Malaysiakini :: Berita |
Suaram: Budaya 'terlepas hukuman' makin buruk Posted: 25 Jul 2011 11:19 PM PDT Budaya terlepas daripada hukuman yang dinikmati oleh polis dan agensi penguatkuasaan yang lain telah bertambah buruk, menurut laporan hak asasi manusia yang dikeluarkan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bagi tahun 2010.
Dalam mendedahkan fakta itu, pengerusi Suaram, K Arumugam (kiri) menjangkakan situasai berkenaan akan bertambah buruk kerana pihak berkuasa gagal menangani situasi hak asasi manusia. "Situasi hak asasi manusia tahun depan akan bertambah buruk kerana mereka yang berkuasa tidak mahu mengubah. Mereka terus berpaut untuk berkuasa dan bukannya berjuang untuk kebebasan," kata aktivis hak asasi itu. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
SPRM pamerkan bilik soal-siasat baru Posted: 25 Jul 2011 10:57 PM PDT Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuktikan keseriusan mereka melaksanakan cadangan yang dibuat oleh Suruhanjaya Siasatan Diraja dengan mempamerkan kepada media bilik soal-siasatnya yang baru yang terletak di bahagian bawah tanah di Putrajaya.
Pengarah siasatan SPRM Mustafar Ali berkata sistem yang sama diguna-pakai oleh pihak berkuasa anti rasuah di Hong Kong. "Saksi atau tertuduh akan dibawa ke bilik soal-siasat, di mana kenyataan mereka akan dirakamkan secara visual dan audio melalui peralatan rakaman.
Dengan langkah ini, beliau berharap reputasi SPRM sebagai badan pencegah rasuah dapat dipulihkan. "Sebenarnya, moral kami tetap tinggi di sebalik saranan RCI," kata Mustafar ketika membawa wartawan melihat bilik soal-siasat yang bercorak seperti bunker di paras B1 ibu pejabatnya di Putrajaya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |