Ahad, 26 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


BERSIH 2.0: A Samad Said, Ambiga disiasat

Posted: 26 Jun 2011 10:03 PM PDT

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said merupakan antara yang dipanggil bagi memberi keterangan kepada polis hari ini, dipercayai berhubung ucapannya di majlis pelancaran BERSIH 2.0 pada 19 Jun lalu.

"Saya pun tak tahulah, tengok sajalah," kata A Samad ketika ditanya berhubung siasatan yang dijalankan ke atasnya itu.

Tambahnya, siasatan itu "mungkin" dijalankan berhubung ucapannya di majlis berkenaan.

Selain menyampaikan ucapan ringkas, A Samad turut membacakan puis berjudul Unggun Bersih pada majlis berkenaan.

"Ucapan pendek, itu saja," katanya lagi mengulas ucapannya pada malam itu yang antara lainnya menyentuh mengenai gambaran media arus perdana ke atas kumpulan BERSIH 2.0

Ucapan berkenaan turut dimuatkan di laman blog peribadinya – samadsaid.wordpress.com, kata A Samad yang juga aktivis Gerakan Mansuh PPSMI.

"Kita maklum bahawa gergasi media arus perdana kini sedang ikut garang menghempit kita dalam arus peristiwa yang semakin durjana. Kita sedang berlawan dengan keangkuhan yang pejal.

"Oleh media arus perdana ini, kita sewenangnya digambarkan sebagai kumpulan 'siasah' yang sangat bercita-cita buruk.

"Lebih buruk, kita digambarkan sebagai kelompok yang sengaja ingin menggelorakan masyarakat seburuk hajat," ucapan itu dipetik.

Selain A Samad, pengerusi jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0, Datuk Ambiga Sreevenasan turut dipanggil ke balai polis daerah Dang Wangi hari ini, dipercayai berhubung perhimpunan yang akan dijalankan pada 9 Julai.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Siapa perlu tonjol diri sebagai anak jantan?

Posted: 26 Jun 2011 09:45 PM PDT

ULASAN Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membuat kenyataan mengelirukan apabila mencabar Pakatan Rakyat supaya berdepan dengan BN sebagai "anak jantan" dan bukan mengadakan Himpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.

Najib mendakwa matlamat utama Himpunan BERSIH 2.0 adalah mahu menimbulkan huru-hara dalam negara.

"Pada pembangkang (Pakatan Rakyat) bila mereka melihat kita terus bergerak ditambah pula kemenangan pada pilihan raya kecil yang lalu dan pilihan raya negeri Sarawak, jadi bagaimana mereka mahu merampas momentum ini sebab momentum ini ada pada kita.

"Mereka buat kesimpulan untuk mendapatkan kuasa dengan mengadakan Himpunan BERSIH 2.0, bukan untuk serahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong atau mahu sistem pilihan raya yang adil tapi nak buat huru-hara.

"Waktu pilihan raya, kalau anak jantan yang sebenar bila pilihan raya, bertandinglah . . . kalau berani, kalau bukan anak jantan buatlah di jalanan dan berdepan dengan undang-undang," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Parti Progresif Penduduk (PPP).

Kenyataan perdana menteri itu tersasar kerana Pakatan sememangnya akan bertanding dalam pilihanraya umum ke-13, malah itulah nadi utama segala aktiviti parti politik.

Namun pada masa sama, Pakatan, sebagai sebuah gagasan "anak jantan", mahukan sebuah pilihanraya yang bersih dan adil, justeru, ia memberi sokongan bulat kepada Perhimpunan BERSIH 2.0.

BERSIH 2.0 adalah anjuran pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan termasuk gabungan pelajar Islam dan Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim).

Pengerusi BERSIH, Ambiga Sreenevasan beberapa kali mengundang parti komponen BN untuk bersama-sama dalam gerakan bagi memperkasakan Suruhanjaya Pilihanraya namun pelawaan itu ditolak.

Oleh kerana itu, amat mudah untuk pemimpin seperti Najib menyerang BERSIH sebagai kononnya forum pembangkang untuk mencetuskan huru-hara.

Dalam ucapannya semalam, Najib juga merujuk kepada kemenangan BN di Sarawak sebagai bukti "momentum" atau rentak memenangi pilihanraya ada ditangan BN.

Sebenarnya Pakatan melipatgandakan kemenangannya dari tujuh kerusi kepada 15 kerusi dalam pilihan raya Sarawak April lalu.

Pilihan raya itu juga memaksa Ketua Menteri Abdul Taib Mahmud untuk mengumumkan tempoh persaraan beliau selepas pemerintahan 30 tahun yang dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa.

Jangan lupa kemenangan Pakatan itu diraih walaupun BN menguasai segala jentera kerajaan, media arus perdana dan dikatakan menabur wang ringgit untuk mengekalkan majoriti dua pertiganya.

Walaupun menang, jumlah undi untuk BN di Sarawak merosot kepada 54.5 peratus berbanding 62.9 peratus pada pilihanraya negeri sebelumnya.

Justeru, janganlah dibanggakan sangat kemenangan BN di Sarawak.

Najib juga mendakwa BN tidak pernah memanipulasi pilihan raya sepertimana yang didakwa Pakatan Rakyat.

"Kalau kata pilihan raya ini tidak adil kenapa kita nak serah Selangor, kenapa nak serah Pulau Pinang, kenapa PAS boleh perintah 20 tahun di Kelantan.

"Kalau kata kita manipulasi pilihan raya sudah tentu semua negeri akan jadi milik BN, kita tidak manipulasi pilihan raya tapi kita didokong rakyat," kata Najib.

Alasan lapuk yang diguna pakai sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad ini mudah dijawab.

Tsunami politik yang melanda Malaysia tahun 2008 menyebabkan segala undi pos, pengundi hantu dan amalan-amalan lain tidak cukup untuk menongkah arus sokongan luar biasa rakyat terhadap Pakatan.

Kotak-kotak undi pos dan pengundi hantu hanya memadai untuk mengurangkan jurang sokongan yang diperolehi oleh calon-calon Pakatan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan, namun tidak cukup untuk menafikan mereka kemenangan.

Namun begitu, di Perak, majoriti tipis Pakatan membolehkan Umno cepat-cepat merampas semula negeri itu kerana tiga wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat dan DAP sanggup lompat keluar diselubungi dakwaan menerima ganjaran lumayan.

Oleh itu penguasaan Pakatan di beberapa negeri tidak harus dijadikan contoh untuk menghalalkan SPR sebagai sebuah badan bersih dan berkecuali ataupun dakwaan BN tidak pernah memanipulasi proses pilihanraya.

Hakikat ialah pilihanraya di negara ini sentiasa dibayangi oleh masalah ketelusan undi pos dan pengundi hantu.

Pada zaman Mahathir, fenomena itu diburukkan lagi dengan pemberian kerakyatan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi BN di Sabah.

Kini projek IC Sabah dikatakan menular di Semenanjung selain masalah pemindahan pengundi dari satu kawasan ke kawasan lain.

Berlatar belakangkan semua ini, tidak harus timbul keraguan dalam tekad pembangkang mahukan sebuah SPR yang berwibawa, justeru sokongannya kepada BERSIH 2.0.

Pada masa sama "kejantanan" Pakatan untuk menghadapi Umno-BN pada PRU akan datang tidak juga perlu diragukan.

Persoalannya adakah Najib dan Umno anak jantan yang sanggup bertanding secara adil, tanpa menguasai media arus perdana, dan tanpa menggunakan kemudahan awam serta dana rakyat untuk menyogok pengundi.

Jika jawapan adalah YA, saya yakin penganjur BERSIH tidak akan keberatan untuk membatal gerakan mereka.

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Sabtu, 25 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Perhimpunan 'Patriot' lawan BERSIH

Posted: 25 Jun 2011 10:16 PM PDT

Manakala jalan-jalan di Kuala Lumpur dijangka dibanjiri penyokong BERSIH yang berbaju kuning pada 9 Julai, Pemuda Umno pula akan tampil dengan baju merah.

Apa yang pada mulanya merupakan satu idea untuk melawan perhimpunan BERSIH 2.0, Pemuda Umno kini sudah mempunyai satu logo dan nama untuk perhimpunan anjurannya pada hari yang sama.

NONEMenulis dalam twitternya mengenai perhimpunan 'Patriot' itu, Ketua
Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta penyokongnya supaya memakai baju merah.

Mengapa 'Patriot'? Menurut Khairy kerana mereka mahu memberitahu rakyat bahawa mereka tampil menyokong sistem demokrasi dan perubahan yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Mengulangi dakwaannya bahawa BERSIH 2.0 telah dicemari oleh politik pembangkang, Khairy berkata, gabungan itu tidak lagi menjadi satu gerakan masyarakat sivil yang berkecuali.

Beliau mendakwa jawatankuasa BERSIH sering muncul di pentas pembangkang.

Khairy berkata, gabungan itu telah menjadi sangat berat sebelah, condong kepada pembangkang dan mempunyai agenda politik.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Perhimpunan BERSIH: PAS Melaka gerak 10,000 ahli

Posted: 25 Jun 2011 07:28 PM PDT

PAS Melaka memberi komitmen menyokong perhimpunan BERSIH 2.0 dan lebih 10,000 ahlinya akan menyertainya di ibunegara pada 9 Julai depan.

Pesuruhjayanya, Adly Zahari berkata, ia sebagai menyokong tuntutan lapan perkara yang diminta oleh BERSIH.

Menurutnya, perhimpunan secara aman ini merupakan satu hak rakyat yang dijamin di bawah Perlembagaan, dan dengan demikian, tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak.

"Perhimpunan ini telah dirancang dari awal. Tindakan pihak lain mahu turut mengadakan perhimpunan pada tarikh yang sama merupakan satu provokasi mereka untuk menghalang BERSIH," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka, Kamaruddin Sidek berkata, pihaknya sudah mengerakkan ahli-ahlinya untuk menyokong perhimpunan tersebut.

Menurutnya, antara langkah bagi menjayakan usaha itu adalah dengan mengadakan ceramah serta iklan bagi mendapatkan sokongan dan penyertaan rakyat.

"Kita baru sahaja mengadakan mesyuarat Jawatankuasa BERSIH Negeri, di mana kita telah suarakan komitmen untuk menggerakkan lebih 10,000 ahli kita.

"Ingin saya tekankan bahawa perhimpunan ini bukanlah satu perhimpunan keganasan sebagaimana digambarkan sesetengah pihak," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Penerangan PKR Melaka, Hairiz Nordin berkata, parti berkenaan sudah mengerahkan ahli-ahlinya untuk turut serta dalam perhimpunan itu.

Menurutnya, perhimpunan itu sengaja diburukkan sesetengah pihak, yang mengambarkan seolah-olah ianya bertujuan mengulingkan kerajaan, sedangkan perhimpunan aman sebegini dijamin Artikel 10 Perlembagaan.

"Kita hanya menuntut perubahan dalam sistem pilihan raya. Mana-mana rakyat berfikiran waras tentunya mahukan supaya pilihan raya itu dijalankan dalam suasana yang bersih dan adil," katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


Poll hacked: Where's the responsible journalism?

Posted: 24 Jun 2011 08:46 PM PDT

I refer to the article 'It's not so 'Bersih' after all' in Star on 24 June on their online poll on Bersih being hacked.

Usually I would not be bothered by the news or articles published in this particular mainstream media. However this article caught my eye when I browsed through the comments section at the beginning of the day.

It would be understandable if it was written by some usual journalist or columnist working for the press but coming from their own chief editor; this is disgusting. How could he pass an allegation on the alleged manipulation of the online poll results on their website to the doing of the Bersih supporters?

The identity of the person who hacked into the polls is not even found yet. Anybody can speculate anything while the truth is yet to be unveiled. Who knows, it could have been the work of somebody else on the paper's side to trigger you journalists to spin a story.

Sorry to say, the Star has totally lost their credibility on truth reporting as it shows that even their chief is writing an article based on unsubstantiated allegations.

Still, I will keep following the news from Star, not to be brainwashed but to inform the people of the truth behind the story. You may write as you like, but we will keep our eyes on you, Star.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Jumaat, 24 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


'Larangan polis tak sah, langgar perlembagaan'

Posted: 24 Jun 2011 10:23 PM PDT

Pakar perlembagaan Abdul Aziz Bari berpendapat tindakan pihak polis malarang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai depan bukan sahaya tidak sah, malah melanggar perlembagaan.

"Mereka bertindak secara tidak sah apabila secara umum memaklumkan tidak akan mengeluarkan permit.

NONE"Sebagai pihak berkuasa awam, mereka hanya boleh membuat keputusan apabila permohonan dibuat," kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu kepada Malaysiakini.

Abdul Aziz (kanan) menjelaskan, bawah perlembagaan, polis perlu menimbangkan setiap permohonan permit dan tidak patut membuat sebarang pertimbangan tidak wajar.

Beliau berhujah, polis membuat penghakiman awal berhubung perkara itu dan sekali gus menentang undang-undang.

Paling teruk apabila ia bertentangan dengan hak yang dijamin dalam perlembagaan.

Katanya, mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

"Hatta mahkamah juga tidak boleh melakukannya," kata pensyarah undang-undang itu.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Pemuda PAS, PKR ditahan polis

Posted: 24 Jun 2011 09:31 PM PDT

Sekurang-kurangnya sembilan orang ditahan polis dalam tiga tangkapan berasingan malam tadi, dipercayai berkaitan dengan perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

Di Shah Alam, Timbalan Ketua Pemuda PKR Khairul Anuar Ahmad Zainudin ditahan kira-kira jam 11 malam di Shah Alam ketika pelancaran awal kempen BERSIH 2.0.

Difahamkan beliau ditahan di ketika mahu minum segelas air sebuah restoren ketika dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Shah Alam supaya kenyataannya dapat dirakam polis.

Sementara seorang anggota PAS yang dikenali sebagai Shafri difahamkan turut ditahan, dipercayai kerana membawa barangan serta pakaian yang berkaitan dengan himpunan BERSIH.

Kedua-dua mereka dilepaskan awal pagi tadi, lapor Harakahdaily,

Di Johor pula, tujuh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan ketika sedang mengedarkan risalah berkaitan himpunan BERSIH dalam pelancaran kempen 'Udahlah tu ...Bersaralah'.

Kempen 'Udahlah tu...Bersaralah' ditumpukan ke bandar-bandar kecil di Semenanjung Malaysia dari 24 hingg 26 Jun untuk mendedahkan rekod BN, lapor akbar web PAS itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Surat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Penuhkan stadium untuk skuad harimau

Posted: 23 Jun 2011 09:28 PM PDT

Dewan Pemuda PAS mengucapkan tahniah kepada seluruh pemain, pengurusan dan penyokong atas kejayaan skuad bola sepak harimau Malaysia pra-olimpik negara yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya setelah menewaskan Lubnan 2–1 semalam sebagai hadiah besar bagi seluruh peminat sukan bolasepak tanahair.

Kami mengharapkan kecemerlangan ini akan terus dipertahankan bagi peringkat seterusnya dan dengan harapan besar skuad harimau ini akan mencipta satu sejarah Sukan Olimpik yang menjadi harapan besar buat rakyat Malaysia dalam bidang bola sepak.

Kami yakin sokongan peminat dan penyokong setia negara akan terus diberikan bagi meniupkan semangat pemain muda negara bagi terus berjaya meraih kemenangan kelak.

Kami doakan kejayaan seterusnya buat skuad ini dan terus mengharapkan sokongan semua pihak agar memberikan sokongan kepada semua pemain-pemain negara yang beraksi di tengah padang dengan kehadiran seramai mungkin memenuhi ruang stadium nanti.

Syabas buat semua, kami akan sentiasa memberikan sokongan moral kepada pemain dan pihak pengurusan termasuk Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) agar terus komited menempuh kajayaan buat sukan bola sepak negara.

Penulis merupakan naib ketua Dewan Pemuda PAS.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Khamis, 23 Jun 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Kartun Utusan diadu pada JAWI

Posted: 23 Jun 2011 10:10 PM PDT

Dewan Muslimat PAS hari ini membuat aduan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Karikatur yang didakwa menghina Islam dalam Utusan Malaysia pada 15 Jun lalu.

Menurut ketuanya Siti Zailah Yusuf aduan itu dibuat kerana tindakan Utusan menyiarkan karya itu didakwa salah dari segi hukum jenayah Islam dan jelas menghina agama Islam.

Aduan tersebut dibuat pagi tadi di bahagian penguatkuasaan JAWI di Kuala Lumpur.

Katanya, beliau difahamkan aduan tersebut akan disiasat oleh bawah Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Enam kerbau seludup dirampas di Chuping

Posted: 23 Jun 2011 08:30 PM PDT

Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) merampas enam ekor kerbau yang dipercayai diseludup dari Thailand di sebuah kebun getah di Felda Chuping dekat Padang Besar semalam.

Komander UPP Perlis, DSP Zakaria Abdul Rahman, berkata berdasarkan maklumat orang awam, anggota-anggota UPP kawasan Padang Besar membuat pemantauan di kawasan itu pada 7 malam dan mengesan tiga lelaki dipercayai rakyat Thailand sedang menarik enam kerbau itu.

Beliau berkata, setelah menyedari kehadiran pihak UPP, ketiga-tiga suspek berjaya melarikan diri ke dalam hutan berhampiran kebun getah berkenaan.

Kerbau itu, yang setiap satunya bernilai RM2,500, diserahkan kepada Jabatan Veterinar untuk tindakan lanjut.

Menurut Zakaria, penyeludup mengambil kesempatan menjelang waktu Maghrib kerana beranggapan anggota UPP tidak bertugas pada waktu itu.

"Kerbau-kerbau berkenaan ditandakan dengan cat biru di tanduk seolah-olah binatang itu telah melalui proses Jabatan Verterinar," katanya.

--Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Surat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Pemuda PAS mahu Obama kota janji

Posted: 23 Jun 2011 01:16 AM PDT

Lajnah Antarabangsa Dewan Pemuda PAS Pusat (Malaysia) mengucapkan tahniah diatas kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama kelmarin yang mengumumkan penarikan keluar tentera Amerika Syarikat sejumlah 10,000 orang dari bumi Afghanistan.

Kami juga mengucapkan syabas kepada Obama yang mengakui bahawa, beliau mahu menebus kembali kesilapan yang telah dilakukan oleh Amerika Syarikat dengan campur tangan mereka sebelum beliau menjadi Presiden Amerika Syarikat dengan menghantar dan mengekalkan tentera Amerika Syarikat di Afghanistan.

Walaubagaimana pun, kami berharap, kenyataan Obama ini benar-benar dikotai serta ditunaikan dan tidak hanya sekadar manis dibibir sahaja memandangkan Amerika Syarikat sedang mengalami tahap keyakinan yang sangat buruk sebelum ini samada didalam atau diluar negaranya sendiri.

Kami juga mendesak agar seluruh tentera Amerika perlu keluar terus ke dari bumi Afghanistan tanpa sebarang syarat dan berperingkat. Idea pentadbiran Washington untuk mengeluarkan tenteranya secara berperingkat dilihat mempunyai beberapa agenda tersembunyi yang meragukan.

Amerika juga perlu memastikan semua ikatan dan peraturan serta kepentingannya selama ini di Afghanistan perlu diserahkan kembali kepada rakyat Afghanistan untuk mereka uruskan sendiri.

Rakyat Afghanistan perlu diberi kepercayaan untuk merangka dan mentadbir negaranya sendiri. Kami yakin bahawa majoriti rakyat Afghanistan sudah muak dengan telunjuk Amerika yang didokong oleh Presiden mereka Hamid Karzai yang pro-Amerika.

Petunjuk yang diberikan oleh rakyatnya sendiri untuk kembali kepada sistem berasaskan Islam menjadi 'bayang-bayang hitam' buat kerajaan Karzai.

Dengan pengunduran tentera Amerika dari bumi Afghanistan, kami yakin satu landskap baru politik dunia di Asia Timur bakal menjelma dengan kebangkitan satu era kepimpinan yang lebih telus dan pragmatik.

Penulis adalah naib ketua/pengerusi lajnah antarabangsa Dewan Pemuda PAS.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved