah universiti pengurusan terkemuda pada masa hadapan.

Moga tidak akan timbul pula ibu sedih, bapa risau, mak cik gundah dan pak cik bimbang akan masa depan anak jagaan mereka.

Kredit: www.malaysiakini.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved