Malaysiakini :: Berita |
GMI tuntut 'pampasan setara' untuk tahanan ISA Posted: 15 Sep 2011 10:38 PM PDT Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) hari ini menuntut kerajaan memohon maaf dan membayar "pampasan setara" kepada tahanan ISA dan keluarga mereka susulan tindakan kerajaan mahu menghapuskan akta tersebut.
Pampasan itu, kata Syed Ibrahim (gambar atas, tiga dari kanan) perlu dinilai kerajaan berdasarkan beberapa perkara, antaranya tempoh ditahan, kos ulang alik ke kem tahanan dan keruntuhan rumah tangga. "Kami berharap kerajaan benar-benar serius untuk membuat penilaian... Ini yang perlu dikaji oleh kerajaan," katanya. Semalam, Najib dalam pengumuman khas yang disiarkan secara langsung di RTM berkata kerajaan akan memansuhkan ISA dan Akta Buang Negeri 1959. Selain itu, kerajaan juga akan mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa dan " tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan". Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan Akta Kediaman Terhad 1933 dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di mana prinsip pembaharuan tahunan akan dihapuskan dan digantikan dengan pengeluaran lesen sehingga dibatalkan. Bercakap dalam sidang media di ibu negara pagi ini, Syed Ibrahim berkata berdasarkan perkembangan terbaru itu, mereka juga menuntut:
[Berita penuh menyusul] |
KPN jumpa AG kemuka pandangan kaji Akta Polis Posted: 15 Sep 2011 10:29 PM PDT Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar akan bertemu dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail bagi memberi pandangan terhadap kajian semula ke atas Seksyen 27, Akta Polis 1967 berhubung kebebasan berhimpun. Beliau berkata pandangan yang akan disampaikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) meliputi aspek bagaimana hendak mengimbangkan kesejahteraan, hak bersuara dan hak berkumpul di kalangan rakyat.
Semalam Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kerajaan akan mengkaji semula Seksyen 27, Akta Polis 1967 dengan mengambil kira peruntukan Perkara 10, Perlembagaan Persekutuan tentang kebebasan berhimpun dengan prinsip menentang sekeras-kerasnya demonstrasi jalanan. Perdana Menteri berkata kebenaran berhimpun akan diberi selaras dengan kaedah-kaedah yang akan ditetapkan kelak dengan mengambil kira norma-norma di peringkat antarabangsa. Ismail berkata pengumuman yang dibuat Perdana Menteri malam tadi menunjukkan kesungguhan kerajaan untuk terus melangkah ke hadapan dan dibuat demi kepentingan rakyat. "Saya lihat (kajian semula) undang-undang lama ini kita perakukan juga...setuju kerana sudah lapuk," katanya. Tegasnya, PDRM akan terus menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan sebaik mungkin dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan rakyat tidak tergugat. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |