Malaysiakini :: Berita |
Bursa saham naik menjelang BERSIH Posted: 12 Jul 2011 10:32 PM PDT Indeks komposit Bursa Malaysia menunjukkan peningkatan pada hari-hari terakhir menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.
"Pada minggu terakhir menjelang perhimpunan BERSIH, Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat sepenuhnya yang sekali gus menolak ada kesan ekonomi ekoran perhimpunan itu, meski pun kerajaan tanpa belas kasihan mengancam dan memberikan gambaran buruk," kata Pua (kanan). Bahkan, kata Pua, indeks itu kukuh daripada 1582.35 pada Isnin (4 Julai) kepada 1594.74 pada Jumaat (8 Julai) - sehari sebelum perhimpunan BERSIH. Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata, pengalaman di negara seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan juga menunjukkan perhimpunan aman yang selalu diadakan tidak menjejaskan prestasi ekonomi. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ambiga: BERSIH 2.0 tiada niat tumbangkan BN Posted: 12 Jul 2011 10:23 PM PDT Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata tidak pernah terlintas ataupun niat gabungan itu bagi menumbangkan kerajaan BN.
"Bagi saya, tidak pernah menjadi niat kami sehingga sekarang untuk menumbangkan kerajaan ini. Kami hanya mahu bekerjasama perbaiki sistem pilihan raya," katanya. Beliau juga ditanya jika terdapat persama di antara perhimpunan Sabtu lalu dengan demonstrasi di negara-negara Asia Barat seperti Mesir, Tunisia dan Syria. "Tiada persamaan, bagi saya. Situasi kita amat berbeza. Di sini, kami cuma menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Tetapi tindakan kerajaan yang keterlaluan menimbulkan momentum. Kita masih negara yang cintakan keamanan. Kami tetap mahu kerajaan berlaku adil," katanya.
"Kami tidak kena mengena dengannya. Tidak pernah menjadi niat BERSIH bagi meminta perdana menteri berundur. Seperti saya kata, saya mahu kerjasama dengan perdana menteri dan kerajaannya untuk sistem pilihan raya yang lebih baik," kata Ambiga.
"Bagaimana boleh awak kata perjuangan untuk pilihan raya bersih dan adil hanya untuk pembangkang? Ia adalah untuk semua. Pakatan... memang sokong BERSIH. Apa salah dengan itu? Ahli Pakatan adalah juga rakyat negara ini. Tidakkah mereka berhak menyokong pergerakan yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas?" Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan