Sabtu, 23 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Nazri: Tiada lagi s'jaya kaji hasil siasatan kes TBH

Posted: 23 Jul 2011 09:15 PM PDT

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata tidak akan ditubuhkan satu lagi suruhanjaya semata-mata untuk memuaskan hati mereka yang tidak puashati dengan keputusan suruhanjaya diraja menyiasat kematian Teoh Beng Hock.

"Pendedahan laporan suruhanjaya (diraja) kepada umum menutup kes kematian mendiang Teoh dan segalanya telah selesai," katanya dalam wawancara yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

"Itu memang tidak boleh dan tidak akan dilakukan. Melainkan ada ruang dibenarkan kepada mahkamah, yang mana mereka nak teruskan, teruskanlah," tambahnya.

Nazri berkata, tidak akan ada lagi satu suruhanjaya untuk kaji keputusan suruhanjaya yang lain.

"Kerajaan telah berbelanja berjuta ringgit untuk suruhanjaya ini dan itu adalah duit rakyat.

"Saya merayu kepada rakyat supaya menganggap episod ini ditutup dan telah selesai dengan keluarnya laporan suruhanjaya (diraja).

"Buatlah kerja-kerja yang boleh memajukan negara dan jangan terus dengan isu ini sehingga kita tidak boleh bergerak ke mana-mana," tambahnya.

Menurutnya, suruhanjaya tersebut dianggotai orang yang tinggi imej dan reputasi mereka.

"Mereka ada reputasi yang perlu dipelihara. TIdak mungkin mereka tunduk kepada tekanan untuk membuat sesuatu keputusan kerana takut atau pilih kasih.

"Kedua, ini di atas permintaan mereka (keluarga Beng Hock) dan bukannya kerajaan.

"Ketiga, tujuannya untuk mendapatkan kebenaran, bukannya memuaskan hati mana-mana pihak sama ada keluarga Beng Hock atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)," katanya.

Nazri berkata, beliau percaya bukan sahaja keluarga mendiang Teoh tidak berpuashati, SPRM pun tidak berpuashati kerana banyak perkara dibangkitkan tentang aspek penyiasatan mereka.

"Yang penting kita tidak peduli sama ada masih ada pihak tidak berpuashati atau sebaliknya kerana tujuan mengadakan mengadakan suruhanjaya ini adalah untuk kebenaran bukan untuk memuaskan hati mana-mana pihak.

"Itu yang penting. Kalau masih ada pihak tidak berpuashati maka terpulang kepada mereka kerana bukan buat sesuatu untuk memuaskan hati sesiapa," tambahnya.

Nazri mengulangi bahawa Malaysia adalah negara bebas, "kalau mereka nak buat rayuan dan memang ada ruang di bawah undang-undang kita, buatlah, kita tak ada perkara yang ditakutkan".

"Soal tidak puashati blogger, pembangkang atau keluarga Beng Hock itu kita faham sangat sebab sepanjang dua tahun lebih telah ditanamkan di pemikiran rakyat bahawa mendiang Beng Hock telah dibunuh.

"Apabila keluar laporan reaksi itu semenangnya kita faham dan telah dijangka. Tetapi saya yakin mereka yang ikuti isu ini dengan penuh sabar, yang mahu kebenaran ditunjukkan, saya pecaya mereka dapat menerima laporan yang dibentangkan oleh suruhanjaya," tambahnya.

Katanya, kematian Teoh disebabkan oleh kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang dimahukan SPRM.

"Keadaan itu berlaku disebabkan overzealous dan melibatkan segelintir kakitangan SPRM. Ini perangai masing-masing, macam mana pun kalau sudah buat salah, kena disiplinkan," katanya.

Nazri mengumpamakan perkara itu seperti pepatah Melayu 'kerana nila setitik rosak susu sebelanga'.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

RapidKL rugi RM10 juta akibat kecurian kabel

Posted: 23 Jul 2011 08:28 PM PDT

Pengendali perkhidmatan dua aliran transit aliran ringan (LRT) Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) kerugian kira-kira RM10 juta akibat kecurian kabel pada sistem semboyannya dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengurus Besar Bahagian Operasi Rel RaipdKL, Bukhari Mohamed berkata setakat ini terdapat 20 kes dilaporkan membabitkan kehilangan kabel pada sistem itu di semua aliran LRT terutamanya di kawasan Ampang dan Sri Petaling.

"Tahun lepas RapidKL mengalami kerugian RM15 juta akibat kehilangan kabel sistem itu yang menjejaskan sistem perkhidmatan LRT terutamanya di aliran Ampang," katanya kepada media di sini selepas menyertai program Latihan Kecemasan 2011 di LRT Sungai Besi, yang berakhir kira-kira pada pukul 1 pagi hari ini.

"Pencerobohan ini menyukarkan sistem operasi perjalanan LRT terutamanya dalam aspek perjalanan, kelajuan dan jarak masa," katanya.

Mengenai program latihan kecemasan itu, Bukhari berkata program itu turut melibatkan kerjasama antaranya pihak polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) bagi memberi pendedahan kepada kakitangan RapidKL ketika berhadapan dengan situasi kebakaran di stesen LRT.

"Ini adalah latihan kebakaran pertama bagi tahun ini yang melibatkan 300 orang kakitangan RapidKL termasuk anggota polis dan bomba. Kita juga merancang untuk membuat latihan ini di LRT Kelana Jaya pada bulan September tahun ini," katanya.

RapidKL juga merupakan pengendali perkhidmatan bas RapidKL dan bas perantara.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


PSM6 habeas corpus and a failed judiciary

Posted: 23 Jul 2011 12:31 AM PDT

Aliran is deeply disillusioned with the judiciary with regards to the detention of the PSM 6. Instead of depending on technicalities and loopholes in the law, it should focus on fairness and justice.

It should be prominently and predominantly concerned with freedom and human rights of the citizens. When the freedom of individuals is deprived by dubious means, the judiciary should be uncompromising in defending that freedom.

Dr Jeyakumar and his five companions have been incarcerated since July 2. Nobody believes the accusations levelled against them. The whole exercise has turned into farcical nonsense.

They were initially accused of "waging war against the King". But that accusation has been dropped now. What does this suggest with regard to the integrity of the police? It only means that they had cooked up an excuse to detain them.

Then they were accused of reviving 'communism' in this country. Images of past communists leaders printed on T-shirts in their possession do not support this theory. Besides, communism is now no longer a contentious issue.

What does this prove? The police are grasping at straws in desperation to justify their action. But it won't do them any good.

Then the six were detained under the Emergency (Public Order and Prevention of Crime) Ordinance 1969 (EO) under the false pretence that they are a threat to public security. These six citizens are no goons or gangsters to pose any such threat. Nevertheless, they are accused of being a threat to national security.

What does it prove? It only means that any flimsy grounds would suffice to detain any individual under this anti-democratic and draconian law, which blatantly denies a person his natural justice, including the right to defend himself or herself. But it won't win support for the police.

Ridiculously, the six are now projected as the prime movers of Bersih 2.0, when the entire country is aware that it is the coalition of 62 NGOs headed by Ambiga Sreenevasan that was the sole mover of Bersih 2.0.

These six are members of a political party and therefore had no role to play in Bersih 2.0, that excluded political parties from its steering committee.

What does it prove? It means that there is no respect for truth and the rule of law. But it is not going to help the police to shore up support for the Barisan Nasional.

It is under these circumstances that an application was made for a habeas corpus hearing to question the conduct of the police in detaining these six PSM members. After much haggling, July 22 was fixed for the hearing. But now this hearing has been postponed to 5 August.

Any application under habeas corpus should – and must – deserve priority to ensure that it is heard almost immediately. There is an urgency that cannot be ignored.

There is the question of justice that has to be addressed at the earliest possible time without any undue delay. This urgency (for the six's detention) is no longer there.

Whatever the reason for justifying this frustrating postponement, it will not look good for the judiciary. Its battered image – from previous absurd judicial pronouncements that had discredited the judiciary – will suffer a further ignominious blow. It appears that there is no saving grace for the judiciary!

P Ramakrishnan is Aliran president.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

Jumaat, 22 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Zahid: Jangan buruk imej k'jaan dengan isu Scorpene

Posted: 23 Jul 2011 08:11 AM PDT

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak tertentu supaya tidak memburukkan imej negara dengan menimbulkan isu kononnya terdapat penyelewengan dalam pembelian dua kapal selam 'Scorpene' dari Perancis pada 2002.

Ahmad Zahid Umno VPZahid diminta mengulas mengenai kehadiran peguam Perancis William Bourdon di Pulau Pinang kelmarin di majlis penerangan berhubung perkembangan terbaru dalam siasatan perjanjian pembelian kapal selam itu antara kerajaan Malaysia dengan firma pertahanan DCNS yang berpangkalan di Perancis.

"Pembelian kapal selam merupakan sesuatu yang telus sebagaimana yang telah saya nyatakan di Parlimen. Harus ingat, sebarang kesilapan yang dilakukan oleh mereka, jangan ingat mereka boleh lepas," katanya dalam sidang media selepas merasmikan Program Jiwa Murni Angkatan Tentera Malaysia sempena Ops Pasir Sabah di Pulau Danawan di Semporna.

Beliau turut menegaskan bahawa pihaknya merasakan ada pihak tertentu yang mempunyai niat jahat di sebalik perkara itu dengan memburukkan kerajaan dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang pada ketika itu menjadi menteri pertahanan.

"Jangan hanya menuduh sebelah pihak...Kami juga punya bukti bahawa mereka mempunyai niat jahat. Saya akan pertahankan ini. Mereka harus ingat, jangan ingat bahawa mereka sahaja yang benar," katanya.

Beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak percaya dengan dakwaan itu.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Isteri mahu RCI siasat punca kematian Sarbaini

Posted: 22 Jul 2011 10:56 PM PDT

Kecewa dengan siasatan polis, Maziah Manap, isteri allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed, yang dijumpai mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di KualalLumpur mahu kerajaan membentuk Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat punca kematian suaminya itu.

sarbani wife lodge police report 230711 maziah manap and mokhtar mansur"Inkues tidak menyiasat secara serius kemungkinan ada unsur jenayah. Saya mahu Suruhanjaya Diraja. Ini kali pertama saya tuntut Suruhajanya Diraja," katanya selepas membuat laporan di balai polis Kelana Jaya pagi ini.

Maziah juga meminta polis menyiasat semula kes itu berikutan pendedahan oleh Raja Petra Kamaruddin yang menulis di blognya bahawa seorang pegawai SPRM mengarahkan penolong pengarah Kastam itu berdiri di kaki lima tingkap bilik pantri sebagai 'hukuman' kerana menukar pengakuannya dalam kes rasuah yang disiasat.

Dakwanya, apa yang berlaku semasa inkues sekarang sama seperti yang didakwa oleh Raja Petra.

Raja Petra mendakwa pegawai SPRM itu dilaporkan berkata 'orang macam kau ni lebih baik mati dari hidup menyusahkan orang lain.'

NONEKata-kata itu mengejutkan Sarbaini yang bertindak memanjat tingkap apabila terus dihina.

Tulisnya lagi secara tiba-tiba tali pinggang Sarbaini tersangkut di kaki lima tingkap, dan dia hilang pertimbangan lalu jatuh.

Sarbaini, penolong pengarah Kastam yang disiasat dalam Operasi 3B, ditemui mati di pejabat SPRM Kuala Lumpur pada 6 April lalu ketika datang secara sukarela untuk menukar pengakuannya.

Sebanyak 27 saksi telah selesai memberi keterangan di hadapan Aizatul Akmal sehingga 15 Julai lalu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Surat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Salam Malaysiaku

Posted: 22 Jul 2011 01:27 AM PDT

Satu situasi yang saya ingin kongsikan dan kita fikirkan bersama. Telah menjadi lumrah dalam kehidupan kita jika seseorang penjenayah yang benar-benar telah melakukan jenayah seperti membunuh, merompak atau mengedar dadah akan berasa takut untuk berhadapan dengan polis walaupun berselisihan dengan secara tidak sengaja.

Malahan dengan sedaya upaya untuk mengelak dan melarikan diri dari polis kerana takut akan ditangkap, dipenjarakan dan dihukum. Lebih-lebih lagi memang terdapat bukti yang kukuh. Subjeknya penjenayah takut dengan polis.

Sekarang pula kerajaan BN amat takut dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang telah berlangsung baru-baru ini. Tujuan dan motif perhimpunan ini diadakan adalah untuk menuntut piliharaya di Malaysia dijalankan secara bersih.

Sebelum perhimpunan dilansungkan, pelbagai propaganda telah dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin tertinggi BN. Antaranya isu perkauman yang merendahkan martabat orang melayu dengan menyatakan bahawa orang melayu sahaja yang suka berdemo.

Hakikatnya semua kaum Malaysiaku yang menyertai perhimpunan tersebut. Semua jalan masuk ke pusat bandaraya Kuala Lumpur pula ditutup. Seolah-olah telah berlaku darurat secara tidak perasan. Hasilnya perhimpunan tersebut tetap disambut hangat oleh warga kota.

Namun apa yang dilaporkan oleh akhbar harian Malaysia amat jauh berbeza pada realiti sebenar. Keganasan peserta perhimpunan tersebut akan menyebabkan kecederaan, kerosakan hartabenda awam dan merugikan para peniaga.

Kenyataannya ialah pihak polis yang telah bertindak ganas sehingga menyebabkan kematian kepada peserta perhimpunan BERSIH tersebut. Dalam berita media perdana telah menemuramah beberapa peniaga yang telah mengalami kerugian hasil dari perhimpunan tersebut.

Tetapi yang telah ditemuramah adalah pendatang asing. Adakah terdapat peniaga yang berwarganegara Malaysiaku di sekitar tempat kejadian (kedai pakaian dan jamu Jalan Tunku Abdul Rahman) tempoh hari?

Persoalannya mengapa kerajaan BN mesti takut jika memang pilihanraya di Malaysia dijalankan dengan telus dan bersih? Jika benar bersih, kenapa kerajaan BN bertindak sedemikian?

Sekurang-kurangnya membenarkan peserta bebas berhimpun di Dataran Merdeka ataupun di Stadium Merdeka. Itupun andai benar-benar bersih. Andai tidak bersalah seperti cerita penjenayah diatas, mengapa takut sehingga bertindak sedemikian rupa dalam mendukung demokrasi? Subjek kali ini ialah kerajaan BN takut kepada perhimpunan BERSIH.

Perdana Menteri telah berkata bahawa tidak perlu berdemostransi atau mengadakan perhimpunan sedemikian untuk menyampaikan permintaan atau suara rakyat. Dalam era teknologi maklumat, rakyat seharusnya mengunakan kemudahan internet untuk menyampaikan rasa tidak puas hati atau permintaan.

Ini telah dipetik dari kata-kata beliau di media perdana serta akhbar harian tempatan pada sehari selepas perhimpunan BERSIH dilansungkan. Maka sebuah laman facebook yang bertajuk "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" telah dilaksanakan pada masa yang sama.

Dalam tempoh hanya 48 jam, laman tersebut telah mencapai lebih 100,000 sokongan dalam usaha hanya untuk mendapatkan 100,000 sokongan sahaja. Secara tidak lansung, rakyat telah menyahut cabaran beliau dan saya percaya beliau juga telah maklum dengan hasil yang diperolehi daripada laman facebook tersebut.

Tetapi apa reaksi dan tindakan beliau sekarang?

Sedangkan rakyat telah menyahut cara seperti yang beliau sarankan. Beliau tidak ambil peduli lansung dan telah pergi melawat ke luar negara. Agenda rakyat telah diketepikan tanpa perasaan.

Jadi dengan cara apa lagi untuk rakyat dapat menyampaikan rasa dan suara tidak puas hati setelah perhimpunan BERSIH dan melalui internet tidak diambil peduli? Adakah kerajaan BN sangat takut sekiranya apabila tumbang di pilihanraya akan datang, segala penyelewengan yang para menteri telah lakukan akan terbongkar?

Seperti yang pernah berlaku kepada kerajaan BN Selangor sebelum ini? Berani kerana benar, takut kerana salah. Nyatakan apa pendirian Perdana Menteri setelah rakyat bersuara melalui perhimpunan BERSIH yang dikatakan haram dan laman facebook "100,000 People Request Najib Tun Razak Resignation" yang dikatakan halal oleh beliau sendiri.

Jangan tipu, tipu-tipu rakyat lagi!

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Demokrasi Malaysia makin pincang

Posted: 22 Jul 2011 01:21 AM PDT

Ahli parlimen merupakan wakil yang dipilih oleh rakyat untuk menyampaikan pandangan dan masalah mereka. Konsepnya wakil yang dipilih ini adalah pekerja untuk rakyat dan rakyat adalah tuannya.

Seharusnya wakil yang dipilh oleh rakyat ini memainkan peranan penting dalam membawa isu-isu dan masalah-masalah rakyat. Namun ada sesetengah wakil rakyat ini membalas pengharapan rakyat dengan mengkhianati amanah yang diberi.

Mereka membolot harta rakyat sesuka hati mereka demi kepentingan peribadi. Membina mahligai berjuta-juta ringgit di saat ramai rakyat di sekeliling rumah mereka menanti saat rebah ke bumi. Berbelanja kelengkapan peribadi ribuan ringgit di saat ada rakyat menjadi peminta sedekah yang mencari sesuap nasi untuk anak di rumah.

Kos kehidupan yang meningkat dan kenaikan harga barang lebih menghimpit golongan miskin ini. Kajian yang dilakukan mendapati pendapatan isirumah di bawah RM 2000 boleh dikatakan sebagai golongan miskin.

Dalam keghairahan mengejar status negara maju namun Malaysia masih mempunyai jurang pendapatan yang besar.

Ibarat pepatah Melayu menyebut 'menang sorak kampung tergadai'.

Lebih parah apabila budaya rasuah dan ketirisan wang telah menyebabkan negara rugi berbilion ringgit. Malah rasuah juga berlaku kesan daripada demokrasi yang cacat. Demokrasi Malaysia masih bersifat sempit dan belum matang sepenuhnya.

Menyentuh tentang isu enam orang termasuk seorang ahli parlimen Sungai Siput, Dr D Jeyakumar yang ditahan dibawah Seksyen 3(1) Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969.

Ordinan Darurat hampir sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri yang membenarkan polis menahan seseorang suspek sehingga 60 hari tanpa perbicaraan. Sebelum itu, beliau ditahan kerana didakwa melawan Yang di-Pertuan Agong dan mahu menghidupkan fahaman komunisme.

Saya berpandangan kalau benar beliau bersalah sepatutnya beliau dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan, Biarkan mahkamah yang menentukan bersalah atau tidak. Adalah tidak adil jika beliau ditahan berhari-hari tanpa belum dibuktikan bersalah lagi. Malah penahanan beliau membantutkan tugas beliau sebagai ahli parlimen.

Keruntuhan demokrasi juga turut menjalar ke Kolej Universiti Insaniah Kedah (KUIN) apabila pentadbiran KUIN telah bertindak menggunakan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) menggantung pengajian lima orang pelajarnya kerana didakwa mengadakan demontrasi berhubung bantahan pembukaan Sekolah Insan Bestari menggunakan bangunan tahfiz.

Di Mesir pula seorang mahasiswa Mohd Firdaus Madzlan telah dibuang daripada universiti adalah disebabkan beliau menganjurkan Bersih 2.0 di Mesir baru-baru ini. Tindakan ini adalah bertentangan dengan perlembagaan negara, iaitu hak setiap warganegara untuk bersuara dan berhimpun secara aman.

Oleh itu, saya mengharapkan supaya pemimpin negara lebih serius dalam menangani rasuah dan mengamalkan kehidupan yang lebih bersederhana.

Selain itu, berdasarkan prinsip keadilan dan hak asasi manusia saya juga berharap pihak yang bertanggungjawab terutamanya Kementerian Dalam Negeri dapat mempertimbangkan semula penahanan mereka selaras dengan status Malaysia sebagai anggota Majlis Hak Asasi Manusia PBB dan mengkaji semula mana-mana akta yang melanggar nilai demokrasi di Malaysia seperti AUKU, Ordinan Darurat dan ISA.

Penulis adalah Pengerusi Gabungan Mahasiswa Bersatu Perak

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


Bright bumi kids also victim of Little Napoleons

Posted: 21 Jul 2011 10:51 PM PDT

Four students, three with 10As in their SPM and one with 12 As were all rejected for a JPA scholarship to do medicine and were given one of two choices. Matriculation in a government matriculation center, or Asasi Sains (Foundation in Science), University Malaya. All chose UM.

One year later, after going through a completely disorganised Asasi Sains UM program run by part-time, poorly committed lecturers who had trouble conversing in English, rushed syllabuses and a 'tidak-apa' (couldn't care less) attitude taken by both the Asasi management and the VC, the students literally struggled through cramped daytime and nighttime classes to complete the course in lecture halls numbering sometimes 200 a class.

But they struggled because they all wanted to do medicine. One year later the results are announced. Three of the 10 As students get 3.75, 3.7 and 3.45 while the 12 As student scores 3.85.

All then applied to do medicine. None got their choice of medicine either at the UM or any other IPTA that offers medicine! In fact some were then offered nursing, perhutanan, biomedical sciences, and pharmacy. Counsellors at the Ministry of Education, Putrajaya were very clinical about their argument saying for medicine the score must be a CGPA of 4.0, dentistry 3.9 and Pharmacy 3.8 respectively.

But the story does not end there. Their colleagues from various schools who did not do so well and scored between 4As and 6As in their SPM were offered and took up places at the government run matriculation programs and were offered courses at various locations in Penang, Jasin, Banting etc. And, believe it or not, all scored 4.0 flat in their final exams.

And this is what takes the cake - all are offered medicine, one of them at the University of Malaya!

This is not subtle dishonesty but overt, bordering on fraud. The University system has clearly been manipulated by a non-standardised 'Foundation Studies' scheme. The perpetrators are the Ministry of Education and the Universities themselves.

The government and cabinet or its various ministers in the Education Ministry may not know what's going on but this is what the Little Napoleans at the Ministry of Education are quietly getting away with.

The system is hopelessly flawed and I can't wait for Bersih 3.0. I want to really get this government out. It appears that among the so called bumi fraternity, the cheating is even more horrendous with sabotage taking a new form and a new level.

On repeated questioning at the MOHE's new block, now located at the edge of Dengkil in Putrajaya, the counter girls say that all foundation examinations, be it the matriculation or asasi are all the same. They further claim that their system is transparent and the foundation programmess in both universities and government institutions are standardised. And places offered are purely on merit. I have news for the MOHE. They are not!

On questioning the head of program at the Asasi Sains Program at University Malaya, her answer is – there are too many 10A students in Asasi and she has been instructed to make the exams as difficult as possible and raise the bar so that as many as possible don't get the 4.0 CGPA!

Conversely, this would mean, the University Malaya is conniving with MOHE officials to create a back door entry to universities for candidates with poorer SPM results but get a CGPA 4.0 in the easier matriculation programs.

Is this a tactic by the Little Napoleans in the Ministry of Education to keep brighter bumiputeras out of choice programmes? For bumi parents like us, especially for lower middle income groups, we now realise that it was a horrendous mistake to have sent our children to Asasi Sains UM.

Clearly the UM authorities were less then professional. The kid with a CGPA of 3.45 has a tough time now applying to even IMU, AIMST etc, as 3.45 is seen to be a low score. One year of their life have been destroyed by the crooked system UM employs to run their Asasi program.

I would like to suggest that all these lop-sided foundation programmes run by the government be immediately scrapped and either the STPM or A- levels be instituted as the standard foundation program for university entries to prevent all this deceit by both university and Ministry of Education authorities.

On second thought, it would be better to make the A-levels as the standard entry requirement, knowing that our infamous Ministry officials may even try to manipulate the STPM results.

Enough is enough! They say everyday problems others face and you choose to ignore because you think it will never affect you will never come to your doorstep. Our family today is facing the brunt of a dim prospect for our kid.

We will probably need to mortgage our house to put him through medical school. But it would be worth it. Meanwhile, I wait anxiously for the announcement of the date for Bersih 3.0. With a clean and fair electoral system, our immediate objective is to remove this corrupt and irresponsible government out of office for good and clean up the civil service.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

A tale of two men: One honourable, one kotor

Posted: 21 Jul 2011 10:16 PM PDT

I am thinking about the present fates of two men. One is Dr D Jeyakumar who is under police detention; the other could be any one of our leaders who have been guilty of or linked to dishonourable acts through using his/her position for personal gains.

While many of the latter are living in the lap of luxury, Jeyakumar is dwelling in the dungeon of darkness.

They – who have pillaged and plundered the nation of its wealth, used their positions to satisfy their lust, committed gross acts in the name of their religion – are living their hedonistic lives without a care for the afterlife. Meanwhile, Jeyakumar, said to be an honourable man who has dedicated his life to helping the poor and defenceless, is being confined for God knows what.

On one hand, those who live only for themselves, walk free and unfettered, while the one who lives for others is in chains.

What an outrageous irony!

But to our dear doctor and many others like him, take heart. You care little for your glory in this present world, but in years to come when you are long gone, your name will rise like a sweet perfume as people tell of your deeds from generation to generation.

Your children will hold their heads up high and proudly count themselves blessed to be your progenies.

As for the descendants of the others, they will hang their heads in shame at the mention of their parents' names (that is, if they have a conscience, which the present ones don't).

My prayers are ever with Dr Jeyakumar and his colleagues and many others like them – courageous men and women who are voices for the voiceless, beacons of light for the lost, defenders of truth and justice.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

Khamis, 21 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Melayu bukan rasis, kata Ku Li

Posted: 21 Jul 2011 10:38 PM PDT

Orang Melayu dan juga kaum-kaum lain di negara ini - "tidak rasis dan tidak pernah rasis" tetapi mereka bersikap perkauman kerana dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai ʻkomunalisʼ, yakni kaum yang bersikap perkauman, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

tengku razaleigh speech 110310 02"Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang ʻIslamikʼ mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad SAW berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah," katanya ketika melancarkan NGO baru, Angkatan Amanah Merdeka, hari ini.

"Kita berkumpul di sini... pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik.

"Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini," katanya.

Sehubungan itu, bekas pemimpin Umno dan ahli parlimen Gua Musang itu berkata warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama tidak harus berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman di negara ini.

"Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah.

"Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.

Sekitar 300 orang menghadiri pelancaran Amanah di Memorial Tunku Abdul Rahman di Kuala Lumpur hari ini.

Antara mereka termasuk presiden KITA Datuk Zaid Ibrahim, naib presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan bekas presiden and bekas Transparency International Malaysia Tan Sri Ramon Navaratnam.

Berikut ucapan penuhnya:

Izinkan saya mengucapkan selamat datang kepada saudara saudari sekalian, para rakan sealiran dan sahabat sekalian, ke majlis pelancaran Angkatan Amanah Merdeka atau ringkasnya AMANAH ini. Saya berasa amat terhutang budi atas kehadiran saudara sekalian pada hari ini.

Saya ucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang dapat hadir dan yang membantu untuk menjayakan Majlis Pelancaran ini. Saya percaya bahawa di hujung jalan yang kita mulai dengan langkah awal ini, kita akan dituntut untuk membuat beberapa pilihan yang sangat penting bagi masa depan negara kita – pilihan yang mesti kita buat tidak kira apakah masalah, cabaran dan rintangan yang terpaksa kita hadapi.

Pagi ini mungkin merupakan suatu peristiwa sosial yang biasa sahaja dalam lanskap (senario) seharian Malaysia atau ia mungkin juga boleh merupakan suatu permulaan dalam perjalanan ke arah sesuatu yang belum pernah terjadi, yang mungkin dapat mengubah arus arah tuju masa depan negara kita.

2. Biar saya katakan dengan tegas, tanpa ragu-ragu dan rasa berbelah-bagi bahawa saya sayangkan negara ini sepertimana saya percaya saudara sekalian pun begitu. Kita berkumpul di sini, bekas kediaman rasmi Perdana Menteri Pertama kita, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, pada hari ini bukan untuk melancarkan gerakan membantah atau protes dan tidak juga untuk bermain politik.

Kita berkumpul di sini kerana kebanyakan daripada kita, secara tulus berasa amat prihatin dan risau, gundah dan sedih melihat apa yang sedang berlaku di negara kita yang tercinta ini. Warga Malaysia yang berfikiran benar dan saksama jangan lagi berpeluk tubuh, menyerah dan menerima secara pasif dan berlembut hati terhadap buruk laku dan keadaan yang dahsyat seperti rasuah, kronisme dan krisis perkauman yang berlaku setiap hari di depan mata kita.

Kita mesti bertindak segera sebelum keadaan ini sampai ke tahap yang tidak dapat dipulihkan lagi sehingga akhirnya seluruh asas peraturan hidup sosial, moral, budaya, undang-undang dan perlembagaan yang menjadi wadah ketahanan negara kita selama ini akan hancur dan musnah. Kita jangan menunggu lama lagi sebelum kita terlambat untuk melakukan perubahan.

3. Kita berkumpul di sini hari ini kerana kita memerlukan suara hati budi ramai, suara untuk melafazkan kehendak hati kita kepada pihak-pihak yang berkuasa dengan cara yang tertib dan demokratik sebagaimana yang dijamin dan dipertunjukkan oleh peraturan perlembagaan kita dan juga oleh tradisi bersama kita sebagai rakyat yang cintakan keamanan. Kita jangan membiarkan perbuatan manipulasi politik apa pun dan dari mana-mana pihak pun, untuk memecahkan rakyat majoriti melalui apa-apa dasar dan keputusan yang secara sengaja dibuat untuk kepentingan golongan-golongan
minoriti yang berkepentingan. Sejak masa sebelum kemerdekaan sampai sepanjang tempoh 54 tahun yang lepas Malaysia telah membuktikan bahawa penduduknya dapat hidup bersama dalam semangat perpaduan, harmoni, dan timbang rasa antara satu sama lain. Semangat timbang rasa antara penduduk negeri ini luarbiasa sekali sifatnya, dan kalau kita mengimbau kembali masa-masa yang lepas kita dapati bahawa interaksi atau perhubungan antara kaum dan toleransi atau rasa timbang rasa keagamaan tidak
pernah menjadi masalah kita. Berkali-kali di masa-masa dahulu Malaysia disebut-sebut oleh masyarakat antarabangsa sebagai contoh atau model negara yang penduduk pelbagai kaum etniknya dapat hidup bersama dan bersatu. Semangat inilah, model perpaduan antara etnik inilah, sebagai asas perpaduan kebangsaan kita, yang mesti kita berusaha bersungguh-sungguh untuk memulih dan memeliharanya. Jikalau pada hari ini semangat ini sudah tidak ada lagi – sebagaimana yang dapat kita saksikan sedang berlaku setiap hari – tentu ada sesuatu yang sangat tidak betul berlaku dalam cara kita memerintah atau mentadbirkan negara ini. Maka saya katakan bahawa masanya sudah tiba untuk kita mencegah dan memberhentikan perkembangan menurun dan merosot yang dahsyat ini. Jangan kita teruskan sindrom penapian terhadap keadaan ini untuk menutup kebenaran atau realiti yang sebenar.

4. Saya memerhatikan, dengan hati yang sangat gusar, melihat keadaan yang amat merunsingkan, iaitu keadaan perhubungan antara kaum dan antara agama yang kian memburuk sejak beberapa tahun kebelakangan ini, dan jika keadaan ini saya tambahkan lagi dengan perbuatan sesetengah pihak dan orang perseorangan yang secara terang-terang dan barangkali dengan sengaja merosakkan institusi-institusi perpaduan di negara ini untuk kepentingan mereka, maka saya katakan terus terang bahawa saya amat sedih dan risau.

5. Sudah sekian lama, di antara kalangan kita yang mewakili suara pertengahan dan sederhana menyepi dan cuba mengelak risiko konfrontasi (dengan pihak berkuasa) kerana kita mahu meneruskan kehidupan biasa kita yang bebas daripada masalah dan kesusahan yang dicari-cari. Sikap seperti ini tidak sepatutnya berlaku berterusan kerana kalau kita menyepi dan tidak berbuat apa-apa padahnya amat buruk kepada kita dan keadaan itu tidak akan dapat dipulihkan.

6. Inilah masanya golongan majoriti yang menyepi selama ini mendengarkan suara mereka. Inilah masanya ayah yang selama ini senyap untuk bersuara bersama-sama alunan dan jeritan suara yang lain dan bertanya: "Kami mahukan kebenaran, tidak paparan kepalsuan dan penipuan". Inilah masanya suri rumah tangga yang selama ini berdiam diri dan tidak bersuara berkata: "Saya mahukan masa depan untuk anak-anak saya yang bebas daripada segala macam masalah yang dicetuskan oleh pelbagai pihak dan individu politik, ekonomi dan kumpulan-kumpulan sosial berkepentingan sendiri". Ini masanya orang muda-dewasa yang bekerja berkata "Kami mahu tahu ke manakah arah tuju negara kita dan kami mahu tahu bahawa keputusan dan pilihan yang dibuat adalah yang terbaik dan benar". Inilah masanya saudara sekalian dan saya sendiri dengan tegas menolak perbuatan rasuah besar-besaran dan perpecahan kaum yang sedang berlaku sekarang, dan berkata, Berhentilah! Cukuplah! Dalam sejarah Malaysia belum pernah timbul keadaan dan ketika yang lebih mendesak daripada keperluan ketika kini untuk kita semua berdiri menentang keadaan yang buruk itu.

7. Apabila Bapa Kemerdekaan kita Almarhum Tunku Abdul Rahman yang tercinta menubuhkan Malaysia, dia bercakap tentang penduduk pelbagai kaum hidup sebagai anggota dalam satu keluarga yang besar. Dia berkata, kira-kira demikian bunyinya: "Jikalau kita mahu bersatu sebagai satu keluarga dan mahu hidup di bawah satu bumbung yang kita sebut Malaysia, kita kenalah bersikap jujur terhadap satu sama lain – Melayu, Cina, Indla, Dayak, Kadazan, kaum Siam dan lain-lain lagi – Orang Islam, orang Buddhist, orang Hindu, orang Kristian, dan sebagainya. Jikalau kita jujur dan ihklas, kita tidak akan berkata apa-apa yang boleh menyakiti orang lain. Kita juga tidak akan melakukan apa-apa perbuatan yang boleh menyakiti hati dan perasaan satu sama lain. Sebagai anggota keluarga yang iklhas dan jujur kita mestilah sentiasa hadir, bersedia untuk menolong satu sama lain. Yang kaya hendaklah menolong yang miskin
dan yang sudah berjaya hendaklah menolong yang kurang bernasib baik. Dengan cara begitulah baru kita boleh menjadi satu bangsa dan menjadikan negeri ini bersatu-padu dan kuat. Setiap orang akan berasa gembira. Barulah Malaysia akan dihormati oleh dunia..."

8. Alangkah hebatnya kata-kata yang mudah tetapi penuh hikmah ini. Dia mahukan kita hidup dengan cara demikian sebagai anggota dalam keluarga yang bahagia. Selepas 54 tahun, di mana kita berada sekarang? Adakah kita sudah dapat hidup sebagai satu keluarga? Seperti yang telah saya katakan tadi, jikalau belum, tentu ada sesuatu yang salah. Kita tidak boleh menunggu terlalu lama lagi untuk mengembalikan negeri kita ke jalan yang benar. Kita mesti berbuat sesuatu dan melakukannya sekarang juga! Setiap warga Malaysia yang berfikiran benar hendaklah bersama-sama dalam gerakan ini, gerakan untuk menyatakan hasrat dan suara kita – dan menyatakannya dengan lantang dan jelas.

9. Tunku Abdul Rahman mengamalkan apa yang dia serukan kepada orang lain. Oleh sebab kerajaan pada masa itu tidak mempunyai wang yang cukup, dia berjaya memujuk kawan-kawan bukan Islamnya dan beberapa pihak lain untuk memberi sumbangan kepada tabung pembinaan Masjid Negara. Masjid itu dibina dengan kos RM10 juta sahaja. Projek itu tidak sahaja merupakan tanda jasa Tunku tetapi ia juga menjadi lambang kerjasama antara orang Islam dan bukan Muslim dalam memupuk persefahaman yang lebih baik dan rapat antara pelbagai kumpulan etnik dan agama di negara ini. Tunku juga giat berusaha mempertemukan negara-negara Islam untuk menggalakan kerjasama dalam bidang ekonomi dan memupuk keamanan dan kestabilan. Akhirnya idea atau gagasan yang dia cetuskan itu menjadi kenyataan
apabila dia berjaya mempertemukan 52 negara Islam, besar dan kecil, yang kaya dan yang miskin, dalam sebuah pertubuhan Persidangan Islam setelah Tunku mendapat restu dan sokongan Almarhum Raja Faisal dari Arab Saudi untuk menubuhkan Pertubuhan Persidangan Islam (yang kini terkenal dengan nama singkatnya dalam bahasa Inggeris OICÊ. Pertubuhan ini kini menjadi monumen sebagai saksi kepada usaha jerih Tunku memupuk perpaduan di kalangan umat Islam sedunia. Tunku tolak kezaliman dan diskriminasi apabila dia perang Apartheid sehingga Rejim Rasis Afrika Selatan itu disingkir dari Commonwealth dan dari badan-badan dunia yang lain untuk mengajak seluruh dunia mengutuk dasar Apartheid yang kejam dan tidak berperikemanusiaan itu.

10. Dalam bidang sukan, Tunku memajukan bola sepak, badminton, sepak takraw, golf dan lain-lain lagi. Saya terpaksa mengulangi apa yang pernah saya ucapkan dalam majlis-majlis yang lain tentang betapa dunia sukan dipromosi oleh Tunku sebagai wadah untuk memupuk semangat kekitaan dan kebersamaan di negara ini: Saya pernah berkata, "Apabila terfikir tentang bola sepak, saya terkenang bagaimana Tengku berjaya membawa pasukan dari Timur Tengah dan serantau Asia untuk bermain di Kuala Lumpur dalam Pertandingan Bola Sepak Merdeka. Pasukan dari Korea dan Jepun datang mengambil bahagian dan dah jadi kebiasaan pada masa itu pasukan bola sepak kita mengalahkan mereka. Hari ini, menurut ranking FIFA, kita jatuh ke tahap bilangan ke-157 daripada 203 buah negara. Ini bererti ranking kita lebih rendah daripada Maldives yang rankingnya terletak pada nombor 149. Maldives ialah negara paling kecil di Asia; penduduknya cuma 400,000 orang, mereka hidup lebih kurang 1.5 meter dari paras laut. Di ASEAN, kita berada di belakang Indonesia, Negara Thai dan Singapura yang suatu ketika dahulu kita menguasai mereka. Nama-nama wira bola sepak kita pernah bermain di bibir kanak-kanak sekolah kita; mereka meniru mereka di padang bola sekolah mereka. Di manakah mereka sekarang? Jaguh bola seperti Soh Chin Aun, Arumugam, Isa Bakar, Santokh Singh, James Wong dan Mokhtar Dahari, sudah tidak ada lagi dalam arena bola sepak negara. Ini bukan soal kita hendak menjadi pasukan yang terbaik di dunia; ini soal semangat dan rasa ghairah kepada sukan. Masa dulu kita pernah melihat budak-budak kecil di kampung memukul bulu tangkis (badminton) dengan raket yang patah dan rosak di sekitar kampung mereka dan menggelar diri mereka Wong Peng Soon. Ya, Peng Soon adalah hero (wira) badminton Malaya, sama seperti wira-wira bola sepak kita. Hari ini rasa ghairah sukan itu tidak ada sedikit pun lagi dalam nadi kebangsaan kita. Ke mana perginya mereka?

11. "Pencapaian kita dalam pertumbuhan ekonomi yang saksama (dengan ekuiti) diakui seluruh dunia. Kumpulan negara sebaya kita dalam bidang pembangunan ekonomi pada masa itu adalah Korea Selatan, Hong Kong, Singapura dan Taiwan, dan kita mendahului mereka. Saya teringat masa dahulu kita pernah menerima delegasi dari Korea Selatan untuk datang belajar sedikit sebanyak daripada proses pembangunan kita. Hari ini, malangnya, kita berada jauh di belakang kumpulan negara-negara itu. Dan hari ini taraf kita sebagai negara pilihan atau sasaran pelaburan adalah sama dengan Kambodia, Myanmar dan Filipina. Tidak syak lagi bahawa Malaysia sedang melunsur ke bawah. Namun, kita dapat berkumpul pada hari ini dalam keadaan selesa. Orang berkata ini bukan kerana pengurusan kita baik dan cekap tetapi kerana negara ini mempunyai kekayaan (sumber asli) yang luarbiasa. Malaysia diberkati oleh sumber kekayaan, baik sumber asli, baik sumber kekayaan budaya dan sosial tetapi, malangnya, disebabkan kelemahan pengurusan dan rasuah, kemajuan kita kini sedang menurun dan merosot." Ya, memang orang berkata Malaysia kaya, tetapi berbanding dengan jiran-jiran kita, kita masih secara relatifnya tidak bebas.

12. Apabila Tunku mengisytiharkan kemerdekaan negeri ini 54 tahun dahulu, kita diberitahu bahawa Malaysia akan menjadi negara demokrasi berparlimen dengan institusi kehakiman yang bebas.

13. Saya berdoa moga-moga kita tidak lagi lepas tangan dan berdiam diri, menjadi pemerhati yang tidak terlibat (komited), melihat perkembangan berlaku dan berlalu di depan kita, mengharapkan orang lain akan melakukan sesuatu seperlunya. Jika kita bersikap demikian bererti kita berada dalam dunia ilusi dan impian dan kita akan menghadapi padahnya apabila padah itu berlaku nanti. Kita perlu melakukan sesuatu yang baru, yang berlainan, dan untuk melakukan perubahan itu saya minta saudara sekalian menyertai kita dalam gerakan yang kita rintiskan hari ini. Demi masa depan anak-anak saudara sekalian dan cucu-cucu kita, kita tidak boleh gagal dalam gerakan pembaharuan ini.

14. Kita akan menubuhkan sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang diberi nama Angkatan Amanah MERDEKA (ringkasnya AMANAH) untuk menggembelingkan suara dan tenaga kita untuk menjadikan gerakan ini sebagai wadah Semangat Malaysia yang baru. Suara ini ialah suara perpaduan, suara solidariti, suara kebenaran, dan kita akan berdiri teguh menentang wabak rasuah, kronisme, perkauman, sikap pelampau dan pembaziran. Kita akan berkata, "dahulukan kepentingan kebangsaan, yakni, kepentingan negara, dan kepentingan rakyat. Ini matlamat utama kita. Segala prioriti, keputusan dan pilihan dasar yang lain mesti tertakluk kepada matlamat kebangsaan yang utama ini.

15. Keadaan penduduk negeri yang miskin dan daif, terutama di kawasan luar bandar – mereka masih merupakan penduduk majoriti di negeri ini – mesti diperbaiki dan dimajukan melalui perancangan dan keputusan dasar yang sistematik dan sistemik, tidak melalui laungan slogan yang kosong isinya. Legasi dan visi Tun Razak berhubung dengan dasar-dasar pembangunan luar bandar, dasar pembasmian kemiskinan tanpa mengira kaum dan warna kulit, dan keseluruhan dasar pembangunan sosio-ekonomi berdasarkan prinsip Keadilan, Kesaksamaan dan Perimbangan merentas segala sektor, perlu kita jenguk semula dan jika perlu di-remodel sesuai dengan keadaan dan perkembangan semasa. Kita akan mempromosi Visi Tunku tentang pembinaan atau pengwujudan Keluarga Bahagia Malaysia Yang Satu Kita akan memastikan bahawa hak rakyat yang asas, yang fundamental, hak yang tidak sahaja ditakrifkan dalam Perlembagaan tetapi lebih penting hak-hak yang telah wujud dan yang dapat dikongsi bersama dalam tradisi agama, nilai moral dan budaya kita, akan dipromosi dan dipelihara sebagai rujukan fungsi negara.

16. Saya sendiri akan pergi ke merata ceruk rantau negeri kita yang hebat ini (dan saya mengajak saudara sekalian menyertai saya) untuk meruntuhkan segala tembok persengketaan, kecurigaan dan sikap tidak berperasaan terhadap satu sama lain. Saya tahu bahawa orang Melayu – demikian juga kaum-kaum lain di negara ini - tidak rasis dan tidak pernah rasis tetapi mereka bersikap perkauman kerana mereka dimanipulasi oleh pihak-pihak berkepentingan supaya berkelakuan, berfikir dan bertindak sebagai komunalis yakni kaum yang bersikap perkauman. Bagi orang Melayu sikap seperti itu sama sekali bertentangan dengan ajaran Islam dan apabila orang Melayu bersifat kurang Islamik mereka cenderung ke arah bersikap perkauman atau rasis, berbalik ke
zaman jahiliah sebelum Nabi Muhammad S.A.W. berdakwa menentang kepercayaan dan fikiran jahiliah (dan menyeru kepada perpaduan ummah, tidak kira kaum, bangsa, warna kulit dan sebagainya). .

17. Kita boleh dan kita akan berikrar untuk berpegang kepada prinsip integriti dan kita tidak boleh gagal dalam usaha kita ini untuk mengembalikan nilai-nilai teras dalam membina kehidupan perpaduan dan sikap menerima satu sama lain.

18. Rakyat mahukan perubahan dan mengharapkan perubahan dan kita mempunyai isi yang cukup mendesak untuk bergerak menuju ke arah itu. Kini terserah kepada kita semua, kepada saudara dan kepada saya, untuk melakukan perubahan. Saya ingin menggalakkan saudara menghubungi saudara mara dan sahabat handai saudara untuk menolong kita mendapatkan sokongan mereka terhadap usaha yang mulia ini. Galakkan mereka seterusnya untuk menghantarkan rayuan yang sama kepada rakan-rakan mereka pula. Mari kita pacukan gerakan ini sampai ke tahap dapat ʻmenjangkitʼ ke seluruh Negara. Jangan lagi majoriti daripada kita yang selama ini membisu tidak dipedulikan di negara yang menjadi kebanggaan dan sanjungan kita. Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan Perkongsian dan sahabat sekalian kerana memberi peluang kepada saya untuk meluahkan suara saya pada pagi ini. Jangan kita gagal dalam misi cinta kita kepada Negara ini.

19. Biar saya akhiri ucapan ini dengan memetik kata-kata Nelson Mandela, manusia agung itu: Dia berkata (saya terjemahkan ke dalam bahasa kebangsaan kita): "Biarlah wujud keadilan untuk semua manusia. Biarlah wujud keamanan dan perdamaian untuk semua manusia. Biarlah ada pekerjaan, roti, nasi, air dan garam untuk semua manusia. Biarlah setiap daripada kita tahu dan sedar bahawa bagi setiap manusia itu - jasad mereka, fikiran dan roh (jiwa) mereka telah dibebaskan untuk memenuhi kehendak diri mereka (dalam segala keperluan hidup)". Kata-kata Mandela ini menegaskan mesej dan suara hati manusia sejagat, mesej yang benar sepanjang masa dan zaman, mesej yang merupakan fitrah manusia, dimiliki dan dirasakan oleh seluruh umat manusia. Biarlah seruan ini menjadi ilham untuk kita mencapai kecemerlangan dalam usaha kita – usaha untuk memastikan bahawa setiap warga Malaysia, setiap rakyat, diberikan ruang dan peluang (platform) kebebasan dan peluang untuk memenuhi keperluan dan kehendak badan, akal, hati dan jiwa mereka.

20. Jika misi ini dikendalikan dan diuruskan dengan betul dan dengan jujur dan ikhlas, negara kita yang bertuah dan hebat ini boleh menjadi suatu ruang dan tempat untuk melahirkan kemakmuran dan keamanan dan perdamaian untuk semua penduduk (warga/rakyat) Malaysia. Terima kasih.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Peguam 'Scorpene' ditahan di KLIA

Posted: 21 Jul 2011 09:19 PM PDT

Peguam Perancis William Bourdon, yang berada di Pulau Pinang malam tadi untuk bercakap tentang urusniaga kontroversi pembelian kapal selam Scorpene yang didakwa melibatkan sogokan berjuta ringgit kepada pegawai kerajaan Malaysia, ditahan Jabatan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

ops scorpene dinner 220711 willian bourdonMenurut Pengarah Suaram, Cynthia Gabriel, pegawai imigresen masuk ke dalam pesawat untuk menahan Bourdon (kiri) sebaik sahaja beliau mendarat di KLIA.

"Beliau kini dibawa ke pusat tahanan imigresen di KLIA," kata Gabriel.

Pada mulanya, pegawai imigresen tidak membenarkan isteri Bourdon, juga seorang peguam, mengikutnya ke pusat tersebut.

Selepas beberapa rundingan, beliau dibenarkan menemani suaminya.

Menurut Gabriel, pegawai imigresen "menyoal Bourdon".

Bourdon mendarat di Pulau Pinang semalam dan berucap mengenai 'Ops Scorpene' di Bayan Baru malam tadi.

Peguam Perancis yang berkhidmat dengan pertubuhan tanpa keuntungan - Sherpa - dan mengkhusus dalam membela hak asasi manusia dan jenayah menentang kemanusiaan.

Bourdon dijangka mendedahkan butiran kontroversial mengenai pembelian kapalselam negara dengan firma gergasi pertahanan Perancis DCNS.

NONESyarikat itu didakwa membayar komisyen "yang amat tinggi" kepada pegawai kerajaan Malaysia yang terbabit dalam perjanjian yang dimeterai pada 2002 itu.

Bayaran komisyen kepada pegawai kerajaan dianggap satu jenayah mengikut undang-undang Perancis.

Suaram berharap dapat mengumpulkan dana sebanyak RM100,000 daripada majlis berkenaan yang juga dijadualkan di Ipoh dan Kuala Lumpur hari ini dan esok, bagi membiayai kos perundangan dalam kes yang difailkan di Paris yang akan dibicarakan di mahkamah terbuka pada September ini.

Kes berkenaan difailkan tahun lalu oleh Suaram, melalui Bourdon dan pasukannya mengenai dakwaan DCNS membayar RM540 juta sebagai komisyen kepada Perimekar.

razak baginda acquitted 311008 12Perimekar adalah subsidari KS Ombak Laut Sdn Bhd, yang mana pemegang saham utamnya adalah isteri Abdul Razak Baginda (kanan).

Abdul Razak pula adalah rakan rapat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang didakwa terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia Altantuya Shariibuu tetapi kemudiannya dibebaskan.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


Formal ties between M'sia and Vatican welcomed

Posted: 21 Jul 2011 03:12 AM PDT

The International Movement for a Just World (Just) warmly welcomes the establishment of formal diplomatic ties between Malaysia and the Vatican.

Malaysia now joins the majority of the world's nation-states that have forged diplomatic relations with the Vatican. This includes a large number of Muslim majority states.

Ties with the Vatican, it is hoped, will enhance relations between the Muslim majority and the Christian minority in Malaysia.

Muslims and Christians share many common values ranging from a belief in God and respect for the individual person to a strong commitment to the well-being of the weak and disadvantaged and a deep attachment to just and honest governance.

These shared values should be given greater emphasis within Muslim and Christian religious circles, in the education system and in the media in Malaysia.

Diplomatic relations between Malaysia and the Vatican should also spur both Muslims and Christians in Malaysia to combat extremist attitudes within the two communities and to overcome religious prejudices and biases.

Other hurdles pertaining to the misinterpretation and misapplication of certain laws should also be addressed with sincerity and honesty.

At the global level, Malaysia and the Vatican should not only fight violence and terrorism perpetrated in the name of religion but also cooperate with one another in trying to overcome the underlying causes of various global injustices which are mainly responsible for much of the current global turmoil.

Religious elites should not distort and pervert religious teachings to justify and legitimise any form of global injustice.

Dominance and control over global politics and the global economy has sometimes been rationalised through religion.

Malaysian Muslims, Christians and people of other faiths expect the Vatican to adopt a principled position against any such perversion and prostitution of religion.

It is our prayer that with the establishment of diplomatic relations, Malaysia and the Vatican will renew their quest for a just and peaceful world.

Chandra Muzaffar is President of International Movement for a Just World (JUST).

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Gebeng residents mere guinea pigs for Lynas project

Posted: 21 Jul 2011 02:28 AM PDT

All is not quiet on the western front. Some may think they have won the battle. But they have not won the war yet!

Yesterday's Star report (20.7.2011) on 'Lynas to compile residents' health data for future comparison' is laughable.

Atomic Energy Licensing Board (AELB) director general Raja Abdul Aziz Raja Adnan said it would serve as a baseline data for Lynas before the operation began.

"It will be used later to provide a comparison for assessing the operation's impact on the people living in nearby areas such as Balok.

"We will see whether there is any increase of people afflicted with radiation-linked diseases or cancer,'' he said.

It is shocking and unbelievable that the AELB director general could now make such a statement. It clearly shows he is still unsure of the safety level of the Lynas project. His statement only causes more fear and uncertainty and makes a mockery of the whole project.

Instead of cheap talk, the AELB director general should move house from K.L and set up residence in Gebeng, next to the plant. Then he can closely monitor all he wants!

Note: Lynas compilation of data is just for 'future comparison'.

So what if the future health of the people is adversely affected. Nothing is mentioned about compensation.

Is Lynas or the Malaysian government willing to compensate for the 700,000 people whose life will be affected one way or another, in terms of health, lost of economic prospects and business opportunities?

Future tourists and foreign investors will likely avoid Kuantan like a plague.

It is now clear that the Lynas venture is just a 'trial run'. The helpless people of Gebeng and the surrounding areas of Kuantan are used as mere guinea pigs in an immoral experiment of immense proportion by people in power.

The government and Lynas had promised to keep in touch with the people and to keep them informed at every stage of the operation. It is now clear that all those series of talks and consultations are just sandiwara pulling wools over the eyes of the local people.

There is not an iota of sincerity in it. People's views, concern and fears have not been taken in consideration at all!

It is now abundantly clear that the project had been scheduled to proceed right from the beginning, when it was surreptitiously approved without consultation of the people, way back in 2008.

How else can you explain Lynas construction of the plant, now at 40% completion, when they didn't have government approval or sanction in the first place? More importantly, why had the Malaysian government approved it when Australia and its people had vehemently rejected it in the first place?

Lynas can't even convince its own people of the safety of the project! Something does not smell right here. Too much money and power play had been involved.

Now even the government has gone back on its words of 'constant consultation'. Read another report in the Star : Jul 17 : Adnan: We won't talk with 'Stop Lynas' group. The Pahang MB has now refused to talk to the people! What kind of 'people first' government is this?

In spite of all the hoo-hahs and reports, nothing has been concretely mentioned about storage and disposal of the nuclear waste after the twelve years of tax-free operation by Lynas.

Chances are the nuclear waste will be dumped in Kuantan since Australia will not allow any radioactive rare earth residue to be shipped back to her shores! Talk about moral responsibility!

Rumours, speculation and conjectures abound (mainly from people involved in the project) that the hundreds of thousands of tons of radioactive residue will be used to make Malaysian highways and roads.... concrete wave-breakers along Malaysian shores ... construction of concrete pillars for bridges and high-rise buildings.... etc... Any supporters to such moronic suggestions out there?

The residents of Kuantan are very disappointed and frustrated to say the least when their fears and concern were turned down by the powers that be.

Now the government has closed the door to legitimate negotiations for compensations in case their health is adversely affected by the radioactive plant.

They also do not want the nuclear waste to be dumped in Kuantan after the lease expires.

Talk about accountability and responsibility! The local residents have been very patient with peaceful negotiations when they found out that the government approved the project without consulting them.

Just don't push them too far... there is always the proverbial last straw which breaks the camel's back ...

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved