Malaysiakini :: Berita |
Dr M: Secara teknikal, negeri Melayu tak dijajah Posted: 11 Sep 2011 10:26 PM PDT Hakikat kehadiran British di Malaya adalah kerana mereka bertindak seperti penjajah, kata mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamed. Justeru, Mahathir bersetuju kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara (MPN) Datuk Zainal Kling bahawa Malaya tidak pernah dijajah oleh British, tetapi menegaskan hakikatnya, sultan-sultan akhirnya bertindak mengikut arahan British.
"Seperti di Pulau Pinang, kita dibayar supaya memberikan mereka stesen untuk berdagang... Tetapi hakikatnya, apabila British berada di sini, mereka beroperasi seolah-olah kita dijajah. "Dalam kata lain, British tidak memberi nasihat, tetapi memberi arahan," katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Universiti Perdana di Serdang hari ini. |
Namewee akan jumpa PM minggu ini Posted: 11 Sep 2011 10:01 PM PDT Selepas setahun menunggu, akhirnya, penyanyi lagu rap dan juga pembikin filem Wee Meng Chee - atau lebih dikenali sebagai Namewee - akan bertemu Perdana Menteri minggu ini bagi meluahkan halangan yang dihadapi dalam menghasilkan filem pertamanya 'Nasi Lemak 2.0'.
Namewee dipetik berkata beliau akan bercakap mengenai cabaran, masalah dan pengalaman yang diharunginya bagi memohon geran kerajaan bagi menghasilkan filem. "Saya mahu beritahu beliau bahawa saya telah melalui banyak kesilapan yang tidak sepatutnya... saya harap beliau akan menyokong filem ini dan juga filem terbitan tempatan yang lain," katanya. Teruja dengan pertemuan yang bakal diadakan itu, Namewee berkata dia berharap perdana menteri akan menyediakan lebih banyak peluang dan bantuan bagi pembuat filem tempatan supaya dapat memperkenalkan budaya Malaysia kepada khalayak lebih luas. Akhbar harian Cina, Sin Chew pula melaporkan, Namewee akan berkongsi pandangan beliau mengenai 1Malaysia dengan Najib. "Kami akan jelaskan mesej 1Malaysia yang cuba disampaikan dalam filem ini dan berharap kerajaan dapat melihat konsep 1Malaysia secara serius dengan memberi layanan yang adil kepada setiap rakyat Malaysia dan menyokong pembuat filem daripada pelbagai bangsa yang berbeza."
Meskipun, Menteri di Perdana Menteri Jabatan Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz telah bersetuju membantu permohonannya, namun ia akhirnya ditolak oleh Menteri Penerangan Kebudayaan dan Komunikasi Datuk Seri Rais Yatim. Alasan beliau adalah bahawa Namewee terbabit dengan aktiviti-aktiviti yang bertentangan dengan norma dan nilai-nilai Malaysia.
Ini kemudiannya disusuli dengan sepucuk surat kepada Najib, meminta satu pertemuan diadakan. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan