Sabtu, 27 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Kemiskinan dan kekufuran bukan sekadar isu zakat

Posted: 27 Aug 2011 09:11 PM PDT

PENDAPAT Allah SWT menjelaskan di dalam al-Quran: "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui." (an-Nahl: 43)

Mutakhir ini, rata-rata amil yang berkerja di institusi zakat tidak nyaman tidur dan lenanya. Masakan tidak, lantaran isu-isu berkaitan agihan zakat boleh dikatakan menjadi bualan orang di mana-mana. Bahkan, ia dicetuskan secara leluasa di media massa. Biasalah, isu yang 'panas' dan bersifat 'menyalahkan' sesuatu pihak, memang mudah mendapat tempat di hati pembaca.

Secara sinikal, institusi zakat dipersalahkan dalam pelbagai hal. Kononnya, ada pemohon yang diherdik, dinafikan haknya, diarahkan pulang begitu sahaja dan tidak diberi peluang menerima bantuan zakat. Saya percaya, kes-kes di atas mungkin pernah berlaku, namun ia adalah kes-kes terpencil.

Bahkan saya yakin, institusi zakat yang berkaitan juga sudah mengambil inisiatif tertentu bagi mengatasinya. Misalnya, pegawai yang bersalah sudah dikenakan tindakan tatatertib. Namun, adilkah jika hanya kesalahan yang terpencil seperti itu; namun ada pihak menganggap semua institusi zakat sering bersifat lepas tangan dan sambil lewa menjaga kebajikan para asnaf yang tujuh, khususnya fakir, miskin dan muallaf?

Amanah Zakat

Zakat adalah instrumen penting menjaga kepentingan ummah. Bagi kami para amil, itulah yang dipasakkan ke dalam hati dan pemikiran kami. Kami juga sedar, berkerja sebagai amil, dibayar gaji dengan wang zakat, maka kami berusaha memastikan setiap sen wang zakat sampai kepada asnaf yang berhak. Adalah haram bagi amil yang mensesiakan walau sesen wang zakat, menyeleweng dan menafikan hak asnaf.

Anas bin Malik r.a. pernah melaporkan, seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah SAW: "Apabila aku menyerahkan zakat kepada utusanmu, apakah aku sudah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya? Rasulullah SAW menjawab: "Benar, apabila engkau telah tunaikan zakat itu kepada utusanku maka engkau telah bebas daripada tanggungan zakat itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Dan engkau sudah mendapatkan pahala-Nya, sedang dosanya ditanggung orang yang menyelewengkannya (yakni para amil yang bertanggung jawab menguruskannya),"(Hadis Riwayat Ahmad).

Hadis di atas jelas meletakkan, tanggungjawab menjaga amanah dan mengelola wang atau harta zakat adalah di bahu para amil zakat. Amil yang menyeleweng, mereka dikira berdosa. Sebab itulah, para amil zakat berusaha menjaga amanah wang zakat dengan sebaiknya. Bahkan amalan cara kerja di institusi zakat juga, amat menekankan aspek amanah ini. Amil yang terbukti menyeleweng, tindakan akan diambil, sama ada dibuang kerja atau dirujuk kepada pihak berkuasa, seperti pihak polis dan pencegahan rasuah.

Benarkah susah mendapatkan bantuan?

Benarkah susah sangat mendapatkan bantuan zakat? Jika susah, masakan jumlah penerima zakat ada puluhan ribu bahkan mungkin ratusan ribu orang. Sebagai contoh, di Selangor sahaja bagi tahun 2011, hampir 20,000 keluarga diberikan bantuan zakat sebagai asnaf fakir dan miskin. Itu belum dicampurkan dengan semua negeri lain di Malaysia. Jika benar susah memohon, kenapa ada begitu ramai yang mendapat bantuan zakat?

Jika ditinjau lebih teliti, bukan sedikit penerima bantuan zakat sudah mengecapi hidup yang lebih selesa berbanding sebelum mereka disantuni dengan wang zakat. Untuk menyambut ketibaan Ramadan dan Syawal pada tahun 2011 misalnya, sesebuah keluarga menerima minimum RM550 dan maksimumnya RM1,000. Ia umpama bonus kepada fakir dan miskin, malah jauh lebih tinggi berbanding bonus kepada pesara kerajaan atau penjawat posisi tertentu yang hanya berjumlah RM500.

Begitu juga, kita boleh melihat kepada pelbagai aspek lain. Rumah atau perlindungan misalnya, ribuan asnaf fakir dan miskin serta muallaf, yang tidak mempunyai rumah telah diberikan rumah oleh pihak zakat. Mereka boleh duduk secara percuma, di rumah yang selesa. Tujuannya hanya satu, dengan rumah yang sempurna itu dapat memudahkan mereka merencanakan perubahan diri mereka seterusnya. Mereka tidak perlu memikirkan tempat tinggal lagi.

Rumah atau tempat berlindung ini, turut melibatkan rumah perlindungan bagi golongan yang khusus, seperti warga emas, wanita bermasalah, pesakit Aids dan sebagainya. Pendek kata, wang zakat dilaburkan secara berhemah dan sistematik, agar ia dapat menampung keperluan umat Islam secara lebih berkesan. Jika ada yang tidak mempercayai perkara ini, silalah merujuk kepada institusi zakat di negeri masing-masing bagi melihat sendiri bentuk agihan yang telah dilakukan.

Jadi, benarkah asnaf fakir dan miskin sukar mendapatkan bantuan? Ini kerana, ramai dalam kalangan mereka yang diberikan bantuan modal perniagaan. Bukan sedikit yang menceburinya, membuka restoran, membuka kedai runcit, membuka perusahaan membuat kuih tradisional, membuka bengkel membaiki kenderaan, mengecat kereta, membuka pusat kecantikan, urutan dan SPA, kedai dobi, membuka taska, menjalankan projek ternakan ikan, menternak ayam, lembu, kambing, menanam sayur dan sebagainya lagi.

Sekali lagi, benarkah asnaf fakir dan miskin diabaikan? Ini kerana, keperluan mereka dijaga penuh perhatian. Keperluan pendidikan misalnya, anak-anak mereka dibiayai dari sekolah rendah hingga ke universiti, bahkan hingga ke luar negeri. Anak-anak asnaf yang cemerlang, diberikan insentif tambahan, biasiswa, wang saku, komputer riba dan ganjaran akademik yang relevan dengan pencapaian. Maka, ramai anak asnaf yang berjaya dan ini membuktikan keberkesanan agihan zakat.

Akhirnya, benarkah susah mendapatkan bantuan zakat? Ini kerana, ribuan pesakit menerima habuan. Misalnya pesakit buah pinggang yang mesti melalui proses dialisis tiga kali seminggu, institusi zakat tampil membantu. Anak yang perlu dirawat, isteri yang terlantar di hospital, suami yang uzur dan sebagainya, diberikan bantuan zakat untuk menerima rawatan. Bukan kecil jumlahnya bahkan mencecah puluhan ribu seorang dan jutaan ringgit setiap tahun.

Hakikatnya, terlalu banyak jika mahu disenaraikan di sini. Namun, jika kita mahu menelitinya dengan hati yang tenang dan kepala yang tenteram, tidak sekadar mahu mencari kesalahan orang, maka kita pasti mengakui bahawa institusi zakat telah banyak meringankan bebanan ummah.

Pengalaman sebenar

Oleh itu, kenapakah ada perkhabaran kononnya masih ada segelintir umat Islam yang dinafikan hak mereka oleh pihak institusi zakat? Lalu, mereka akhirnya terjebak dalam kemelut akidah apabila tampil pihak-pihak lain, misalnya gereja, yang perduli dan ambil kisah keperluan mereka.

Suka dijelaskan, pemohon zakat adalah terdiri daripada 1001 ragam manusia. Ada yang jujur memohon bantuan atas keperluan diri dan keluarga, ada juga yang mahu mengambil kesempatan dengan alasan yang direka-reka. Sudah pasti, pihak institusi zakat perlu mengawalnya, sesuai dengan kehendak agama bahawa wang zakat adalah amanah yang kelak akan dipersoalkan di hadapan Allah. Dalam proses kawalan ini, pelbagai pengalaman menarik boleh dikongsi.

Ada kes, pemohon zakat yang datang dengan sekeping laporan polis. Dompet dan segala dokumennya telah hilang. Maka, dia datang mahu mendapatkan bantuan. Lebih menarik, adakalanya dengan jelas mereka mahu memohon atas asnaf ibn sabil, yakni pemusafir yang terlantar dek kehabisan belanja. Maknanya, sedari awal mereka sudah menetapkan di minda apakah bentuk zakat yang boleh mereka minta.

Demi mematuhi prosedur permohonan, mereka akan disiasat. Pernah berlaku, orang yang sama memohon berkali-kali di kaunter-kaunter zakat berhampiran. Ada juga yang nampak sangat 'temberangnya' apabila jawapannya jelas direka-reka. Misalnya, dia dari Johor mahu pulang ke Kedah, namun singgah di Selayang lalu di situlah dompetnya hilang. Bila ditanya, kenapa singgah di Selayang, jawapan yang diberikan mencurigakan. Bila ditanya berapa ringgit yang perlu untuk sampai ke destinasi, dia meminta jumlah yang tinggi. Adakalanya, diberikan RM100 diminta tambah lagi.

Dalam kes yang lain, ada yang datang ke pejabat zakat marah-marah melenting. Tanpa peduli maruah kakitangan atau amil di hadapan orang, mereka merungut kononnya wang bantuan bulanan lambat dimasukkan ke dalam akaun. Tidakkah pelik apabila mereka ini meletakkan punca rezeki hanya kepada wang zakat, sedangkan zakat hanyalah bantuan yang memenuhi kecukupan. Mereka mesti berkerja, kemudian zakat akan menampung bahagian yang tidak cukup. Zakat bukanlah pendapatan.

Ada juga yang lebih berani, wang zakat yang diberi digunakan ke tempat yang salah. Membeli rokok perkara biasa; malah ada yang sanggup berjudi pula. Bila tertangkap, terus-terang mereka mengaku mereka berjudi dengan wang zakat. Betapa remuk hati para amil apatah lagi pembayar zakat mendengar kes ini. Pihak amil terpaksa bertegas, maka adakalanya bantuan akan ditapis, diberikan sesuai dengan keperluan semasa demi memastikan ia tidak disalah guna.

Mungkin ada orang bertanya, kenapa pihak institusi zakat tidak mendidik para asnaf? Jawapannya, memang institusi zakat cuba mendidik mereka. Kelas pengajian dianjurkan, diberikan secara percuma, dicarikan guru yang berpengalaman, diajarkan membaca al-Quran, memperbetulkan solat, diberikan kursus keibubapaan dan sebagainya lagi.

Namun, jika mereka sendiri enggan merubah diri, misalnya dengan sengaja melarikan diri daripada kelas, bersikap sambil lewa menimba ilmu, apakah tindakan yang boleh dilakukan? Jika institusi zakat berkeras, nanti mereka mengadu kepada pihak lain dan silap haribulan, cerita yang tersebar ialah kerasnya pihak institusi zakat mendidik asnaf.

Nah! Ini baru lima peratus agaknya daripada pelbagai kisah yang boleh dikongsi. Apa yang penting, janganlah hanya mendengar sebelah pihak semata-mata langsung menerimanya tanpa banyak bertanya. Jika di dalam mahkamah, orang yang bersalah akan mencari 1001 alasan menafikan kesalahannya; manakala pendakwa akan mencari 1001 alasan membuktikan kesalahan. Hakim akan mendengar dengan saksama, bahkan kadang-kadang para juri juga mengambil peranan. Setelah didengar daripada kedua-dua pihak, barulah melontar keputusan. Baharulah adil namanya.

Kesimpulan

Apabila isu zakat digembar-gemburkan secara tidak adil, maka ia akan memberikan imej negatif kepada para amil dan isntitusi zakat. Kononnya peruntukan amil melebihi asnaf yang lain, bergaji besar, membeli bangunan dan kenderaan dan sebagainya. Ingin sekali saya ulas isu ini, tetapi biarlah dahulu. Bagi saya, berpeganglah kepada peringatan Allah SWT di dalam ayat 43, surah an-Nahl, jika tidak tahu atau kurang pasti, datanglah bertamu ke institusi zakat dan dapatkan jawapan yang pasti.

Seperkara lagi, isu kemiskinan dan kekufuran, bukan sekadar isu zakat. Ia adalah isu ummah. Ingin rasanya kita bertanya kepada semua pihak – kerajaan, badan dakwah, institusi masjid dan sebagainya lagi - sejauh manakah usaha yang telah dilakukan agar umat Islam bukan sekadar ditangani kemiskinan fizikal mereka; bahkan dibasmi kemiskinan jiwa mereka. Ini kerana, jika alasan kemiskinan fizikal semata-mata dijadikan penyebab kekufuran, yakinlah pada zaman dahulu ada dalam kalangan sahabat nabi lebih miskin harta tetapi iman tetap kukuh tertancap di dada.

Cubalah buka lembaran sejarah, kenalilah siapa Abu Hurairah, Salman al-Farisi, Bilal bin Rabah, Ummu Sulaim dan ramai lagi. Mereka ini miskin harta; tetapi kaya jiwa. Dalam kemiskinan itu mereka masih mencari jalan bersedekah, tidak senang meminta-minta. Iman mereka membugar dan dakwah mereka tersebar. Rahsianya, rangkaian sosial dan pihak berwajib umat Islam kala itu saling membahu menyuburkan Islam, tidak suka menyalahkan orang lain dan lebih penting, melakukan dahulu kerja-kerja pembaikan agar saudara seagamanya terselamat daripada kekufuran. Soalnya kini, dalam isu ini, apakah yang sudah kita lakukan? Wallahua'lam.

Nota: Hamizul Abdul Hamid, adalah seorang pendakwah dan tulisan ini tidak mewakili mana-mana institusi zakat, ia adalah minda penulis sendiri tanpa ada apa-apa kaitan dengan mana-mana pihak.

Saya tak ingat isi ceramah, kata Mat Sabu

Posted: 27 Aug 2011 08:50 PM PDT

Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata beliau tidak ingat isi ceramahnya berkaitan dakwaan pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950 adalah wira negara.

NONE"Saya tidak ingat (apa yang diperkatakan) sebab ceramah itu berlangsung minggu lepas (21 Ogos)," katanya kepada akhbar Sinar Harian.

Laporan akhbar itu ini memetik Mohamad Sabu sebagai berkata: "Saya tidak mahu komen mengenai apa yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana itu".

Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya semalam menyiarkan Mohamad Sabu sebagai mendakwa Muhammad Indera, lelaki yang bersekongkol dengan Goh Pen Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai tersebut.

Selain itu, Utusan melaporkan, timbalan presiden PAS itu, dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, turut mendakwa Datuk Onn dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana menganggap mereka sebagai pegawai British.

Sementara itu, Mingguan Malaysia hari ini menyiarkan berita yang memetik reaksi pelbagai pihak mengecam Mat Sabu, termasuk penerima Pingat Gagah Berani (PGB) dan Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP), bekas pegawai waran 1 Kanang anak Langkau.

Kanang dipetik sebagai berkata Mat Sabu tidak layak mengambil bahagian dalam politik demokrasi di negara ini dan menganggap timbalan presiden PAS itu sebagai "watak penghasut yang sewajarnya dikenakan tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA)".

Utusan juga memetik ketua penerangan Persatuan Veteran Tentera Melayu, Mohd Jurit Ramli menyifatkan kenyataan Mat Sabu itu sebagai biadap dan kurang ajar.

Manakala Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar pula dilapor Utusan sebagai berkata, Mat Sabu perlu memohon maaf kerana kenyataannya akan menyinggung perasaan waris anggota polis yang maut dalam tragedi berdarah itu.

Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Surat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Nota terbuka kepada Uthman El-Muhammady

Posted: 26 Aug 2011 08:56 PM PDT

...26 hari sudah berlalu, tetapi ustaz Uthman el-Muhammady masih tidak memberikan respons yang positif terhadap ajakan dialog secara harmoni yang kami usahakan. Padahal dalam Surah al-Nahl ayat 125 Allah SWT berfirman yang bermaksud;

"Serulah ke jalan Tuhanmu (Wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang Engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; Sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalannya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Seruan Allah SWT untuk "berbahas dengan cara yang lebih baik" adalah seruan Rabbani yang sepatutnya dipatuhi oleh semua insan mukmin yang benar-benar yakinkan ayat Allah SWT.

Jawapan surat beliau yang disiarkan di sini masih menimbulkan banyak tanda tanya kepada kami. Kenapa perlu beliau berselindung di sebalik jubah MKN dan JAKIM? Kenapa dan kenapa?

Jubah mereka itu mungkin "kebal" untuk melindungi sesiapa sahaja untuk menuduh sesiapa sahaja dengan tuduhan yang jahat dan melulu. Tetapi kena ingat Mahkamah Keadilan tetap wujud untuk menilai amal perbuatan manusia.

Mahkamah Allah SWT di akhirat nanti pasti juga akan lebih adil penilaiannya, namun azab siksanya tidak ada bandingan dengan azab siksa mahkamah dunia.

... Empat hari lagi berbaki sebelum Aidil Fitri. Kami masih menunggu dan terus menunggu tanpa jemu agar ustaz Uthman menyahut seruan murni ini. Masa masih ada untuk kita jernihkan keadaan yang keruh.

Jangan kerana kekeruhan keadaan dan tuduhan jahat serta sangkaan buruk sesama mukmin menyebabkan pahala puasa, qiyam, iktikaf dan zakat Ramadan ditolak oleh Allah SWT. Kalau beliau berhajatkan kami membetulkan "kesangsian lama" beliau terhadap mana-mana golongan yang memperjuangkan Islam dan terbukti berjaya dakwah Islamiah mereka, kami sedia membetulkan kesangsian beliau itu.

Salinan PDF surat ini disiarkan dengan niat baik agar semua pihak telus dan tembus terhadap apa yang kami lakukan. Kalau ustaz Uthman mahu menyiarkan surat kami yang dihantar kepada beliau, kami ucapkan; Fal yatafaddal masykuran!

Sila siarkan ia dan terimakasih atas penyiaran itu. Ini dilakukan agar ummah menilai yang haq dan batil dan sejarah mencatatkan bahawa usaha Islah ummah ini mesti dilakukan dan 'kemuncup jalanan' yang menghalang Islah Ummah kepada keaslian asal Islam menurut al-Quran dan al-Sunnah tetap menjadi rutin yang mesti dihadapi oleh setiap penerus dakwah Nabi Muhammad SAW.

Salam Iktikaf Ramadan!

Penulis adalah mufti Perlis

Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Kolum

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Kolum


Tamadun Melayu dan PPSMI

Posted: 26 Aug 2011 11:27 PM PDT

Teras-teras jati diri kebangsaan Malaysia berpaksi kepada bahasa Melayu dan agama Islam(tanpa menafikan hak serta kepentingan bahasa dan kepercayaan lain).

azlanDi dalam Perlembagaan Persekutuan, antara perkara yang disebut ialah Perkara 32(1) yang memaktubkan kedudukan raja-raja Melayu; Perkara 152(1) tentang bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi; dan Perkara 3(10) mengenai Islam sebagai agama Persekutuan.

Berhubung perkara yang menyentuh bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi, mereka yang berjiwa Melayu dan rakyat Malaysia yang terbuka minda untuk bergerak ke hadapan bersama-sama jati diri kebangsaannya, pastilah ingin melihat bahasa kebangsaan itu diperkasakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, termasuk sebagai bahasa ilmu pengetahuan.

Golongan yang tidak yakin bahawa bahasa Melayu boleh menjadi bahasa ilmu tinggi, lebih disebabkan kelemahan mereka menguasai bahasa Melayu, bukan kerana kelemahan bahasa Melayu. Dan semua pejuang bahasa kebangsaan bukanlah golongan fanatik, berpandangan jumud atau berusaha mengundurkan bangsanya ke belakang.

asia euro cultural minister meeting pak lah 220408 wayang kulitPejuang-pejuang bahasa selalu memetik kebijakan Hang Tuah yang menguasai 12 bahasa, sebagai suatu unjuran profetik 'pujangga penulis' karya agung itu bahawa setiap bangsa akan menjadi lebih maju jika dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Akan tetapi walaupun menguasai pelbagai bahasa, setiap bangsa harus meletakkan bahasa kebangsaannya dimercunya yang tinggi, atau seperti sepotong puisi Sasterawan Negara Usman Awang, "manakan sama bahasa bunda."

Jika menurut tiga kriteria yang dikenalpasti oleh Charles Ferguson, sesungguhnya bahasa Melayu sudah dianggap sebagai 'bahasa maju.'

Tiga kriteria Charles Ferguson itu ialah (a) Bahasa itu sudah mempunyai sistem tulisan. Dalam hubungan ini bahasa Melayu telah mempunyai sistem tulisannya sendiri – sama ada dalam jawi atau pun rumi; (b) Bahasa itu sudah mempunyai suatu ragam atau bentuk yang mengatasi segala dialek bahasa itu. Bahasa Melayu jelas mengatasi segala dialek, kerana di Malaysia dialek tidak mempunyai penerbitan bakunya; dan (c) Bahasa itu sudah mampu digunakan sebagai alat untuk mengungkapkan ilmu dan pemikiran moden.

Ini jelas terbukti dengan penerbitan pelbagai buku dalam bidang dan subbidang ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu, sejak kurun ke-12 Masihi lagi, dan memasuki era 'moden'nya sejak sebelum merdeka lagi hingga memuncak mutakhir ini.

azlanTradisi ilmu dalam bahasa Melayu telah berkembang, termasuk di IPTA, umpamanya di UKM sejak awal tahun 1970-an. Tokoh ilmuwan Selangor 2011, Dr Shahril Mohamad Zain (mantan profesor fizik dan matematik di UKM) pernah membentangkan fakta bahawa UKM telah menghasilkan lebih 450 tesis Ph.D dan lebih 2,000 tesis Sarjana (MA & M.Sc.) dalam bidang sains dan pelbagai bidang lain, yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Ini membuktikan bahawa bahasa Melayu boleh menjadi bahasa pengantar untuk pelbagai bidang ilmu pengetahuan moden di IPT, dan memanfaatkan penguasaan bahasa asing sebagai pelengkap sebagaimana saranan profetik Hang Tuah.

Tamadun Melayu boleh diperkasakan jika terdapat ilmu-ilmu pengetahuan moden (termasuk sains & matematik) disampaikan dan ditulis dalam bahasa ini (Melayu).

muhyiddin yassin and education ppsmiSehubungan itu pelbagai pihak berasa terperanjat apabila baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran membayangkan pendirian kerajaan untuk membenarkan sekolah membuat pilihan sama ada meneruskan dasar PPSMI atau sebaliknya.

Pendirian tersebut amat berbeza semangatnya daripada pengumuman yang beliau lakukan tahun lepas, untuk memansuhkan PPSMI mulai 2012.

Sesuatu dasar kerajaan (termasuk untuk memansuhkan PPSMI mulai 2012, empat bulan dari sekarang) mestilah bersifat merata dan menyeluruh. Tidak boleh mana-mana kumpulan kecil dan serpihan untuk menebuk dasar itu di mana-mana, lalu menghidupkan dasar PPSMI semula.

ppsmi march 070309 crowd.jpgJika kumpulan kecil dan serpihan itu mewakili elit di bandar dan kota, yang kaya raya, maka mereka boleh menghantar putera puteri mereka ke sekolah swasta atau sekolah antarabangsa, dan jangan dibiarkan menebuk dasar pemansuhan PPSMI mulai 2012 menurut selera mereka.

Kerajaan, khususnya Kementerian Pelajaran pastilah telah menerima "Kajian Tahap Kompetensi Guru dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Menggunakan Bahasa Inggeris Serta Implikasinya Terhadap Pembangunan Modal Insan Murid" (2008, setebal 186 halaman tidak termasuk tiga lampiran) oleh Pemuafakatan Badan Ilmiah Nasional (PEMBINA).

Kajian ini dengan jelas menunjukkan kompetensi guru yang boleh dipersoalkan, yang mengakibatkan kelemahan pembangunan modal insan murid khususnya di luar bandar, Felda dan sebagainya.

anti ppsmi rally 070209 chinese educationalistPrinsip ketamadunan kerajaan harus berpegang kepada kajian yang berwibawa, menyeluruh dan mendalam seperti dilakukan PEMBINA.

Sebarang polisi yang tidak didasari kajian akan goyah dalam tempoh yang pendek. Bagi pejuang bahasa Melayu dan mereka yang yakin akan kemampuan bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu moden, dapatan PEMBINA adalah pendorong utama kepada 'cadangan' pemansuhan dasar PPSMI mulai 2012, dan dengan itu mereka tidak perlu lagi turun ke jalan raya untuk mendesak pemansuhan PPSMI.

Akan tetapi jika dasar PPSMI hidup semula selepas ditalqinkan, ia adalah zombie baru. Mamat Khalid pun tahu bagaimana cara untuk menewaskan zombie!

Datuk Dr Anwar Ridhwan merupakan sasterawan negara ke-10. Anak kelahiran Sungai Besar, Selangor itu terkenal sebagai seorang novelis dan penulis cerpen. Antara karyanya yang terkenal Hari-hari Terakhir Seorang Seniman dan Naratif Ogonshoto.

Tulisan ini bahagian kedua daripada siri artikel pendek bertemakan'Masyarakat Bertamadun"yang akan diterbitkan setiap dua minggu.

Tulisan ini merupakan pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya melambangkan pendirian rasmi Malaysiakini.

Kredit: www.malaysiakini.com

Jumaat, 26 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


SUPP Serian sokong Riot pertahankan kerusi

Posted: 26 Aug 2011 10:49 PM PDT

Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) cawangan Serian menyokong penuh agar Timbalan Menteri Luar Datuk Richard Riot dipilih sebagai calon untuk mempertahan kerusi parlimen Serian pada pilihan raya umum akan datang.

Anggota cawangan berkenaan menganggap watak dan peranan yang dimainkan oleh Riot sebagai wakil rakyat di kawasan parlimen Serian selama 20 tahun begitu menyerlah, diakui dan disenangi oleh semua lapisan masyarakat di sana.

"Ini terbukti dalam setiap pilihan raya parlimen diadakan, dalam mana beliau (Riot) telah mendapat kelebihan undi yang banyak serta meningkat," kata urus setia cawangan SUPP Serian dalam kenyataan di Kuching hari ini.

Pada pilihan raya parlimen 2008, Riot, yang juga penolong setiausaha agung SUPP, menewaskan calon Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) Sylvester Belayong Jayang dengan majoriti undi sebanyak 13,427.

Anggota Parlimen lima penggal itu memulakan karier politiknya pada 1990 setelah memenangi kerusi Serian sebagai anggota Bebas tetapi kemudian bertanding dengan tiket SUPP-Barisan Nasional (BN) dan menang besar dengan undi majoriti meningkat.

- Bernama

Peguam: K'jaan tak rasional, takut pembangkang

Posted: 26 Aug 2011 10:35 PM PDT

Seorang peguam Inggeris yang mewakili pertubuhan hak Hindu yang diharamkan, Hindraf tetapi dihalang memasuki Malaysia untuk berjumpa dengan anak guamnya telah membidas kerajaan BN dalam wawancaranya yang agak kritikal dan disiarkan di akhbar Britain, The Guardian.

imran khanImran Khan (kiri) telah dihalang memasuki Malaysia pada 12 Ogos di ketika mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) atas alasan bahawa dia mungkin menimbulkan ancaman terhadap keselamatan negara. Beliau ditahan kira-kira 12 jam sebelum diusir pulang.

Mengimbas kembali kejadian yang dilabelnya sebagai "menghina tetapi 'membuka mata'", Imran menulis bahawa dia datang ke Malaysia untuk mengumpul bukti bagi menyokong kes yang difailkan oleh pengerusi Hindraf P Waytha Moorthy.

"Ketibaan saya di Malaysia telah menerima publisiti terlebih dahulu daripada pihak polis yang cuba menakut-nakutkan penganjur tempat di mana saya dijangka menemu-bual pihak-pihak yang membuat dakwaan berkenaan.

"Justeru, ada kebimbangan apabila saya melaporkan diri di kaunter imigresen setiba di KLIA," tulis Imran.

NONEMimpi ngerinya bermula selepas pasportnya diperiksa. Beliau diheret ke pejabat imigresen tanpa sebarang penjelasan.

Namun, seorang lagi peguam yang terlibat dalam kes berkenaan, Suresh Grover (kanan), telah dibenarkan masuk ke negara ini.

Lawatan kedua-duanya adalah sebahagian daripada usaha Hindraf untuk mempermantapkan kes mereka terhadap kerajaan British, yang dituduh mengabaikan kaum India tanpa perlindungan selepas membawa mereka masuk sebagai buruh ke Malaya ketika itu.

[Baca berita penuh]

Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


Jln Sultan: Is MCA minister subservient to SPAD?

Posted: 26 Aug 2011 12:30 AM PDT

Who is MCA trying to kid in the controversial acquisition of Petaling Street (Chinatown) land for the construction of the Klang Valley Mass Rapid Transit (KVMRT)?

The MCA president Chua Soi Lek on Wednesday Aug 24, so proudly announced and promised that the 31 landowners on Kuala Lumpur's Jalan Sultan would be able to hold on to their property, after the government had agreed to reinforce their buildings and upon completion of the tunnelling beneath their shops allow the land to be returned to the owners.

However, in less than 24 hours, Land Public Transport Commission (SPAD) chairperson Syed Hamid Albar said the compulsory acquisition of the Jalan Sultan lots - where the KVMRT would run underground - was necessary because under land laws, landowners also owned the land that lies below ground.

"We have to do compulsory acquisition of the land. It means that subsequently, they have to alienate the land above," Syed Hamid told reporters after a memorandum of understanding signing with Puspakom Sdn Bhd on Thursday.

Syed Hamid added that although they were currently working on a solution to allow the traders to return to Chinatown, "there is no guarantee that it would eventually be returned to the owners".

This again, as in the past, shows what MCA leaders say are meaningless and just a "damage control exercise" whenever controversial issues afflicting the Chinese community arise.

In particular, can anyone really trust Chua to represent us?

In dealing with such issues since Merdeka, the MCA continues to dish out crap, never sticking its neck out for the Chinese community.

The biggest joke in this Chinatown issue is this: Why is the Transport Minister Kong Cho Ha keeping mum? Isn't he from MCA? Is the SPAD chairperson more powerful than Kong?

Of course the answer is that the Umno SPAD chairperson is more powerful. Kong is keeping mum because his useless ministerial position - rendered useless by Kong due to his inaction - is more important than the Chinese community.

If he objects, he will be removed by Umno, just like what happened to former MCA president Ong Tee Keat who foolishly knocked his head against the brick wall of the multi-billion-ringgit Port Klang Free Zone (PKF) financial scandal.

Kong, after taking office, displayed his 101 percent loyalty to the powers that be by immediately sweeping the PKFZ probe under the carpet, thus safeguarding his ministerial position.

Under such circumstances, do you really expect the dumb Kong or the MCA to defend the interests of the Chinese community or give a damn for a Chinese heritage zone?

It is really appalling to note that, of late, non-Umno ministers have been reduced to just puppets, toothless leaders who are completely subservient to Umno and the powers that be.

These ministers are powerless to Umno-formed and Umno-linked commissions, committees, boards, etc.

So Malaysians, isn't it crystal clear that it does not really make any difference whether there are MCA, Gerakan or MIC ministers after the next general election?

As for the Malays, only the cronies of Umno Malays will continue to prosper while the majority of Malays continue to struggle in poverty.

What is Merdeka without free and fair elections?

Posted: 25 Aug 2011 11:31 PM PDT

As we draw near to Merdeka Day, I begin to reflect on the real meaning of Merdeka. We may have gained independence from the British in 1957 but have we gained true freedom from our colonial masters?

Have we grown as a nation united with one common goal or vision? Or have we become more disunited since 1957, having lost our direction as to where we are heading to as an independent nation.

Despite 54 years of independence, are we really free when we have oppressive laws in place, such as the Internal Security Act (ISA), the Emergency Ordinance and The University and University Colleges Act (UUCA)?

For me, the real meaning of Merdeka is achieved when we have freedom to determine our destiny through a free and fair electoral system. As a young Malaysian, I realise the importance of being an agent of change, not because we want change for the sake of change, but because we want real change that will transform this nation to be an Asian tiger once again.

Many took part in the Bersih 2.0 rally because they know how unjust the Malaysian electoral system is. On July 9, Malaysians braved tear gas and water cannons because of their strong desire to see real change for a better Malaysia.

These are the true present generation of Merdeka warriors in the 21st century. It is simply incomprehensible that as a nation, we still have to rely on archaic laws, such as the recently used Emergency Ordinance on Malaysians who had no intent to declare war on His Majesty but merely to demand free and fair elections as a tax payer and as an ordinary citizen.

It is simply unacceptable for a modern nation like Malaysia to depend on such laws which are increasingly being used as a political tool for oppression to scare Malaysians into submission when they have done no wrong but merely to wish for a more transparent and corrupt free electoral system.

It is with this backdrop, that the BN government has clearly lost its moral authority to rule with their brutal crackdown on Bersih participants during both pre and post-July 9peaceful rally.

What moral authority does BN have when freedom of assembly and freedom of speech under the Federal Constitution is rendered meaningless? Instead, oppressive laws such as the Police Act are being used as a political tool to deny us of our basic human rights by giving flimsy and lame excuses such as protecting public safety and security.

We should not be cheated of our basic freedoms, but rather we must draw inspiration from the Bersih 2.0 rally when the true spirit of Merdeka was on display, when Malaysians from all races walked together hand in hand demanding free and fair elections.

These are the true Malaysians who have overshadowed the celebration of Merdeka Day this year.

Merdeka to me means freedom from fear, as well as freedom from oppression. It is a precious personal characteristic that we must have as ordinary Malaysians fighting for our basic freedom in determining our destiny as Malaysians.

If we truly love our country, we must take up the fight for freedom and justice in our land. The most basic fight for freedom now is for free and fair elections. It is only when this is achieved, that we can at last experience the real meaning and true spirit of Merdeka.

Kredit: www.malaysiakini.com

Khamis, 25 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Arahan terbaru SPR 'menyusahkan', kata DAP

Posted: 25 Aug 2011 09:37 PM PDT

DAP hari ini mempertikaikan arahan terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya penolong pendaftar daripada parti politik mengemukakan salinan kad pengenalan bagi setiap pendaftaran pengundi baru.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata arahan berkenaan tidak menyelesaikan masalah yang timbul, termasuk pendaftaran ke atas pemegang taraf kerakyatan penduduk tetap.

Sebaliknya, arahan berkenaan menyusahkan penolong pendaftar berkenaan untuk menjalankan tugas mereka, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu arahan yang dikeluarkan oleh pejabat SPR Selangor kepada parti politik pada Isnin lalu.

Surat berkenaan menyatakan bahawa arahan berkenaan digunapakai memandangkan SPR telah menolak hampir 50 peratus borang pendaftaran pemilih yang dikemukakan oleh penolong pendaftar lantikan.

"(Pendaftaran) ditolak disebabkan penolong pendaftar mendaftar mereka yang telah mati, alamat tidak sama di dalam kad pengenalan, mereka yang telah mendaftar sebanyak dua kali serta terdapat juga yang mendaftar penduduk tetap," surat berkenaan dipetik.

Pua berkata, langkah itu juga akan mengehadkan jumlah pengundi yang akan dapat didaftarkan oleh parti politik.

Pua berkata, tindakan itu juga tidak adil kepada DAP, yang telah menerima pujian daripada SPR kerana menghantar rekod pendaftaran pengundi "paling bersih."

Sedangkan terdapat parti tertentu yang didakwa menghantar rekod pendaftaran yang mempunyai kadar kesilapan yang amat lebih tinggi.

"Kadar kesilapan (data) kami adalah kurang daripada 10 peratus.

"Mereka sepatutnya hukum parti politik yang hantar data bukan-bukan, yang mempunyai lebih daripada 40 peratus data yang direka-reka, atau (individu) yang telah mati," katanya.

Editor Utusan, wartawan dilepaskan dengan amaran

Posted: 25 Aug 2011 09:37 PM PDT

Seorang editor kanan dan seorang wartawan akhbar harian bahasa Melayu - Utusan Malaysia - diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini kerana menerbitkan satu artikel yang menyerang kredibiliti seorang peguam dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir juga mengarahkan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan hadir di mahkamah untuk menjelaskan komennya yang disiarkan dalam Utusan yang mengkritik peguambela Manjeet Singh Dhillon.

Hakim memberitahu ketua pengarang Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawannya, Raja Syahrir Abu Bakar bahawa kenyataan dalam artikel tersebut adalah dilarang kerana kes tersebut masih berjalan.

Manjeet (kanan) membangkitkan perkara itu minggu lalu dan berkata artikel itu adalah serangan peribadi terhadapnya kerana mendakwa dia "selalu burukkan kerajaan".

Artikel itu mengulangi dua kali bahawa Manjeet adalah anggota pasukan peguam yang mewakili ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat yang sedang berjalan sekarang, tetapi sebenarnya ia tidak betul.

[Baca berita penuh]

Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Pindaan undi pos dijadual dibentang Oktober

Posted: 24 Aug 2011 11:38 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari ini bahawa ia berhasrat untuk menukar pengundi pos kepada 'pengundi awal', ekoran dakwaan berlaku penipuan undi menggunakan undi pos.

election commission chief abdul aziz yusofBercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kiri) berkata pindaan undang-undang itu diperlukan untuk membolehkan ia dirangka untuk pembentangan di sidang Parlimen Oktober ini.

"Hasrat kami adalah untuk mengubah status semua anggota polis dan Angkatan Tentera dan pasangan mereka,yang menjadi pengundi pos, kepada 'pengundi awal', yang boleh mengundi dua atau tiga hari sebelum hari mengundi," kata Abdul Aziz.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang bertugas jauh dari kem dan tidak boleh hadir untuk mengundi awal, masih boleh memohon menjadi pengundi pos.

Katanya, ini termasuk mereka yang bertugas di pos sempadan atau bertugas membuat rondaan di laut.

Bercakap dalam taklimat mengenai tuntutan BERSIH 2.0, Abdul Aziz berkata, dibandingkan dengan undi pos, pengundian awal adalah sama seperti pengundian biasa dan terbuka kepada penelitian ejen-ejen parti politik.

[Baca berita penuh]

Pendengaran isu JAIS-DUMC bermula

Posted: 24 Aug 2011 11:34 PM PDT

Sesi pendengaran sulung Gerak Kerja Pendengaran bagi menyelesaikan isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bermula sebentar tadi.

Ketiga-tiga pihak berkaitan - penganjur program Harapan Komuniti, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mufti Selangor - dilihat hadir ke pejabat menteri besar secara berasingan kira-kira jam 2 tadi.

Kelihatan JAIS hanya menghantar seorang wakilnya manakala Harapan Komuniti diwakili enam orang, termasuk dua Melayu dan dua peguam.

Kemungkinan besar dialog dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ketiga-tiga pihak itu berjalan serentak.

[Berita penuh menyusul]

Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved