Ahad, 22 Mei 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Tharmendran kekal bebas

Posted: 22 May 2011 10:55 PM PDT

Bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran yang didakwa bersubahat dalam kecurian dua enjin jet Northrop F-5E akan kekal bebas daripada tahanan pasukan keselamatan itu.

Ini ekoran keputusan TUDM menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Tharmendran dibebaskan.

Pada 19 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Su Geok Yiam mengarahkan Tharmendran dibebaskan daripada Kem Batu Cantonment di Jalan Ipoh di mana beliau ditempatkan sejak ditahan pada 25 November tahun lalu.

Su membenarkan permohonan habeas corpus Tharmendran dan turut memerintahkan bahawa penahanan TUDM tidak mengikut undang-undang.

Tharmendran kemudiannya diebbaskan dengan jaminan pada 5 September tahun lalu ketika beliau menghadapi perbicaraan kes jet enjin itu, tetapi ditahan oleh provos marsyal TUDM pada 25 November atas dakwaan AWOL (gagal hadir tugas tanpa cuti).

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Idris Jala: PEMANDU tak kisah retorik perkauman

Posted: 22 May 2011 10:46 PM PDT

Apabila Model Ekonomi Baru (MEB) diperkenalkan pada Mac 2010, perkara yang paling hangat diperkatakan ialah mengenai dasar tindakan afirmatifnya.

najib tun razak may 2011Perdana Menteri Najib Abdul Razak mahu tindakan afirmatif
berasaskan kaum, digantikan kepada yang berasaskan keperluan - sekaligus merungkaikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berusia 40 tahun.

NGO hak Melayu terus mengecam model tersebut. Semua mata tertumpu kepada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), dan ketua pegawai eksekutifnya yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Idris Jala terpaksa memikul beban kecaman tersebut.

Sesetengah pihak berkata tindakan berasaskan keperluan itu akan mengabaikan orang Melayu, manakala yang lainnya pula berkata ianya bercanggah dengan artikel 153 yang melindungi hak istimewa orang Melayu.

Manakala sebelah pihak lagi mempersoalkan keikhlasan pentadbiran Najib dalam melaksanakan dasar-dasar tersebut.

NONELagi pun, Suruhanjaya Kesaksamaan Peluang telah digugurkan daripada MEB, tetapi tidak dapat dipastikan sama ada ianya ekoran 'tekanan politik'.

Walaupun kesannya mungkin tidak dapat dirasai dalam masa
yang singkat, tetapi kata Idris, tindakan afirmatif berasaskan kaum kini semakin dikesampingkan.

Dalam satu temubual eksklusif baru-baru ini dengan Malaysiakini, bekas tokoh korporat yang sebelum ini menerajui Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) dan Shell Malaysia, berkata dasar-dasar semasa kerajaan kini semakin berasaskan merit.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved