Malaysiakini :: Berita |
Selangor bantu mangsa tanah runtuh Posted: 21 May 2011 06:27 PM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri mengucapkan takziah kepada keluarga kepada kanak-kanak yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Madrasah Al Taqwa Felda Semungkis, Hulu Langat.
Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI akan membiayai kos keperluan kepada mereka yang terselamat dalam bencana alam ini serta petugas-petugas yang bertungkus lumus menjalankan misi mencari dan menyelamat. Menteri Besar akan menyumbangkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang anak mereka terkorban dalam kejadian ini sebagai tanda prihatin dengan nasib malang yang tidak dijangka ini. Beliau turut mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat bekerjasama dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) untuk memastikan kebajikan mereka yang terselamat dijaga.
Khalid menasihatkan keluarga mangsa-mangsa terlibat supaya bersabar dan redha dengan kejadian ini. Semoga roh mangsa yang terkorban di tempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Posted: 21 May 2011 06:16 PM PDT Berikut adalah senarai nama 25 mangsa yang terlibat dalam tragedi tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Hulu Langat semalam. Sehingga pukul 5.30 pagi ini, semua mangsa yang tertimbus telah dikeluarkan oleh pasukan mencari dan menyelamat dengan 16 daripadanya terkorban manakala sembilan lagi cedera.
Operasi mencari dan menyelamat dihentikan setakat ini dan akan disambung pada 8 pagi ini bagi membuat gerakan terakhir untuk memastikan tidak ada lagi mangsa yang terperangkap. Senarai nama mangsa : 1) Azrel, 8, Sembilan yang terselamat: 1) Khairul, 9, * umur tidak diketahui |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |