Malaysiakini :: Berita |
Keputusan kerusi MP Tian Chua minggu depan Posted: 20 Jun 2011 10:40 PM PDT Keputusan status ahli parlimen Batu Tian Chua di Dewan Rakyat akan diputuskan minggu depan, kata speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini. Menurut Ibrahim, Chua sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah. Pandikar mengakui beliau menerima surat daripada Ibrahim dan juga surat daripada peguam Chua bagi menjelaskan kedudukan ahli parlimen itu berikutan keputusan mahkamah. Beliau bagaimanapun tidak membenarkan perdebatan diteruskan dan berkata sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan sama ada di dalam ataupun di luar dewan tidak akan dilayan.
"Buat masa ini, saya sedang mengkajinya (isu Chua). Saya telah baca apa yang dikatakan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan juga keputusan Mahkamah Rayuan. Parlimen secara rasmi telah menghubungi Pejabat AG untuk mendapatkan pandangannya. Insya Allah saya akan keluarkan kenyataan minggu depan." Sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu. Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata "Tidak kurang dari" seharusnya membawa maksud "lebih daripada". Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
MAP: Jayakan BERSIH, heret Ibrahim ikut Akta Hasutan Posted: 20 Jun 2011 10:04 PM PDT NGO, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) menggesa semua pihak supaya bersama menjayakan perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.
Merujuk kepada perhimpunan BERSIH 1 sebelum ini, beliau berkata tiada kekecohan ketenteraman awam dan perhimpunan itu berjalan dengan baik dengan memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara. "Kepada pihak berkuasa, terutama polis yang menguatkuasakan undang-undang, hendaklah menghormati dan melaksanakan seksyen 27 Akta Polis, mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang bertujuan menjayakan objektif kebebasan bersuara dan bukannya menghalang kebebasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.
Katanya, Perkara 10 dalam perlembagaan jelas menunjukkan jaminan terhadap hak asasi warganegara untuk berhimpunan secara aman. Agenda buat kekacauan Mengulas kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi bermesyuarat dengan BERSIH, Zulkifly berkata ia sangat dialu-alukan. Justeru, katanya tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor hendaklah diterima.
Dalam pada itu, MAP kata Zulkifly membidas sikap presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengarahkan ahlinya menghalang perhimpunan BERSIH. "Ini adalah satu agenda untuk membuat kekacauan di negara ini. "Amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan bersifat perkauman, menghasut dan berbahaya," katanya.
Katanya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana sebelum ini banyak kenyataannya terlalu berbaur perkauman yang tinggi. "Kenyataan dan tindakan ini jelas menimbulkan satu ancaman kepada keselamatan negara," katanya. PERKASA perlu belajar Tambahnya, MAP menyaran PERKASA supaya belajar memahami perlembagaan persekutuan yang membenarkan perhimpunan dan kebebasan bersuara.
"Pemuda Umno jangan terus mewarisi sikap pemimpin dan ahli-ahli Umno yang sentiasa mempertahankan kemungkaran dan penyelewengan. "Sebaliknya Khairy dan pemuda Umno hendaklah menunjukkan sikap yang berani menegur kelemahan kerajaan termasuk SPR sekiranya pemuda Umno berhasrat menjadi pemimpin pelapis di negara ini," katanya. Menurut Zulkifly, semua NGO yang membuat laporan polis untuk menyekat perhimpunan BERSIH juga hendaklah mempunyai kematangan dalam tindakan mereka.
"Semua pihak diseru supaya menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 ini dengan semangat muafakat dan menunjukkan sikap bertamadun demi rakyat dan kelangsungan maruah negara di mata dunia," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |