Ahad, 25 September 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Tegur polis buang sampah, pekerja dakwa dipukul

Posted: 25 Sep 2011 11:08 PM PDT

Seorang pekerja syarikat pembersihan sisa pepejal mendakwa dipukul oleh anggota polis ketika sedang menjalankan tugas di sebuah taman perumahan di Kodiang, dekat Jitra, pada 11.30 pagi, Sabtu lalu.

Mohd Ridzuan Mohd Noor, 23, berkata ketika kejadian dia sedang mengangkut sampah di kawasan itu dan dia menegur seorang lelaki yang tidak membuang sampah ke dalam tong sampah yang disediakan di situ.

"Saya hanya menegur supaya dia buang sampah ke dalam tong sampah. Mungkin dia tidak puas hati dengan teguran saya dan dia terus tinggikan suara dan masa tu berlaku pertengkaran mulut.

"Dia juga mengugut nak tembak saya kalau dia ada pistol sebelum dia beredar dari tempat itu," katanya ketika ditemui pemberita di Jitra hari ini.

Katanya, kira-kira 30 minit selepas kejadian pertengkaran mulut berlaku, dia didatangi lima lelaki lain yang datang dan memukulnya tanpa sebab.

"Depa (mereka) menendang saya hingga jatuh. Kemudian depa heret saya dengan tangan bergari bawa saya ke Balai Polis Kodiang dengan menaiki motosikal. Sampai di balai, saya dibawa masuk ke dalam sebuah bilik dan dipukul.

"Kemudian lelaki yang bertengkar dengan saya datang ke bilik itu dan turut memukul saya sebelum saya dibawa masuk ke dalam lokap tanpa sebab. Masa tu baru saya tau dia (lelaki yang bertengkar dengannya) adalah anggota polis," kata mangsa.

Dia berkata, dia ditahan di dalam lokap kira-kira setengah jam sebelum anggota polis tersebut melepaskannya.

"Selepas kejadian itu, saya pergi ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan dan doktor memberitahu pipi kiri, bahu dan tulang rusuk kiri ada kesan lebam. Saya juga membuat laporan polis tentang kejadian itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamad Yusof ketika dihubungi berkata, beliau menerima laporan tentang kejadian itu.

"Kita sudah membuka kertas siasatan berhubung kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan," katanya.

- Bernama

Hudud: Pemimpin Pakatan diarah tak buat kenyataan

Posted: 25 Sep 2011 10:41 PM PDT

Para setiausaha agung PAS, PKR dan DAP sebulat suara mencapai kata sepakat untuk mengarahkan semua pimpinan parti masing-masing agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai hudud sehinggalah Rabu, 28 September ini.

Arahan itu dikeluarkan berikutan pendiriaan bersama yang bakal dibuat pimpinan Pakatan Rakyat pada Rabu ini dalam mesyuarat mereka.

Sidang media hari ini dihadiri oleh setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali, setiausaha agung PKR, Saifudin Nasution Ismail dan Ketua Pemuda DAP, Anthony Loke.

Loke mewakili Lim Guan Eng kerana ketua menteri Pulau Pinang itu kini berada di luar negara.

[Berita penuh menyusul]

Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Surat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Utamakan isu pendidikan

Posted: 25 Sep 2011 05:40 AM PDT

Isu pendidikan harus menjadi prioriti utama oleh kerajaan dalam usaha untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang mempunyai daya intelek yang mampu menterjemahkan aplikasi pengetahuan dalam bentuk yang praktikal bagi mewujudkan sebuah kebudayaan yang beretika serta peningkatan dan pengembangan dalam aspek pembangunan fizikal.

Namun, bagi melaburkan modal insan sebagai pelaburan mutlak dalam masyarakat, peruntukan dana melalui subsidi pendidikan mahupun pinjaman merupakan salah satu usaha yang realistik bagi mencapai tujuan pendidikan.

Antara isu yang berkaitan dengan pinjaman dalam pendidikan adalah isu Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Asasnya, PTPTN telah ditubuhkan di bawah akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta 566) yang mula berkuatkuasa pada 1 Julai 1997 berobjektifkan untuk memastikan pembiayaan yang efisien disediakan kepada pelajar yang layak mengikuti pengajian di Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) selaras dengan hasrat kerajaan bahawa tidak ada pelajar yang gagal memasuki IPT atas sebab-sebab kewangan.

Berdasarkan kepada asas yang diutarakan, seharusnya usaha murni kerajaan bagi menyediakan pinjaman kepada para pelajar yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi harus disambut baik, namun, terdapat beberapa perkara yang seharusnya dinilai secara terperinci dalam usaha untuk menjadikan institusi ini benar-benar bersifat membantu, bukan membebankan.

Antara isu yang diutarakan berkenaan dengan PTPTN adalah isu pemberhentian pinjaman kepada pelajar yang tidak melepasi gred 2.0. Suatu perkara yang harus diperhatikan adalah para pelajar yang tidak mencapai gred yang sepatutnya, apabila pinjaman mereka diberhentikan, kesan yang akan diterima adalah, pemberhentian daripada melanjutkan pelajaran di institusi pendidikan tinggi disebabkan masalah kewangan atau menerima tekanan untuk mencari dana sendiri sekiranya ingin terus melanjutkan pelajaran.

Secara dasarnya, peluang harus diberikan kepada pelajar ini untuk meningkatkan prestasi akademik mereka melalui penyaluran pinjaman PTPTN. Perkara ini seharusnya bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk melaksanakan konsep pendemokrasian pendidikan.

Begitu juga, seorang pelajar yang diisytihar muflis, secara automatik, pembiayaan yang diterima akan diberhentikan secara serta merta. Logiknya, seorang pelajar meminjam kerana tidak berkemampuan dalam usaha untuk meningkatkan tahap kehidupan mereka dari peringkat mentaliti bawah kepada mentaliti yang lebih tinggi seiring dengan perkembangan kemahiran melalui pelajaran. pelaburan dalam pendidikan inilah yang menjadi modal yang mahal untuk pelaburan masa hadapan.

Namun, apabila pelajar yang diisytiharkan muflis diberhentikan terus pinjaman, maka, potensi yang dimiliki oleh pelajar tersebut tidak mampu untuk dikembangkan.

Isu ini seharusnya dibezakan dengan pemberian pinjaman oleh institusi kewangan kepada peminjam muflis, atau peluang kedua kepada golongan yang telah disenaraihitamkan daripada institusi kewangan.

Penggunaan dana untuk pendidikan lebih bersifat membantu pelajar tersebut melaburkan dirinya sebagai modal, manakala pinjaman daripada institusi kewangan kepada peminjam muflis yang bertujuan untuk perbelanjaan kemewahan adalah bersifat pembaziran dan memerlukan kawalan kewangan.

Selain itu, isu pembayaran balik pinjaman PTPTN juga seringkali dibincang dan diperdebatkan. Telah dinyatakan bahawa tempoh mula bayaran balik pinjaman adalah bermula enam bulan selepas tamat pengajian atau pembiayaan pendidikan.

Dalam hal ini, sekiranya dilihat dari sudut tempoh masa, seharusnya para peminjam perlu membayar semula pinjaman tersebut bermula sahaja enam bulan selepas berakhirnya pembiayaan mahupun tamat pengajian sama ada telah ataupun belum mendapatkan pengajian.

Namun, ada kondisi yang lebih lunak kepada peminjam yang belum mendapatkan pekerjaan, maksimum penangguhan yang diberikan adalah selama 24 bulan dari tarikh mula bayar balik pembiayaan pendidikan.

Walaupun penangguhan diberikan, kadar cas 1 peratus yang bersifat tahunan akan terus dikenakan menyebabkan peminjam perlu membayar lebih daripada kadar yang sepatutnya.

Pokoknya, hutang mesti dibayar. Oleh itu, menjadi tanggungjawab untuk setiap peminjam mencari jalan keluar bagi menjelaskan hutang tersebut dengan mencari pekerjaan. Namun, perlu diperhatikan juga, dalam mencari pekerjaan, mereka terpaksa bersaing dengan golongan yang tidak melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi serta graduan yang masih lagi mencari pekerjaan.

Persaingan untuk mendapatkan pekerjaan menyebabkan berlakunya pengangguran yang tidak dapat dielakkan yang diterjemahkan melalui graf, anggaran kadar pengangguran di Malaysia adalah sekitar 3 peratus.

Kesannya, mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap mahupun menganggur akan terus menanggung hutang PTPTN selain cas tahunan yang dikenakan serta perbelanjaan kehidupan seharian. Akibatnya juga, tidak hairan sekiranya, ramai yang menjadi papa dalam usia yang muda.

Di samping tanggungjawab membayar hutang itu dilaksanakan, platform untuk mencari kewangan harus disediakan dari pihak kerajaan.

Pengumuman pakej rangsangan ekonomi bagi memacu pertumbuhan ekonomi mapan tidak seharusnya bertujuan untuk menilai Keluaran Dalam Negara Kasar yang tinggi serta Keluaran Dalam Negara Kasar per kapita yang mana secara realitinya tidak mempamerkan distribusi yang sekata serta jurang yang rapat antara golongan kaya dan miskin.

Data pengangguran daripada para siswazah harus dititikberatkan dalam usaha untuk memastikan golongan ini sekurang-kurangnya mempunyai pekerjaan tetap.

Oleh itu, isu berkenaan dengan PTPTN tidak seharusnya meletakkan kesalahan itu kepada peminjam, sebaliknya perlu dilakukan analisis secara kritikal terhadap pelaksanaan serta instrumen pembayaran tersebut iaitu melalui penyediaan platform bagi penciptaan peluang pekerjaan kepada golongan ini.

Penyediaan kepada pinjaman itu adalah merupakan usaha murni, namun, penciptaan kepada pekerjaan, hasil daripada peluang pendidikan yang dinikmati itu merupakan usaha yang lebih murni, di samping mampu memacu pertumbuhan ekonomi yang utuh. Hasrat kewujudan tenaga kerja yang ramai selaras dengan matlamat wawasan 2020 perlu diselaraskan dengan kewujudan peluang pekerjaan.

Penulis adalah presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM

Kecewa dengan UKM

Posted: 25 Sep 2011 05:34 AM PDT

Kegembiraan saya apabila anak kesayangan mendaftar di UKM salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia pada 7 haribulan yang lepas, bagaikan lenyap sekelip mata apabila mendapat panggilan telefon daripada anak menyatakan bahawa dia terpaksa mengikuti program khidmat masyarakat dengan kerjasama UMNO kawasan Serdang awal pagi tadi.

Saya agak tersentap selepas mendengar perkabaran daripada anak kerana dia memaklumkan sekarang sedang berlangsungnya Majlis Konvokesyen UKM.

Sebagai seorang ibu, saya berasa sangat kecewa dengan pentadbiran UKM yang sepatutnya memberikan peluang kepada anak saya untuk mengambil semangat konvokesyen daripada senior-senior sebagai satu motivasi kepada anak saya yang masih baru dalam alam universiti.

Saya juga dimaklumkan oleh anak saya orentasi pelajar baru akan tamat pada 2 oktober 2011. Perkara ini juga sangat merunsingkan saya kerana dia tidak dibenarkan pulang oleh pihak kolej dan terpaksa mengikuti segala program yang dianjurkan oleh kolej.

Saya kesal kerana dia mengadu tertekan dengan aktiviti tersebut sedangkan sepatutnya dia didedahkan dengan keadaan persekitaran universiti yang kondusif.

Saya berharap agar pihak pentadbiran UKM mengambil serius akan keluhan seorang ibu. Saya juga berdoa supaya anak saya menjadi insan yang banyak menyumbang kepada universiti

Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Keanggotaan PBB: Malaysia sokong Palestin

Posted: 25 Sep 2011 12:28 AM PDT

Kerajaan Malaysia mengalu-ngalukan sokongan kuat pengumuman Presiden Mahmoud Abbas pada Jumaat untuk keanggotaan penuh Palestin di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

NONESungguhpun Israel dan negara-negara lain mempertikaikan bahawa keamanan hanya boleh dicapai menerusi rundingan dan bukan melalui resolusi PBB, Malaysia berpendapat bahawa ini adalah keputusan dan penyelesaian realistik yang paling penting untuk mencari kedamaian selamanya di Timur Tengah.

"Malaysia menolak sepenuhnya pertikaian yang dikemukakan Israel mengenai proses keamanan yang buntu khasnya berkaitan isu penempatan haram di Tebing Barat. Dalam pandangan Malaysia, penempatan haram merupakan punca utama masalah dan hendaklah dipindahkan," menurut Kementerian Luar dalam kenyataan.

Kerajaan Malaysia berpandangan bahawa keanggotaan dalam PBB tidak akan menjejaskan proses keamanan, sehubungan itu, pertikaian membantah keanggotaan Palestin di PBB adalah lemah, tidak berasas dan tidak munasabah.

palestine hamas and fatah unite 270209 02"Sudah tiba masanya mereka yang membantah keanggotaan Palestin di PBB mendengar suara majoriti yang jelas dilihat apabila mereka berdiri hormat kepada Presiden Mahmoud Abbas," kata kenyataan itu.

Tawaran Israel untuk mengadakan rundingan serta merta dan usaha Kuarted itu menjadualkan semula rundingan dalam masa sebulan nampaknya usaha terdesak untuk tidak membolehkan Palestin daripada mendapatkan keanggotaan.

Malaysia akan membantu Palestin dalam mendapatkan jumlah undi yang diperlukan untuk Majlis Keselamatan PBB di Perhimpunan Agung itu, menurut kenyataan itu.

- Bernama

Guan Eng tuntut Bernama mohon maaf

Posted: 25 Sep 2011 12:11 AM PDT

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mahu artikel yang didakwa memfitnahnya ditarik balik dan permohonan maaf secara terbuka serta tanpa syarat dari Bernama kerana menyebarkan 'berita palsu dan dusta,' ataupun menghadapi tindakan undang-undang.

NONELim didakwa oleh agensi berita nasional itu sebagai berkata bahawa Johor adalah sebuah negeri yang tidak selamat berbanding Pulau Pinang dan kemungkinan seseorang diculik adalah tinggi, dalam satu temu bual dengan Radio Australia pada 20 Sept lalu.

Lim bagaimanapun menafikan beliau mengeluarkan kata-kata berkenaan dan mendakwa mempunyai saksi-saksi untuk menyokong beliau.

Dalam surat yang ditujukan kepada Ketua Pengarang Bernama Datuk Yong Soo Heong,- Lim, memerusi setiausaha akhbar (II) Wong Kim Fei, berkata agensi berita itu menyiarkan laporan palsu itu pada 23 September.

Artikel berkenaan "Lim Guan Eng should not sabotage other states - Muhyiddin" dan "Lim Guan Eng tidak sepatutnya sabotaj negeri lain - Muhyiddin".

Wong menjelaskan bahawa Lim telah ditemuramah oleh Radio Australia pada 20 September oleh Cameron Wilson.

Radio Australia adalah milik Australian Broadcasting Corporation dan menyiarkan perkhidmatan dalam talian serta radio antarabangsa yang disiarkan dalam lapan bahasa dengan tumpuan khususnya di Asia dan Pasifik.

azlanWong berkata bahawa semasa diwawancara, Lim membincangkan tentang perjanjian pemohon suaka, pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan mengenai Pulau Pinang tetapi sepanjang wawancara berkenaan, beliau tidak pernah menyebut mengenai Johor atau membuat apa-apa rujukan kepada situasi di negeri-negeri lain di Malaysia.

Katanya, dua pembantu menemani Lim pada wawancara itu - Jeffrey Chew dan Yap Soo Huey - dan mereka boleh menjadi saksi mengenai apa yang diperkatakan.

[Baca berita penuh]

Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved