Malaysiakini :: Kolum |
Posted: 09 Jul 2011 06:18 PM PDT Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.
Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah. Secara ringkas berikut adalah "harga" yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih:
Harga murah Namun harga itu dianggap "murah" berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.
Kehadiran mereka membuktikan "kuasa rakyat" masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun. "Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman," kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.
Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu. Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis. Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.
BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini. Wajah sebenar Najib Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.
Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan. Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .
BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja. Negara diktator Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini. Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.
Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya. Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik. Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?
Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau. Kesetiaan kepada Raja? Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.
Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi. Seperti mana kata Ambiga "kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman." ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Kolum To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan