Isnin, 20 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Keputusan kerusi MP Tian Chua minggu depan

Posted: 20 Jun 2011 10:40 PM PDT

Keputusan status ahli parlimen Batu Tian Chua di Dewan Rakyat akan diputuskan minggu depan, kata speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

parliament pandikar amin anwar ibrahim lim kit siang dap pkr pc 121108 07Pandikar berkata pihaknya telah menghubungi Pejabat Peguam Negara untuk nasihat berhubung implikasi hukuman denda RM2,000 yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur ke atas Chua kerana menghalang tugas polis ketika menghadiri demonstrasi.

Beliau merujuk soalan dari Datuk Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas) hari ini mengemukakan surat menuntut penjelasan status Chua setelah Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan sebelum ini.

Menurut Ibrahim, Chua sepatutnya dilucutkan haknya sebagai ahli parlimen kerana perlembagaan persekutuan dengan jelas menyatakan mana-mana ahli hilang kelayakkannya jika didenda tidak kurang RM2,000 oleh mahkamah.

Pandikar mengakui beliau menerima surat daripada Ibrahim dan juga surat daripada peguam Chua bagi menjelaskan kedudukan ahli parlimen itu berikutan keputusan mahkamah.

Beliau bagaimanapun tidak membenarkan perdebatan diteruskan dan berkata sebarang pertanyaan mengenai perkara berkenaan sama ada di dalam ataupun di luar dewan tidak akan dilayan.

NONE"Kesilapan saya apabila sya mula-mula terima jawatan ini adalah saya memberi kenyataan apabila ditanya mengenai sesuatu isu (di luar Dewan). Tetapi saya sedar peranan saya juga seperti seorang hakim, jadi tolong jangan tanya saya (di luar) kerana saya tidak akan buat kenyataan," kata Pandikar.

"Buat masa ini, saya sedang mengkajinya (isu Chua). Saya telah baca apa yang dikatakan oleh hakim Mahkamah Tinggi dan juga keputusan Mahkamah Rayuan. Parlimen secara rasmi telah menghubungi Pejabat AG untuk mendapatkan pandangannya. Insya Allah saya akan keluarkan kenyataan minggu depan."

Sebelum Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ghazali Cha menegaskan pada penghakiman bertulisnya 17 Jun tahun lalu bahawa denda RM2,000 yang dikenakan ke atas Tian Chua dari PKR tidak akan menyebabkan beliau kehilangan kerusi parlimen Batu.

Dalam penghakiman 18 dokumennya, hakim itu memetik sebahagian penghakiman hakim Mahkamah agung, Tan Sri Gunn Chit Tuan yang berkata "Tidak kurang dari" seharusnya membawa maksud "lebih daripada".

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

MAP: Jayakan BERSIH, heret Ibrahim ikut Akta Hasutan

Posted: 20 Jun 2011 10:04 PM PDT

NGO, Rangkaian Memacu Arus Perjuangan (MAP) menggesa semua pihak supaya bersama menjayakan perhimpunan aman Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH2.0) yang akan diadakan pada 9 Julai nanti.

pkr congress 271110 zulkifli ibrahimTimbalan Presiden MAP, Zulkifly Ibrahim (kiri) berkata perhimpunan aman itu dibenarkan oleh perlembagaan negara.

Merujuk kepada perhimpunan BERSIH 1 sebelum ini, beliau berkata tiada kekecohan ketenteraman awam dan perhimpunan itu berjalan dengan baik dengan memorandum berkenaan berjaya diserahkan kepada wakil Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara.

"Kepada pihak berkuasa, terutama polis yang menguatkuasakan undang-undang, hendaklah menghormati dan melaksanakan seksyen 27 Akta Polis, mengawal selia perhimpunan, perjumpaan dan perarakan yang bertujuan menjayakan objektif kebebasan bersuara dan bukannya menghalang kebebasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

khalid abu bakar selangor cpo bukit antarabangsa pc 201208 01Menurut Zulkifly, adalah tidak wajar bagi bagi Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar yang pada 15 Jun lalu mengugut rakyat bahawa tangkapan pencegahan akan dibuat sekiranya perhimpunan BERSIH 2.0 diteruskan.

Katanya, Perkara 10 dalam perlembagaan jelas menunjukkan jaminan terhadap hak asasi warganegara untuk berhimpunan secara aman.

Agenda buat kekacauan

Mengulas kesediaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi bermesyuarat dengan BERSIH, Zulkifly berkata ia sangat dialu-alukan.

Justeru, katanya tuntutan Bersih 2.0 terhadap lapan perkara untuk memastikan pilihan raya telus dan bersih tanpa sebarang penyelewengan, iaitu membersihkan senarai undi, reformasi kepada undi pos, guna dakwat kekal, tempoh kempen minimum 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor hendaklah diterima.

bersih rally 271207 02"Tuntutan ini sebenarya sudah disuarakan sejak sekian lama. Oleh kerana SPR tidak menghiraukan tuntutan ini, BERSIH melanjutkan perhimpunan ini sebagai manifestasi kegagalan SPR melaksanakan proses demokrasi di negara ini," katanya.

Dalam pada itu, MAP kata Zulkifly membidas sikap presiden kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Datuk Ibrahim Ali yang mengarahkan ahlinya menghalang perhimpunan BERSIH.

"Ini adalah satu agenda untuk membuat kekacauan di negara ini.

"Amaran Ibrahim supaya masyarakat Cina menyediakan stok makanan bagi menghadapi perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan kenyataan bersifat perkauman, menghasut dan berbahaya," katanya.

NONESehubungan itu, Zulkifly bersetuju dengan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin supaya tindakan perlu dikenakan ke atas Ibrahim kerana amaran berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada negara.

Katanya, Ibrahim perlu disiasat di bawah Akta Hasutan 1949 kerana sebelum ini banyak kenyataannya terlalu berbaur perkauman yang tinggi.

"Kenyataan dan tindakan ini jelas menimbulkan satu ancaman kepada keselamatan negara," katanya.

PERKASA perlu belajar

Tambahnya, MAP menyaran PERKASA supaya belajar memahami perlembagaan persekutuan yang membenarkan perhimpunan dan kebebasan bersuara.

NONEBeliau berkata tindakan Pemuda Umno pula kononnya untuk mempertahan SPR merupakan suatu tindakan yang dangkal.

"Pemuda Umno jangan terus mewarisi sikap pemimpin dan ahli-ahli Umno yang sentiasa mempertahankan kemungkaran dan penyelewengan.

"Sebaliknya Khairy dan pemuda Umno hendaklah menunjukkan sikap yang berani menegur kelemahan kerajaan termasuk SPR sekiranya pemuda Umno berhasrat menjadi pemimpin pelapis di negara ini," katanya.

Menurut Zulkifly, semua NGO yang membuat laporan polis untuk menyekat perhimpunan BERSIH juga hendaklah mempunyai kematangan dalam tindakan mereka.

NONE"NGO-NGO berkenaan jangan menjadi budak suruhan kepada Umno dan pemerintah sebaliknya secara terbuka mereka wajar menghormati hak asasi warga negara Malaysia untuk berhimpun secara aman.

"Semua pihak diseru supaya menjayakan perhimpunan Bersih 2.0 ini dengan semangat muafakat dan menunjukkan sikap bertamadun demi rakyat dan kelangsungan maruah negara di mata dunia," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Surat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Kritik orang Islam, bukan ajaran Islam

Posted: 20 Jun 2011 06:00 AM PDT

Saya merujuk sebuah artikel yang disiarkan Utusan Online dan juga disiarkan dalam akhbar Utusan Malaysia edisi cetak 5 Jun lepas yang menyentuh kartun karya saya.

Artikel bertajuk "Penghinaan Kartunis" itu ditulis oleh seorang bernama "Malim".

Dalam artikel itu, kartun-kartun saya dituduh sebagai "menghina dan fitnah orang Islam lain".

Artikel ini terbit selepas tercetusnya kontroversi sebuah kartun yang disiarkan oleh akhbar Utusan sendiri.

Turut disiarkan ialah dua karya saya:

  1. Kritikan terhadap ulama yang tidak mengikut ajaran Islam.
  2. Kritikan saya terhadap orang Islam yang mempersenda Al-Quran dengan menjunjung kitab suci itu dan bersumpah bagi membuktikan tuduhan jenayah sedangkan perbuatan itu tidak terdapat dalam ajaran Islam.
Ingin saya tekankan di sini:
  1. Saya mempunyai pendirian yang jelas dalam soal ini; mesej dalam sesebuah lukisan kartun bebas mengritik orang Islam, tetapi tidak wajar mengkritik atau mempertikai ajaran Islam.
  2. Ajaran Islam, termasuk kitab-kitab suci serta Nabi Muhammad yang menjadi pembawa. Konsep ini juga terpakai untuk semua agama di dunia ini.
  3. Kedua-dua kartun saya yang disiarkan oleh Utusan itu jelas mengkritik perlakuan orang Islam dan bukannya ajaran Islam itu sendiri.
  4. Sungguh dangkal, Utusan melalui artikel ini tidak dapat membezakan antara mengkritik orang Islam dan mengritik ajaran Islam.
  5. Utusan boleh siar dan kritik sebanyak mana pun kartun-kartun saya, tetapi saya tetap bertanggungjawab dan sedia mempertahankan kartun-kartun saya.
  6. Saya sarankan Utusan untuk bertanggngjawab terhadap kartun mereka yang mempertikai ajaran Islam yang kini dikritik oleh masyarakat Islam termasuk oleh PAS.
  7. Dan saya rasa adalah satu perbuatan terhormat bagi Utusan atau kartunis berkenaan untuk meminta maaf sekiranya terlanjur.
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


Lynas: Making Kuantan residents the lab rats

Posted: 20 Jun 2011 04:17 AM PDT

On June 7, 2011, in a live interview with CNN, Arnie Gundersen, a licensed nuclear power engineer with 39 years experience in managing and coordinating projects at 70 nuclear power plants in the US, noted that with the prevailing wind patterns after the Fukushima disaster's radioactive discharges, air filter monitors in Seattle detected about half the level of 'hot' (radioactive) suspended fine particulates as were detected in the air over Tokyo, 7,700 km away.

Gundersen didn't clarify what the baseline level of airborne radioactive particulates in Seattle was, pre-Fukushima, but if the measured levels in April 2011 were indeed largely blown over from Fukushima, it's very sobering considering that Kuantan and Kemaman are within a 28 km radius of the Lynas rare earths refinery being built at Gebeng, which will be handling rare earth concentrates ground and milled into a fine powder for acid extraction at the plant.

The are experiences from Bukit Merah in the 1980s that tells us that beyond the dust-generating cracking, grinding and milling operations, powdery thorium cake waste was also spilling onto roads during transportation, during packing and unpacking, loading and unloading, and children were frequently playing in the vicinity of exposed mounds of the waste. Indeed, the thorium waste was reportedly offered to local farmers as fertiliser.

It is for these reasons that the issue of radioactive dusts and internal emitters - from inhalation and ingestion, or absorption through the skin - becomes crucial.

It matters a lot whether the source of radiation is a solid lump of radioactive material (intensity of external irradiation rapidly falls off to the degree of the square of distance), or whether it exists as a pile of fine radioactive particulates that are respirable when airborne and mobile.

The Lynas Radiological Impact Assessment submitted by Nuklear Malaysia (dated June 2010) does attempt to estimate the risks from inhaled emitters for LAMP employees (average volume of air intake, presumed level of dust concentrates and associated radioactivity internalised by the employee) (p.56) but it then proceeds to compare the (internalised) absorbed radiation energy - averaged over the whole body - with existing threshold levels of 'safe' exposure.

This is precisely what was contentious in CERRIE's deliberations (www.cerrie.org), and within radiobiology and radiation carcinogenesis circles - by way of analogy, averaging the absorbed radiation energy over the whole body is equivalent to saying that a burning cigarette butt on your palm doesn't hurt because the heat is negligible when averaged over your whole body.

But cancer biologists and educated lay people know that cancer can emerge from a single cell that has sustained the requisite mutations which allow it to multiply uncontrollably, i.e. it is a highly discontinuous phenomenon and averaging radioactive exposures over the whole body is not meaningful for a discrete event in radiation carcinogenesis which involves intense, localised radiation doses delivered to cells surrounding the radioactive particle.

Aside from cancer biology, radiation risk can also be approached from an epidemiological perspective. One of the very few empirical attempts at this was a 1993-1994 study of male miners at a combined iron ore-rare earth minerals mine in China which was reported in the Journal of Radiological Protection in 2005.

In that study, highly dust-exposed miners had 5.15 times the age-adjusted lung cancer rate as compared to the rate among Chinese males in the general population. The less-exposed mining staff had 2.30 times the general population rate. Both groups had similar smoking rates (78 percent, vs. 67 percent for the general adult male population).

On this basis, the authors concluded that the excess lung cancer risk among the less-exposed was largely due to above-average smoking, and the further difference between the two miner groups was due to high exposure to airborne crystalline silica particulates (mainly) and to thorium-containing dusts and its radioactive daughter nuclides such as radon gas.

These conclusions are highly debatable, and it is precisely in this situation of uncertainty and lack of consensus that the Kuantan-Kemaman community shouldn't end up as tikus makmal (lab rats) in a natural experiment for Lynas.

Finally, it should also be noted that the ores that the Chinese miners were exposed to contained 400 ppm of thorium. The rare earth oxide concentrates that will be arriving shortly at Kuantan port will have 1,600 ppm of thorium.

The US Public Health Service (1990) reports that the natural background level in soil is typically approximately 6 ppm of thorium.

Chan Chee Khoon, ScD (Epidemiology) writes from the Centre for Population Health, department of social & preventive medicine, University of Malaya Faculty of Medicine.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Peaceful assembly: Any 'chaos' police's fault

Posted: 20 Jun 2011 03:27 AM PDT

The Centre for Independent Journalism (CIJ) Malaysia expresses its support for Bersih 2.0's call for a peaceful assembly on 9 July to highlight the need for free and fair elections.

CIJ is also concerned that various parties, including the police and Umno-controlled Utusan Malaysia, have condemned this peaceful assembly and asked for it to be called off.

CIJ is particularly concerned that Home Minister Hishammuddin Hussein has raised the possibility of detentions without trial under the Internal Security Act arising out of this assembly.

CIJ would like to remind the authorities that the right to peacefully assemble is a guaranteed under Article 10 of the federal constitution. Furthermore, the need to apply for a police permit for peaceful assemblies goes beyond the permitted restrictions under Article 10.

CIJ draws attention to the Malaysian Human Rights Commission's repeated recommendations that the requirement for police permits for peaceful assemblies be repealed and that the police actively cooperate with demonstrators.

CIJ also would like to state that "causing traffic jams" is not a legitimate reason to prevent peaceful assemblies. Such assemblies are a constitutional right and the authorities should be taking steps to actively protect this right and educate the public about the importance of this fundamental right.

If the government and the authorities are truly serious about preventing "chaos" and maintaining public order, it should cooperate with Bersih 2.0, instead of taking steps to hinder the gathering.

Properly cordoned-off roads, traffic marshals and police escorts along the demonstration route will help to ensure a smooth demonstration and maintain order.

Setting up unnecessary road blocks across Petaling Jaya and Kuala Lumpur, calling in hundreds of anti-riot police and busing in reinforcement from outside Klang Valley, firing tear gas and water cannons and making hundreds of arrests, as has been done in the past, only contributes to the chaos that the authorities are purportedly keen on avoiding.

Bersih 2.0 has pledged to hold a peaceful, responsible gathering and has openly stated their wish to cooperate with the police. This offer should be actively taken up by the police to ensure the gathering remains peaceful and orderly.

CIJ supports Bersih 2.0's call for free and fair elections, especially the call for free and fair access to media during elections. It is apparent in CIJ's ongoing media monitoring exercise that most of the mainstream print media are heavily biased towards the ruling coalition Barisan Nasional.

Pakatan Rakyat leaders are often criticised without being given the right of reply. This violates journalism ethics and must be corrected before the next general election. All political parties should be given equal access to the media and be allowed to advertise in all media without discrimination and censorship, as demanded by Bersih 2.0.

CIJ also supports Bersih 2.0's demands that proportionate airtime be allocated on RTM and Bernama for all contesting parties, since these are publicly funded media agencies.


Masjaliza Hamzah is CIJ executive officer.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Ahad, 19 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Nazri: Tiada aduan rasmi pengundi hantu

Posted: 19 Jun 2011 10:42 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata tiada laporan rasmi berhubung pengundi hantu.

Jawapan itu sekali gus mengetepikan dakwaan anggota parlimen pembangkang Azmin Ali.

NONEAzmin (PKR-Gombak) dalam jawapan tambahan mahukan menteri berkenaan menjelaskan pendaftaran pengundi secara terperinci di kawasan parlimennya.

Azmin (kiri) turut mendakwa bahawa terdapat pengundi didaftarkan menggunakan alamat ibunya di Kampung Klang Gate Baru.

Katanya, setelah dicabar Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar bagi membuktikan bahawa daftar pemilih pada Mei merupakan yang terkotor, beliau menemui perkara itu.

Katanya, dalam daftar tersebut, rumah bernombor 1E yang diduduki ibunya dikatakan didiami 11 orang lai dengan enam daripada Melayu dan lima lagi Cina.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ahli MCA diberi amaran tak sertai BERSIH

Posted: 19 Jun 2011 10:03 PM PDT

Kepimpinan utama MCA dijangka bermesyuarat esok bagi membincangkan sama ada perlu memecat anggotanya yang menyertai perhimpunan BERSIH.

Timbalan presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai juga mengulangi gesaan supaya anggota MCA menjauhi perhimpunan yang didakwa berpotensi 'meruap' itu.

NONEBeliau juga enggan mengulas ancaman Presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali bahawa "apa sahaja boleh berlaku" sekiranya perhimpunan itu diteruskan.

"Kenapa kamu mahu laporkan kenyataannya? Dia bukan sesiapa pun, (yang) selalu bercakap karut," katanya ketika ditemui di lobi parlimen.

Liow (kiri) berkata, perhimpunan besar seperti BERSIH - yang memperjuangkan pilihan raya yang bersih dan adil - tidak perlu kerana sistem negara ini mengambil tahu kebimbangan rakyat.

"Semua anggota (MCA) tahu perkara ini... bukan hanya anggota MCA, orang ramai patut elakkan perhimpinan. Pemuda Umno juga tidak patut protes di jalan raya," katanya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


Perkasa marching against Bersih abusing rights

Posted: 18 Jun 2011 11:28 PM PDT

The scheduled Walk for Democracy organised by Bersih 2.0 - the coalition for free and fair elections comprising 62 NGOs - on July 9 is in keeping with the democratic tradition of citizens who want to highlight issues of concern.

This democratic process is intended to draw the attention of the government to grievances that greatly bother the citizens of a country so that their grievances can be addressed. Their call is to conduct free and fair elections, that will legitimise election results and make them acceptable to all contestants.

Bersih had organised a similar gathering on November 10, 2007, that attracted close to 50,000 participants in a peaceful attempt to demand free and fair elections. One cannot help but be impressed by the disciplined and responsible conduct of the protesters then. They even cleared and cleaned the streets of all rubbish after the event. They had traffic marshals to manage the crowd. They were that responsible.

Now, this proposed protest on July 9 can be expected to be just as orderly, disciplined and responsible. The protesters will be there representing a cause that would strengthen our democracy and make our elections meaningful. There is no reason for them to do anything stupid to jeopardise their cause by resorting to the ways of hooligans and hoodlums.

They would want to convince the authorities that peaceful gatherings are possible to drive home a message in a democratic manner. They would also want to safeguard their right to similar protests in the future - when necessary - by ensuring that no untoward incidents take place that would jeopardise their democratic space in the future.

Bersih 2.0 is headed by a reputable and admirable person with an impeccable character in the form of Ambiga Sreenevasan, a former president of the Malaysian Bar Council and recipient of the International Women of Courage Award.

Those associated with the Bersih 2.0 initiative are individuals of integrity who are determined to make this peaceful protest a meaningful act of democracy. Aliran is very confident that the rally on 9 July will be a showcase of democracy that will demonstrate to the world that when gatherings such as this are organised by responsible, committed people for the good of the country, they can be peaceful, orderly and exemplary.

This is why it is difficult to understand why Perkasa is hell-bent on causing chaos and creating a ruckus by deliberately threatening to organise its counter demonstration in confrontation with Bersih 2.0 on the same day. Their intention is to wreck Bersih's peaceful gathering and to create a situation of unrest and agitation. Their declared intention threatens the peace and security of the nation.

It is their political ruse to force the police to stop the Bersih 2.0 demonstration, which promises to bring in crowds never before seen in the streets of Kuala Lumpur. It is their ploy not to allow this demonstration, which will show how widespread is the dissatisfaction of the people with the Election Commission, to take place.

Ibrahim Ali has declared, "If they go ahead with this demonstration, Perkasa has made a decision, and as its president, I will fight to the end. That means on that day, there will be a confrontation."

These are words of a trouble-maker and a rabble-rouser. He is no democrat and he has no respect for the rights of others in a democratic system. His mission is to stop the democratic exercise of those who believe in the rule of law. He is prepared to descend into lawlessness to create mischief and anarchy.

Aliran calls upon him to abandon his foolhardy action and behave responsibly in the interest of the nation. He should have his demonstration on a separate date if the intention is to show that he has a bigger drawing power to attract a greater crowd than what Bersih is capable of.

Have your day on the street before or after the Bersih event - but not on the same day. We would even urge the police to give Perkasa their democratic space to gather and protest. According to the Nobel laureate Amartya Sen. "The heart of democracy beats only with the participation of all citizens in exercising their right - first for inclusion in the political agenda issues of concern to them, and second in the process."

As pointed out by him, democracy becomes dysfunctional when the rule of law is undermined.

P Ramakrishnan is on the Aliran executive council.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

20 Indian NGOs are fully with Bersih 2.0

Posted: 18 Jun 2011 11:05 PM PDT

Angkatan Warga Aman Malaysia (Aman) representing 20 major Indian NGOs are fully supporting and will participate in Bersih 2.0.

The government administration could learn something from the Singapore government and the Tamil Nadu general election, where ruling parties had emerged slightly bruised from its recent general election and said they would listen to the voters.

What Bersih wants is a higher standard of elections. We want clean elections. Now, is that too much to ask? The time has come to make our stand clear, effectively, without fear or favour and for the sake of justice, truth, clean, fair and balance deal.

People rights first!

Barathidasan is Secretary General of the NGO Angkatan Warga Aman Malaysia (AmaN)

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Sabtu, 18 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Najib: Gunapakai inovasi tingkat perniagaan global

Posted: 18 Jun 2011 07:17 PM PDT

Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa negara-negara Afrika dan Caribbean supaya menerima inovasi sebagai keutamaan penting bagi mencapai kelebihan daya saing di peringkat global dan membawa ekonomi mereka ke tahap tinggi baru.

Perdana Menteri yang menggesa mereka supaya beralih daripada cara lama melakukan sesuatu, berkata Malaysia, yang memberi tumpuan kepada inovasi bagi memastikan produktiviti yang tinggi, bersedia untuk berganding bahu dengan mereka untuk memacu ekonomi mereka ke arah inovasi dan perubahan sosio-ekonomi bagi mencapai wawasan negara mereka.

"Tidak dinafikan, negara-negara yang mempunyai pengetahuan dan ekonomi berasaskan inovasi mendapat kelebihan pada ranking perniagaan antarabangsa," kata beliau dalam ucaptama pada Dialog Antarabangsa Langkawi 2011 (LID2011) hari ini.

LID 2011 dihadiri ketua-ketua kerajaan dan negara serta menteri dan pegawai dari 15 negara Afrika dan Caribbean.

Memberi contoh Korea Selatan dan Taiwan, Najib berkata kebangkitan luar biasa ekonomi mereka dan keupayaan negara-negara Scandinavia mencatatkan pendapatan per kapita tertinggi di dunia walaupun jumlah penduduknya yang kecil dan ekonomi dalam negara yang kecil adalah disebabkan oleh pelaburan mereka yang besar dalam inovasi, pengkhususan dan langkah mengantarabangsakan kemudahan
penyelidikan mereka.

Selaras dengan itu, Malaysia mengambil langkah menubuhkan Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di New York bulan lepas bagi membantu mendapatkan pandangan daripada rangkaian yang pelbagai di mana syarikat-syarikat Malaysia dan institusi boleh menghubungkan rakan-rakan mereka di luar negara.

Dalam mesyuarat GSIAC yang dipengerusikan Najib, ia menghimpunkan para pemimpin daripada kerajaan, industri dan akademik yang memberikan perspektif baru yang terbaik mengenai cara-cara untuk memacu ekonomi global ke arah transformasi inovasi dan sosio-ekonomi.

Sebagai perdana menteri, Najib berkata beliau "bertekad untuk melihat Malaysia menjadi negara berdaya maju dan dengan inovasi dinamik."

"Saya yakin ekosistem inovatif yang sangat berkembang akan meningkatkan status sosio-ekonomi masyarakat kita dan meningkatkan kualiti hidup rakyat kita - tetapi untuk mencapai matlamat berkenaan, kita mesti meneroka pengalaman negara-negara yang berjaya dan belajar daripada kejayaan mereka."

"Kita boleh memupuk kerjasama yang serupa dengan rakan-rakan kita dari Afrika dan Caribbean," kata beliau dalam tawaran yang jelas berkait dengan tema ini LID tahun ini - "Menjana Perkongsian Bestari Untuk Transformasi Sosio-Ekonomi."

LID 2011 itu diadakan buat pertama kali di Putrajaya di atas permintaan oleh pemimpin Afrika di Dialog Antarabangsa Selatan Afrika di Uganda mana mereka mahu melihat pembangunan di Putrajaya serta Cyberjaya.

Dialog tahun ini dihadiri oleh pemimpin-pemimpin Afrika seperti Presiden Zimbabwe Robert Mugabe, Perdana Menteri Lesotho Pakalitha Bethuel Mosisili, Perdana Menteri Swaziland Barnabas Sibusiso, Naib Presiden Uganda Edward Sekandi dan Naib Presiden Kenya Stephen Kalonzo.

Turut hadir ialah Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Perdana Menteri juga menggesa negara-negara supaya menggabungkan teknologi yang sesuai dalam konteks pembangunan negara mereka bagi mencapai faedah yang optimum memandangkan perkembangan hebat teknologi terkini daripada negara perindustrian yang menimbulkan peningkatan masalah sosio-ekonomi di negara-negara membangun.

Antaranya termasuk kemiskinan dan peningkatan pengangguran berikutan pewujudan teknologi berintensifkan modal serta penghijrahan ke kawasan bandar menyebabkan jumlah penduduk yang berlebihan setelah mereka berusaha mencari tahap kehidupan yang lebih baik.

"Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi telah mempengaruhi pertumbuhan ekonomi, tetapi terdapat keperluan untuk kita menilai secara individu sama ada teknologi yang kita gunakan adalah optimum untuk kita," kata beliau sambil menambah bahawa teknologi yang sesuai sebagai pendekatan pembangunan bagi menyelesaikan masalah sosio-ekonomi, terutamanya dalam sektor luar bandar dan tidak formal.

Ia juga bertujuan untuk meningkatkan produktiviti dan pendapatan di luar sektor teknologi maju untuk membolehkan pembangunan di seluruh penduduk.

"Di samping itu, kita perlu membangunkan satu pelan bersepadu untuk membangunkan kawasan luar bandar. Saya percaya bidang berkenaan berpotensi untuk perbincangan dan kerjasama di masa depan," kata Najib.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

LL4G: Pidato Mohamad Sabu diarah dibatalkan

Posted: 18 Jun 2011 06:43 PM PDT

Penampilan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu sebagai seorang daripada pemidato semasa pelancaran Pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia malam tadi dibatalkan.

Menurut Harakahdaily, difahamkan pembatalan itu dibuat oleh pihak penganjur setelah "mendapat tekanan" daripada Pejabat Perdana Menteri.

"Pihak JPM maklumkan kepada kita, Datuk Seri Najib tak nak Mohamad Sabu menyampaikan pidato.

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invited"Kalau penganjur nak teruskan juga dengan Mohamad Sabu, PM pula tak mahu datang rasmi," kata salah seorang petugas yang tidak mahu identitinya diumumkan.

Pihak penganjur juga menutup nama Mohamad dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin Abu Bakar yang dijemput sebagai mewakili BN pada backdrop di pentas.

Mohamad yang dihubungi Harakahdaily juga mengesahkan pembatalan itu.

"Semalam penganjur kata saya dijemput berucap tentang isu Palestin selama 10 minit.

"Tiba-tiba hari ini kata tak boleh pula, sedangkan dalam media semua dah sebut saya akan berpidato malam ini.

poster Lifeline4Gaza (LL4G) Malaysia, mohamad sabu not invited"Saya rasa dipermainkan," katanya dengan nada kecewa.

Sementara itu, Bernama melaporkan pada perasmian LL4G, malam semalam, Najib berkata Malaysia akan meminta Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) memastikan keselamatan flotilla kemanusiaan yang bakal berlepas ke Gaza pada minggu depan.

MP PAS juga sertai Freedom Flotilla

Perdana Menteri berkata beliau akan menulis kepada Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon untuk melantik wakil bagi memeriksa dan mengesahkan flotilla kemanusiaan itu yang disertai lebih 600 pertubuhan bukan kerajaan dari 20 negara itu tidak membawa sebarang senjata, dan semata-mata membawa bantuan kemanusiaan.

orange book forum klscah 250111 khalid samadMalaysia juga meminta PBB supaya memastikan keselamatan kapal-kapal flotilla kemanusiaan tersebut semasa ia berada di perairan antarabangsa.

Seramai 10 orang rakyat Malaysia, termasuk dua wakil media akan turut sama dalam pasukan Lifeline4Gaza (LL4G) kali kedua ke Gaza yang dikenali sebagai "International Freedom Flotilla II".

Selain Ketua Misi LL4G, Dr Noorazman Mohd Samsudin, rombongan kali ini akan disertai Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin, Pengerusi AMAN Malaysia Datuk Ahmad Zaki Zahid, anggota parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad (kiri), dan Bendahari Muslim Care Malaysia Zulkefli Wahijan.

Turut sama Setiausaha Agung Pertubuhan Kebajikan Islamiah al Ehsan Ismail Darus, Wartawan Astro Awani Nazri Kahar serta jurukamera Astro Awani, Wan Yusani Amir.

NONENajib berkata permohonan yang kerajaan Malaysia kemukakan kepada PBB adalah berasaskan permohonan yang diterima dari LL4G yang didapati wajar dibantu oleh kerajaan.

"Kita tidak hendak 10 wira kita ini dilakukan sebarang penganiayaan terhadap mereka," katanya.

Terdahulu, dalam ucapan aluannya, Noorazman meminta kerajaan supaya mengemukakan dua cadangan kepada PBB bagi mengelak berulangnya tragedi ke atas "Freedom Flotilla" pada 31 Mei tahun lepas di mana enam buah kapal daripada flotilla itu diserang oleh tentera Israel di perairan antarbangsa.

Ketika tragedi itu, "Freedom Flotilla" anjuran Gerakan Pembebasan Gaza (FGM) dan Yayasan bagi Hak Asasi Manusia Turki sedang membawa bantuan kemanusiaan dan bahan binaan.

Misi tersebut yang dijangka memulakan pelayaran ke Gaza pada 27 atau 28 Jun bertemakan "Pertahankan Kemanusiaan" (Stay Human) dan akan disertai 13 buah kapal antarabangsa -- 10 kapal penumpang dan tiga kapal kargo.

Misi itu untuk menghantar bantuan kemanusiaan, turut akan memberi tekanan kepada Israel supaya menamatkan halangan ekonomi terhadap penduduk Palestin khususnya di Gaza.

NONENoorazman berkata, sebagai persiapan menghadapi sebarang kemungkinan termasuk serangan daripada tentera laut Israel, pihaknya akan memulakan latihan bermula esok, termasuk latihan kecemasan ketika berada di air, berhadapan dengan komando Israel dan tekanan mental.

Beliau berkata mereka akan membawa alat pendidikan, makanan, ubat-ubatan serta barang-barang binaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Surat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


PERKASA khianat, sokong Utusan hina Islam

Posted: 18 Jun 2011 06:19 AM PDT

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menganggap tindakan PERKASA mempertahankan Utusan Malaysia yang menghina hukum Islam dengan menyiarkan karikatur bertajuk "Kekeliruan Kes Rogol" sebagai tindakan khianat kepada Islam.

Sangat memalukan bila mana sebuah pertubuhan Melayu yang kononnya organisasi pejuang Melayu dan Islam kini menjadi seperti tikus yang sudah kehilangan gigi untuk mengigit.

Ramai pihak yang mengecam karikatur itu, tapi tiba-tiba sahaja Setiausaha Agungnya, Syed Hassan Syed Ali mengatakan ia tidak menghina Islam.

Dengan memainkan isu seolah-olah dalam perundangan Islam permintaan seorang wanita yang didakwa dirogol kerana tiada empat saksi boleh ditolak begitu sahaja, mereka cuba memesongkan fakta sebenar dan menunjukkan seperti hukum Islam itu sempit.

Hakikatnya, kes rogol dan zina tidak sama.

Hanya kes zina dan tuduhan zina sahaja yang perlukan empat saksi sedangkan dalam siasatan kes rogol, faktor dan bukti lain tetap diambil kira.

Apakah mereka belum habis lagi khatam Al-Quran atau sudah mengamalkan kitab lain yang hanya menyebut Hidup Melayu, keris dan kepala lembu.

Nampaknya persepsi rakyat bahawa PERKASA hanya menjadi perkakas Umno dan hanya menyalak bila Umno dihimpit dengan kemarahan rakyat adalah benar.

Utusan
yang menjadi lidah rasmi Umno akan dikatakan betul walau apa sahaja yang disiarkan tanpa mengira ianya benar atau fitnah atau menghina Islam.

DPPWP menyeru umat Islam menolak PERKASA dan meninggalkan organisasi itu. Rakyat juga harus mengajar Utusan dengan memboikot akhbar berkenaan yang enggan meminta maaf.

Penulis adalah Ketua, Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Rejab bulan pengukuhan akidah

Posted: 17 Jun 2011 11:14 PM PDT

Muqaddimah

Tarikh 27 Rejab yang bakal tiba beberapa hari lagi amat sinonim dengan sambutan Israk Mikraj yang disambut oleh masyarakat Islam di seluruh dunia.

Di Malaysia, lazimnya masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi kerajaan mahupun NGO akan menganjurkan sambutan dengan mengadakan majlis ceramah dan sebagainya yang bertujuan memberi pendedahan kepada masyarakat tentang pentingnya iktibar di sebalik peristiwa bersejarah ini.

Beberapa negeri seperti Kedah, Negeri Sembilan dan Perlis telah menetapkan tarikh 27 Rejab yang bersamaan dengan hari Rabu, 29 Jun 2011 sebagai hari cuti umum. Saya kira, sudah pasti ketika ini pihak pengurusan masjid dan surau mungkin sedang sibuk menyusun-atur program bagi menyambut peristiwa bersejarah ini memandangkan tempoh masa dengan tarikh tersebut hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Bila berbicara tentang peristiwa Israk Mikraj ini, kita secara spontan akan terbayang kisah perjalanan Rasulullah bersama malaikat Jibril dan Mikail yang boleh dibahagikan kepada dua fasa. Pertama - Isra' yakni perjalanan dari Masjidil Haram di Mekah ke Masjidil Aqsa, di Baitulmaqdis, Palestin.

Sementelah fasa kedua pula – Mi'raj ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke Sidratil Muntaha di langit yang ketujuh. Perjalanan Rasulullah SAW ini telah diabadikan oleh Allah di dalam Al-Quran, Surah Al-Isra' ayat 1 yang bermaksud; "Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidilaksa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

Menariknya, keseluruhan perjalanan Rasulullah SAW hanya berlangsung pada satu malam.

Selain itu, pernah juga diriwayatkan Rasulullah SAW berjumpa dengan pelbagai keadaan manusia ketika di dalam perjalanan tersebut. Meskipun kisah tentang peristiwa bersejarah ini seringkali diulangcerita oleh para penceramah setiap kali sambutan Israk Mikraj diadakan, saya melihat roh dan intipati di sebalik peristiwa ini masih tidak meresap ke dalam jiwa masyarakat Islam.

Semasa mendengar ceramah, kita mendengar dengan penuh minat dan mungkin akan sesekali ketawa jika penceramah berjenaka. Selesai ceramah kita akan sama-sama menjamah jamuan yang disediakan dan kemudian pulang ke rumah tanpa membawa apa-apa.

Hidup diteruskan seperi biasa dan iktibar di sebalik Israk Mikraj masih gagal difahami. Begitulah keadaannya setiap kali tibanya Israk Mikraj.

Saya tidak bermaksud isi kandungan ceramah yang disampaikan tidak menarik, tetapi pada saya mungkin pengolahan cerita di sebalik kisah ini perlu ditambahbaik atau dipelbagaikan dengan mengaitkannya dengan isu-isu semasa agar ia lebih realistik dan masyarakat akan lebih jelas akan hikmah yang terselit di sebalik peristiwa ini.

Justeru, tulisan saya ini tidak berminat untuk menceritakan kembali apa yang semua sudah tahu iaitu kisah dan kronologi perjalanan Rasulullah di dalam peristiwa Israk Mikraj ini, sebaliknya saya akan fokuskan perkara-perkara tersirat di sebaliknya.

Pengukuhan akidah

Kita seringkali dimaklumkan yang bulan Ramadan adalah penghulu segala bulan namun mengapakah dalam susunan bulan hijriyyah bulan Rejab mendahului bulan Ramadan? Sudah tentu ada yang tersirat di sebalik susunan tersebut.

Antaranya ialah Rejab mengandungi falsafah pemantapan dan pengukuhan aqidah di sebalik peristiwa Israk Mikraj yang berlaku di dalamnya manakala bulan Ramadan adalah pesta ibadah di mana kita akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda.

Di dalam Islam, perkara pertama yang perlu dititikberatkan ialah mengenal Allah dan perkara-perkara berkaitan aqidah sebelum kita berbicara tentang ibadah dan sebagainya. Jika persoalan aqidah masih bermasalah, bagaimana mungkin kita ingin bicarakan tentang ibadah kepada Allah yang belum kita imani sesungguh hati?

Begitulah pentingnya persoalan aqidah didahulukan sebelum perkara-perkara lain sebagaimana fasa dakwah Rasulullah yang dimulai dengan fasa Makki – yang menekankah aspek pemurnian aqidah umat Islam diikuti fasa Madani - yang berkaitan kaedah-kaedah untuk menzahirkan rasa cinta kepada Allah melalui persoalan ibadat, akhlak dan sebagainya. Sifir mudahnya, bagaimana mungkin kita mencintai Allah jika kita belum mengenalNya?

Berbalik kepada peristiwa Israk Mikraj, jika kita singkap dan amati, begitu ramai sekali sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang bergoncang aqidah mereka serta menjadi murtad gara-gara tidak percayakan cerita Rasulullah SAW yang telah diisrak' dan dimi'rajkan ke detinasi yang mengikut congakan logik akal manusia yang waras adalah tidak masuk akal untuk berlaku dalam masa satu malam!

Apabila mengetahui kisah ini, maka Abu Jahal begitu gembira kerana ini adalah peluang terbaik untuk menghentam Rasulullah SAW dan menjauhkan masyarakat daripada dakwah baginda. Maka berteriaklah Abu Jahal kepada warga Makkah – "hai warga Makkah, sesiapa yang ingin mendengar cerita sensasi daripada Muhammad, silalah berhimpun beramai-ramai untuk kita sama-sama mendengarnya" – mungkin begitulah bunyinya.

Terlopong dan tersentak

Apabila diceritakan kisah ini oleh Rasulullah SAW, maka ramailah yang terlopong dan tersentak. Bagaimana mungkin mereka ingin percayakan cerita Rasulullah SAW itu kerana setahu mereka jika perjalanan dari Makkah ke Masjidil Aqsa menggunakan kaedah pengangkutan ketika itu – barangkali menggunakan unta – paling cepat mengambil masa beberapa hari atau minggu. Inikan pula berlaku hanya satu malam.

Tambahan pula bukan hanya ke Masjidil Aqsa tetapi juga ke Sidratil Muntaha. Oh tak mungkin! Mustahil! Muhammad dusta! Itulah kata-kata yang dihamburkan kepada Rasulullah SAW. Abu Jahal begitu gembira melihat ramai mula meragui dan mempertikaikan kebenaran Rasulullah SAW itu.

Namun, di sebalik suasana gawat itu, tampil seorang lelaki yang berkata: "Wahai Muhammad Rasulullah. Sekiranya engkau katakan engkau telah pergi lebih jauh daripada destinasi-destinasi itu sekalipun aku akan tetap mempercayakanmu!"

Orang itu, tidak lain tidak bukan adalah Abu Bakar As-Siddiq yang sentiasa membenarkan Rasulullah SAW walau apa jua keadaan. Subhanallah, begitu kentalnya iman dan kukuhnya aqidah yang dimiliki oleh sahabat agung yang mendampingi Rasulullah SAW ini.

Bagi menduga kebenaran kata-kata Rasulullah SAW, maka Abu Jahal bertanyakan tentang ciri-ciri fizikal Masjidil Aqsa dengan harapan Rasulullah akan memberikan jawapan yang salah. Namun, dengan bantuan dan izin Allah, Rasulullah SAW berjaya menjawab dengan tepat dan ini benar-benar menghairankan Abu Jahal.

Tidak puas hati dengan kebenaran jawapan itu, Abu Jahal bukannya ingin mengakui kebenaran jawapan Rasulullah SAW, sebaliknya menuduh Rasulullah SAW sebagai ahli sihir! Begitulah kuatnya tentangan kaum musyrikin Makkah terhadap Rasulullah SAW.

Mana mungkin Rasulullah SAW menipu sedang baginda diakui seorang yang bermanah sehingga digelar Al-Amin. Walaupun menyedari kebenaran dakwah Rasulullah SAW, musyrikin Makkah masih enggan menerimanya kerana mereka sedar jika mengakui kebenaran Rasulullah SAW, maka perniagaan dan kepentingan mereka yang berasaskan perkara haram akan terjejas.

Kebenaran dakwah

Maka, mahu tidak mahu dakwah Rasulullah SAW perlu ditentang meskipun hati kecil mereka mengakui kebenaran dakwah Rasulullah SAW tersebut.

Mungkin analogi pada masa ini, memang ada pihak yang mengakui kebenaran Islam yang sifatnya syumul dan lengkap, namun amat sukar untuk menerima dan mengamalkannya kerana dibimbangi kepentingan-kepentingan tertentu yang berasaskan perkara haram akan terjejas.

Maka, mahu tidak mahu, sebarang usaha yang boleh menyedarkan masyarakat tentang Islam yang sebenar yakni Islam yang mengharamkan penyalahgunaan dan penyelewengan perlu ditentang habis-habisan. Pada mereka lebih baik dibiarkan masyarakat jahil dalam agama agar kesilapan dan kemungkaran yang mereka lakukan tidak disedari oleh masyarakat.

Sebab itulah, bila ada pihak yang cuba kembali kepada ajaran Islam yang sebenar sebagaimana yang termaktub dalam Al-Quran dan Sunnah dan sebagaimana yang diarahkan Rasulullah SAW seperti perkara-perkara berkaitan hukum-hakam Islam - arak itu hukumnya haram, judi itu haram, rasuah itu haram, berlaku adil itu wajib dan sebagainya, orang akan katakan itu bukan Islam yang sebenar tetapi itu ialah politik!

Itu bukan hukum hudud sebenar tapi itu hudud yang bermotifkan politik! Bukankah persoalan hukum-hakam ini datangnya daripada Islam melaui nas-nas yang muktabar, bukannya melalui politik.

Bahkan Islam tidak bergantung kepada parti politik mahupun sesiapa, tetapi kita semua yang memerlukannya. Jika tiada parti politik sekalipun Islam akan tetap wujud dan hukum-hakamnya tetap perlu dilaksanakan. Maka apa rasionalnya jika kita ingin kembali kepada Islam kita dituduh ingin berpolitik? Begitulah bencinya segolongan manusia terhadap Islam yang sebenar.

Sudahlah tidak suka pada Islam dan syariatnya, dihasut pulak orang lain agar sama-sama membenci agama suci ini. Watak ini saling tak tumpah seperti watak Abu Jahal dalam kisah Israk Mikraj ini yang menuduh Rasulullah SAW sebagai ahli sihir meskipun hati kecil mereka menyedari dan mengakui kebenaran Rasulullah SAW.

Diukur logik akal

Saya masih tertanya-tanya di dalam diri, jika saya dan tuan-puan berada dalam majlis penerangan oleh Rasulullah SAW berkaitan peristiwa Israk Mikraj ini, adakah kita mampu menyertai Abu Bakar yang membenarkan Rasulullah SAW atau kita akan berada di belakang Abu Jahal yang mendustakan Rasulullah SAW?

Saya sendiri bimbang, dengan situasi diri yang lemah ini, kadangkala amat sukar untuk menjadi sehebat Abu Bakar. Tapi itulah cabaran yang perlu disahut. Dalam situasi sebegini, jika logik akal menjadi pertimbangan, maka sudah pasti kita akan mendustakan Rasulullah SAW.

Sesungguhnya dalam perkara agama, tidak semua perkara boleh diukur dengan neraca logik akal semata-mata kerana akal manusia itu terbatas walau sehebat manapun ilmu mereka. Keimanan kepada Allah dan RasulNya itu memerlukan pertimbangan yang jauh menjangkaui batasan logik akal manusia.

Kalaulah logik akal menjadi ukuran, bagaimana kita ingin menerima hikmah kisah Nabi Ibrahim AS yang meninggalkan isteri baginda Siti Hajar yang masih di dalam tempoh berpantang
bersama bayi mereka Nabi Ismail AS di tempat yang kontang dan jauh dari manusia lain?

Bukankah arahan Allah itu zalim mengikut tafsiran akal kita yang dangkal ini? Sudahlah ditinggalkan di tempat yang gersang, apabila si anak telah membesar, Allah arahkan pula Nabi Ibrahim AS untuk menyembelih Nabi Ismail AS – sebuah kisah yang sering diulangcerita di dalam khutbah Eidul Adha setiap tahun.

Namun berkat ketaatan Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail, maka Allah tukarkan arahan menyembelih Ismail kepada menyembelih seekor kibasy. Nah, jika akal yang dangkal ini sekali lagi digunakan untuk mengukur kewajaran arahan Allah itu, sudah pasti kita akan katakan ia zalim.

Dosa pahala

Begitu juga, jika kita percayakan falsafah manusia yang mengatakan "seeing is believing" itu, bagaimana ingin kita percayakan perkara sami'yyat di dalam agama ini seperti persoalan dosa-pahala, syurga-neraka dan sebagainya yang mata kasar kita tidak dapat melihatnya. Semua ini perlu dilihat dengan pandangan iman bukannya pandangan mata kasar dan akal semata!

Jika dikait dengan situasi hari ini, amat menyedihkan bila sudah ada yang cuba mempersoalkan hukum dan syariat Allah hanya kerana ia tidak dapat terima oleh logik akal mereka. Ambil contoh hukum hudud dan qisas, meskipun ia bukannya satu-satunya perkara yang ditekankan Islam, namun ini tidak semestinya membuka ruang untuk hukum itu dikritik dan diperlekehkan.

Janganlah kerana tidak sukakan sesetengah orang, hukum-hakam Allah pula yang menjadi sasaran ejekan. Ada yang mempersoalkan jika hukuman hudud dan qisas dilaksanakan, kita tidak mampu lagi membuat jalanraya kerana batu yang perlu digunakan untuk membuat jalanraya telah habis digunakan untuk merejam pesalah zina.

Begitu juga ada yang mengatakan jika hukuman potong tangan dilaksanakan, jenuhla kita makan sup tangan kerana ramai benar yang mencuri pada hari ini. Saya tidak nafikan mungkin terdapat khilaf ulama' tentang keperluan dan waktu yang sesuai untuk melaksanakan hukuman tersebut, tetapi ia tidak membuka ruang untuk kita mengejek hukum-hakam Allah ini kerana hukum-hakam ini bukan hukum manusia tetapi datangnya dari Allah melaui Al-Quran dan Sunnah.

Kalaupun tak suka dan tak berminat dengan hukum-hakam Allah sekalipun, jangan menghina dan mengejeknya. Kalau tak suka menutup aurat sekalipun, janganlah menghina orang yang menutup aurat dengan mengatakan memakai tudung dan jilbab ini tiada asas dalam Islam. Ia hanyalah amalan wanita Arab bagi mengelakkan terkena pasir atau mengelakkan gangguan lelaki Arab yang nafsunya kuat.

Kalau tak suka bangun malam atau berqiyamullail, jangan menuduh bangun malam bermunajat kepada Allah itu akan menyebabkan otak dan minda akan menjadi lembap dan bebal. Kalaupun suka bersalaman dengan orang yang bukan muhrim, janganlah menghina dan mengatakan orang yang enggan bersalam dengan bukan muhrim sebagai orang yang ketinggalan zaman, kolot dan punca perpecahan.

Kalaupun tidak mahu mengambil ketetapan keperluan mengutarakan empat saksi bagi pembuktian kes tuduhan zina atau qazaf, janganlah pula menghina keperluan empat saksi yang dianggap tak masuk akal itu sebegai kolot dan tak mampu menyelesaikan masalah.

Nah, banyak sangat jika mahu disingkap kesangsian dan keraguan umat Islam terhadap agama mereka sendiri. Saya tidak hairan atau pelik jika non-Muslim tidak inginkan hukum Islam tetapi saya amat dan sangat hairan jika umat Islam sendiri yang bukan sahaja tidak berminat malah menentang hukum Allah dan syariatNya.

Khatimah

Secara kesimpulannya, jika masih terdapat di dalam hati sanubari kita perasaan ragu terhadap Islam samada terhadap hukum-hakam dan syariatnya walau sekelumit, maka ada suatu yang tidak kena dengan pegangan aqidah kita.

Kadang-kadang kita tidak sedar, bila memberikan komen yang memperlekahkan hukum-hakam Allah, pegangan dan aqidah Islamiyyah kita boleh terjejas. Ambillah kesempatan di bulan Rejab yang penuh berkah ini untuk memperkasakan pegangan aqidah dengan meningkatkan ilmu dan pengetahuan tentang perkara-perkara agama.

Hanya dengan ilmu dapat membolehkan kita membezakan haq dan batil di atas neraca Islam, bukannya ceraca aqal yang doskong oleh emosi dan sentimen. Mudah-mudahan amal ibadah yang kita lakukan adalah berdasarkan cinta dan sayang kita hasil aqidah dan iman yang sebenar kepada Allah.

Ambillah watak Abu Bakar sebagai contoh dan tauladan agar kita sentiasa berbaik sangka dengan syariat Islam serta tidak sekali-kali mempertikaikan apatah lagi mengejeknya. Seterusnya, buangkan jauh-jauh watak Abu Jahal dari kehidupan kita kerana watak itu tidak baik itu dijadikan ikutan, malah akan membawa kita jauh daripada agama islam yang sebenar.

Moga-moga Israk Mikraj yang bakal kita sambut pada bulan ini dapat memberi satu impak yang signifikan dan positif ke arah menjadikan diri kita Muslim dan Muslimah yang taatkan Allah dan RasulNya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved