Malaysiakini :: Berita |
Nazri: Tiada aduan rasmi pengundi hantu Posted: 19 Jun 2011 10:42 PM PDT Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tiada laporan rasmi berhubung pengundi hantu. Jawapan itu sekali gus mengetepikan dakwaan anggota parlimen pembangkang Azmin Ali. Azmin (PKR-Gombak) dalam jawapan tambahan mahukan menteri berkenaan menjelaskan pendaftaran pengundi secara terperinci di kawasan parlimennya. Azmin (kiri) turut mendakwa bahawa terdapat pengundi didaftarkan menggunakan alamat ibunya di Kampung Klang Gate Baru. Katanya, setelah dicabar Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagi membuktikan bahawa daftar pemilih pada Mei merupakan yang terkotor, beliau menemui perkara itu. Katanya, dalam daftar tersebut, rumah bernombor 1E yang diduduki ibunya dikatakan didiami 11 orang lai dengan enam daripada Melayu dan lima lagi Cina. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
Ahli MCA diberi amaran tak sertai BERSIH Posted: 19 Jun 2011 10:03 PM PDT Kepimpinan utama MCA dijangka bermesyuarat esok bagi membincangkan sama ada perlu memecat anggotanya yang menyertai perhimpunan BERSIH. Timbalan presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mengulangi gesaan supaya anggota MCA menjauhi perhimpunan yang didakwa berpotensi 'meruap' itu. Beliau juga enggan mengulas ancaman Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali bahawa "apa sahaja boleh berlaku" sekiranya perhimpunan itu diteruskan. "Kenapa kamu mahu laporkan kenyataannya? Dia bukan sesiapa pun, (yang) selalu bercakap karut," katanya ketika ditemui di lobi parlimen. Liow (kiri) berkata, perhimpunan besar seperti BERSIH - yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil - tidak perlu kerana sistem negara ini mengambil tahu kebimbangan rakyat. "Semua anggota (MCA) tahu perkara ini... bukan hanya anggota MCA, orang ramai patut elakkan perhimpinan. Pemuda Umno juga tidak patut protes di jalan raya," katanya. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |