Rabu, 13 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Mahkamah kekal pengharaman buku kartun Zunar

Posted: 13 Jul 2011 10:26 PM PDT

Mahkamah Tinggi (Bahagian Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Kuala Lumpur hari ini mengekalkan keputusan pengharaman oleh menteri dalam negeri ke atas beberapa buku kartun karya Zulkiflee Anwar Ulhaq (Zunar).

Hakim Rohaya Yusuf turut mengenepikan semakan kehakiman yang kemukakan oleh syarikat yang mewakili kartunis berkenaan, Sepakat Efektif Sdn Bhd serta penerbitnya Mkini Dotcom Sdn Bhd.

Katanya, beliau memutuskan bahawa langkah menteri berkenaan dalam mengharamkan buku tersebut adalah betul, dengan mengambil kira sensitiviti di negara ini.

Beliau juga memutuskan demikian setelah melihat kepada kenyataan dan afidavit yang dikemukakan menteri berkenaan.

Dalam keputusannya pagi ini, Rohaya berkata beliau tidak melihat bahawa keputusan pengharaman itu dibuat dengan melanggar logik ataupun sewenang-wenangnya.


[Baca berita penuh]Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih 2.0: Ditangkap dan dihantar ke Pulapol

Posted: 13 Jul 2011 10:01 PM PDT

SAKSI Pada 8 Julai 2011, kawan saya seorang doktor, menghantar SMS kepada saya dan berkata dia tidak pasti sama ada akan dapat masuk ke Kuala Lumpur pada hari berikutnya. Saya juga tidak pasti sama ada saya akan dapat pergi dekat Stadium Merdeka pada 9 Julai. Tetapi saya mesti pergi dan lihat.

Pada 9 Julai, selepas kerja pada waktu pagi, saya memandu ke Pavilion dan meletakkan kereta saya di situ, dan mengambil teksi ke Petaling Street untuk menemui kawan saya. Dia masuk ke KL tanpa sebarang masalah. Dia memperkenalkan dua orang lagi kepada saya.

Kami pergi ke Petaling Street sekitar jam 11 pagi dan sampai ke penjuru yang mengadap Pasar Seni. Terdapat trak-trak yang diletak di situ, dengan barisan anggota polis polis dan mereka yang berpakaian seragam biru di depan Pasar Seni.

Helikopter melintas di udara di atas kepala kami. Saya mengambil beberapa gambar dan video. Terdapat tidak ramai orang, dan tidak berlaku sebarang kekecohan.

Seorang pegawai polis berpakaian preman dengan walkie-talkie datang ke arah belakang saya, bersama dengan anggota polis berpakaian seragam.

Dia merenung dengan tegas ke arah saya dan bertanya: "Apa kamu buat di sini?" "Oh! Ini adalah hari yang penting," saya menjawab.

"Mengapa ia penting?" soalnya lagi.

"Ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Ini adalah sangat penting. Ini adalah hari yang bersejarah!" Tidak ada masa untuk berfikir, dan tanpa ragu-ragu saya menjawab dengan tenang dan tegas, terus dari hati saya.

Dia meminta kad pengenalan (KP) saya, dan setelah mengambil KP saya, beliau berkata: "Ok, jadilah sebahagian daripada sejarah," dan dia melambai tangannya, memberi isyarat kepada seorang anggota polis yang berpakaian seragam untuk membawa saya dan rakan saya ke trak polis.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Surat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Mengapa Umno begitu gerun dengan BERSIH?

Posted: 12 Jul 2011 06:13 PM PDT

Hari ini merupakan hari keempat selepas perhimpunan BERSIH 2.0. Gambaran terhadap perhimpunan tersebut semestinya masih segar dalam minda kebanyakan rakyat Malaysia.

NONESecara kasarnya, terdapat dua kumpulan yang berbeza pendapat terhadap perhimpunan yang menuntut piliha nraya yang bersih dan adil, yakni kumpulan yang menyokong tuntutan BERSIH 2.0, sama ada yang telah melaungkan "Hidup, hidup; hidup Bersih" dengan bersemangat dalam perhimpunan itu ataupun mereka yang menyambut baik tuntutan tersebut namun tidak dapat menyertai perhimpunan itu kerana sebab tertentu.

Manakala satu lagi kumpulan yang memihak kepada pihak berkuasa yang telah memburukkan perjuangan BERSIH 2.0 dengan mengaitkannya dengan pelbagai dakwaan yang tidak masuk akal - BERSIH 2.0 didalangi oleh ideologi komunis dan Kristian untuk memecah-belahkan orang Melayu dan ketidak-tenteraman akibat daripada perhimpunan BERSIH 2.0 sehingga menyebabkan peniaga dan pemandu teksi mengalami kerugian.

Saya cukup yakin bahawa ramai pembaca tidak memahami dengan mendalam akan semua tuntutan BERSIH 2.0. Hal ini boleh dijelaskan dengan usaha memburukkan gabungan BERSIH 2.0 yang secara langsung telah mengaburkan tuntutan mereka.

bersih2 rally 090711 03Semua dakwaan yang dilontarkan ke atas gabungan dan perhimpunan BERSIH 2.0 sememangnya perlu dikaji satu per satu agar lapan tuntutan BERSIH 2.0 tidak dilenyapkan oleh mereka yang mempunyai tujuan tertentu.

Semestinya mereka ini tidak dapat terlari daripada media arus perdana dan pihak-pihak yang tersembunyi daripada "misi" tersebut.

Perpaduan Melayu

Dakwaan bahawa gabungan BERSIH 2.0 mempunyai niat untuk memisahkan masyarakat Melayu cukup merunsingkan saya. Saya cuba mencari kebenaran akan dakwaan tersebut.

bersih rally petaling street 090711Antara perkara yang muncul dalam minda saya ialah, kenapakah kaum Melayu akan menjadi pecah-belah ekoran daripada menuntut pilihan raya yang adil? Apakah definisi dan konteks perpaduan Melayu dalam dakwaan tersebut?

Sesungguhnya, perpaduan kaum Melayu buat sekian lama ini telah diletakkan dalam konteks Umno/BN. Sebarang usaha untuk menyatukan kaum Melayu yang bukan berasaskan konteks Umno akan dikaitkan dengan usaha memecah-belahkan kaum Melayu.

Seperti yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, semua rakyat Malaysia, termasuk kaum Melayu, bebas untuk memilih parti dan ideologi politik mereka tanpa sebarang sekatan daripada apa jua pihak.

funeral baharudin bersih protesterMaka, adalah cukup jahil sekali apabila adanya pihak tertentu yang mengkaitkan sokongan kaum Melayu terhadap parti politik selain Umno dengan tindakan memecah-belahkan kaum Melayu lalu menafikan hak kaum Melayu yang ingin memilih parti selain daripada Umno.

Perhimpunan BERSIH 2.0 ancam ketenteraman negara?

Persoalan di sini - kenapa orang Melayu perlu menyahut modul perpaduan yang dibentuk oleh Umno? Tidak mampukah masyarakat Melayu bersatu di bawah pimpinan parti lain yang mungkin jauh lebih berwibawa daripada parti yang kian hari kian cenderong memainkan politik kotor?

NONEOleh itu, orang Melayu perlu menyoal diri lalu mencari perpaduan yang mereka mahukan. Saya yakin bahawa ia semestinya akan bertambah baik sekiranya perpaduan orang Melayu yang dibentuk itu turut membantu untuk membentuk perpaduan sesama kaum di Malaysia.

Usaha ini semestinya dapat dijalankan dengan penerimaan secara terbuka terhadap kepelbagaian budaya dan etnik yang wujud di tanah air yang kita cintai ini.

Selain itu, pandangan bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 telah mengancam ketenteraman awam dan keselamatan negara turut merunsingkan diri saya.

NONEMelalui bukti gambar dan video yang boleh didapati melalui laman sesawang dan diri saya yang turut menjadi saksi kerana menyertai perhimpunan berkenaan, adalah menjadi tanggungjawab kepada saya untuk menjelaskan betapa amannya perhimpunan BERSIH 2.0.

Jadi mangsa

Namun begitu ketenteraman perhimpunan berhenti ketika pihak polis memulakan serangan mereka terhadap peserta perhimpunan yang hanya mampu melaungkan pelbagai slogan yang menuntut pilihanraya yang adil.

NONESerangan air berkimia dan gas pemedih mata terhadap peserta perhimpunan menyebabkan mereka berlari bagaikan kambing keluar daripada kandang demi mengelak serangan yang dimulakan oleh pihak polis.

Berapa ramai orang yang akan berdiri pegun untuk didedahkan dengan bahan pemedih mata?

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa terdapat sebilangan kecil yang cuba untuk menahan serangan tersebut, namun ramai yang lari bertempiaran akibat daripada serangan yang tidak sewajarnya dilakukan. Inilah ketidaktenteraman (lari untuk mendapat perlindungan) yang digambarkan dalam media arus perdana kita.

Bukan itu sahaja, adalah perlu kita sedar bahawa terdapat ramai peserta perhimpunan yang sudah meningkat usia, antaranya seorang "makcik bunga daisi" dan beberapa orang kelainan upaya (OKU) yang turut menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

NONEMereka menyertai perhimpunan tersebut dengan niat yang cukup naif, yakni menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Oleh itu, mereka yang berfikiran rasional akan faham bahawa peserta perhimpunan tidak akan mengancam keselamatan negara apatah lagi membawa kerugian kepada peniaga dan pemandu teksi.

Perlu disedarkan bahawa, perhimpunan BERSIH 2.0 hanyalah sehari maka kerugian (sekiranya ada) yang dialami hanyalah dalam masa yang cukup singkat.

Namun, pentadbiran negara (ekonomi khususnya) yang kian lemah akan mengambil masa yang panjang untuk dipulihkan. Dalam keadaan sedemikian rupa, kerugian dan bebanan rakyat ekoran daripada pentadbiran negara yang kian hari kian kurang kopetitif semestinya jauh lebih lama sekiranya tiada penawar yang mujarab.

Siapa ganas?

Sementara itu, ada juga segolongan pihak yang mempersoalkan tindakan peserta perhimpunan BERSIH 2.0. Pada hemat mereka, sekiranya peserta perhimpunan tidak menyertai perhimpunan tersebut, maka tidak terdedahlah kepada tindakan ganas pihak polis.

NONEPandangan ini kelihatan logik pada luarannya, namum, secara tidak langsung pandangan tersebut telah menghalalkan serangan polis terhadap mereka yang ingin mempertahankan perkara yang mereka yakin betul – menyuarakan ketidakpuasan mereka secara aman terhadap sistem pilihan raya sudah kurang menyakinkan.

Persoalan yang tidak harus dipadamkan di sini ialah penyalahgunaan kuasa polis dan bukannya terus memburukkan peserta perhimpunan BERSIH 2.0.

Selain itu, perlulah kita kaji sebab-sebab mereka menyertai perhimpunan aman itu. Barangkali mereka sudah hilang keyakinan terhadap kesungguhan dan keikhlasan kerajaan mahupun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memastikan pilihan raya yang adil.

NONESekiranya sistem pilihan raya di negara kita berada dalam keadaan yang terurus, semestinya tiada gabungan BERSIH 2.0 dan apatah lagi perhimpunan yang telah menggugat satu nyawa itu.

Kenangan manis

Sebaik sahaja tamatnya perhimpunan BERSIH 2.0, pelbagai kenangan manis yang seringkali muncul dalam ingatan saya. Antaranya, perpaduan dan tali persaudaraan yang terbentuk semasa perhimpunan tersebut.

Ramai peserta menghulurkan bantuan dan bahan-bahan pelega pedih mata seperti ubat gigi dan garam kepada peserta yang mereka langsung tidak kenali. Mereka berbuat demikian tanpa membezakan warna kulit dan kepercayaan mereka.

Inilah "1Malaysia" sebenar yang dapat dirasai dan bukannya melalui laungan bersifat munafik dan kurang keikhlasan itu.

NONEAdalah diharapkan bahawa, kerajaan BN sedar akan mesej yang cuba disampaikan oleh peserta perhimpunan. Selain daripada lapan tuntutan BERSIH 2.0, pada pendapat saya, kerajaan BN perlu sedar bahawa mereka perlu membuat perubahan mendadak terhadap kelemahan dan kekurangan mereka.

Sesungguhnya, tindakan mereka perlulah lebih bertanggungjawab dan telus dan bukannya terus terjebak dalam politik kotor yang akan menjauhkan rakyat (pengundi).

NONEAkhir kata, dengan menyangkal bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 merupakan tuntutan dan kebangkitan rakyat secara tidak langsung telah mendedahkan betapa tidak yakinnya pihak kerajaan akan masa depan mereka yang mungkin kehilangan mandat untuk terus mentadbir negara yang rakyatnya makin mendahagakan perubahan dan demokrasi sebenar.

Namun, perlu kita ingat bahawa perjuangan untuk membentuk kerajaan yang lebih bertanggungjawab dan demokrasi sebenar masih jauh perjalanannya dan ia tidak terhenti dengan perhimpunan BERSIH 2.0 sahaja.

Jadikanlah perjuangan dan penyertaan perhimpunan ini sebagai kenangan manis yang akan kita kongsikan bersama anak cucu kita kelak.

Penulis ingin mengambil peluang ini untuk menggesa kerajaan agar membebaskan 6 mangsa tahanan PSM dalam masa terdekat. Hentikan seksaan mental terhadap tahanan dan ahli keluarga mereka! (Sila baca artikel S Arutchelvam mengenai perbezaan sosialis dan komunis di http://www.malaysiakini.com/letters/168512)Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


July 9: Authorities must transform their mindset

Posted: 11 Jul 2011 11:20 PM PDT

The Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism, Sikhism and Taoism (MCCBCHST) calls upon all concerned Malaysian citizens to hold Thanksgiving Prayers in their respective places of worship for the relatively orderly "rally" held last Saturday.

They may have broken the unjust and uncalled for ban but they did so in a peaceful manner to exercise their right of assembly as enshrined in our Constitution, the inviolate supreme law of our nation.

MCCBCHST is confident that the untoward events of July 9, 2011, could have been prevented if the authorities had dealt with the issues raised by Bersih from the outset at the negotiation table with understanding, compassion, honesty and respect as required in all our great religious teachings.

MCCBCHST reiterates its strong support for every Malaysian's right to peaceful assembly as enshrined in our Federal Constitution under Article 10 (1) (b) and in Article 20 (1) of the Universal Declaration of Human Rights (UDHR) and remind the authorities that freedom of opinion and expression too is provided for under Article 19 of the UDHR.

The most important lesson to be learnt from the July 9 2011 event is that the authorities must transform their mindset and recognise that Malaysians today are much more learned, informed, matured and sophisticated beings than they are made out to be.

MCCBCHST fully endorses the statement by Persatuan Promosi Hak Asasi Malaysia (Proham) on the matter:

"The core matter of the Bersih rally must be addressed namely to address the concerns in the election system and the call for a free and fair election. Proham calls for the government to establish an independent mechanism to review these concerns either through a Royal Commission or a Parliamentary Select Committee...'.

MCCBCHST supports the call for the Federal Government to immediately sit with all concerned parties to find an appropriate, just and equitable solution. We reiterate that all dialogue must be based on the principles of understanding, compassion, honesty and respect as required in all our great religious teachings.

Reverend Thomas Philips, President, MCCBCHST

Daozhang Tan Bon Sin, Deputy President, MCCBCHST

Sardar V Harcharan Singh, Vice President, MCCBCHST

Venerable Ming Ji, Vice President, MCCBCHST

RS Mohan Shan, Vice President, MCCBCHST

Prematilaka KD Serisena, Honorary Secretary General, MCCBCHST

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Bersih rally and the real 1Malaysia

Posted: 11 Jul 2011 01:09 AM PDT

Which Malaysia is PM Najib referring to in his catchy phrase 1Malaysia? The Malaysia I see him representing is one of tense tolerance always holding a precarious balance in check. A coalition of three main parties divided along racial lines.

Each takes care of its own community, each fights for the same pie for its community. On all sides of the racial divide in Najib's 1Malaysia there are routine threats, name-calling and extremists who insist on ketuanan Melayu.

The other side of Malaysia who came out in the tens of thousands this weekend during the Bersih 2.0 rally represented all segments of Malaysian society.

All races, all generations, all beliefs and religion walked together; all who believed in a more democratic Malaysia. It wasn't that the Chinese walked on one side of the street while the Malays walked on the other or that the Indians walked behind while the Malays walked in front.

We were all in one group singing our national anthem proudly. This was a dream come true that I had once learned in my siviks class in school at the age of 10.

Growing up in the Mahathir era, I never saw it in evidence, and in fact saw more segregation and suspicion and animosity amongst the races.

On Saturday, however, I saw the different races caring for one another. While sharing fresh water from a hose at Puduraya bus station, hosing one another down, a Malay brother shared some salt with me.

We put a pinch of salt each in our mouths, and smiled at each other through our eyes watering from the tear gas, and ran out again to confront the 'other side'. Had we not been pursued by the cops, and in different circumstances, we would have bersalam and hugged and sat down together for kopi tarik.

I even met many Chinese business owners, traditionally well-known for their kiasu-ness (play-safe attitude), last Saturday. Those who had supported change silently in 2008. Enough, they were saying now, braving the police; they too made their point in the march.

We have to reclaim Malaysia from those who are determined to oppress us to stay in power. I am sure that our Malaysia won the approval of our dear Bapa Malaysia and other Malay warriors of the past. He would have smiled approvingly and would have supported us that day.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Kolum

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Kolum


Kebenaran atasi kekejaman

Posted: 09 Jul 2011 06:18 PM PDT

Penganjur BERSIH 2.0 petang semalam mengisytiharkan matlamat perhimpunan itu menuntut pilihan raya adil dan telus berjaya dipenuhi walaupun lebih seribu rakyat dan pemimpin ditahan polis manakala ribuan lagi ditembak dengan gas pemedih mata dan dipancut air berkimia.

bersih rally petaling street 090711Walaupun hasrat untuk menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin dihalang oleh ribuan polis bersenjata automatik di laluan ke Istana Negara, BERSIH 2.0 berjaya menyemat keperluan untuk pembaharuan proses pilihan raya disanubari kita semua.

Stesen televisyen Al-Jazeera melaporkan lebih 100,000 rakyat menyertai BERSIH 2.0 walaupun terpaksa menongkah pelbagai kezaliman polis dan pemerintah.

Secara ringkas berikut adalah "harga" yang terpaksa dibayar oleh pendokong Bersih:

  • 1,667 orang ditahan termasuk Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan dan ahli jawatankuasanya Maria Chin Abdullah. Lebih 250 yang lain ditangkap sebelum ini, termasuk enam di bawah Ordinan Darurat.
  • Turut cedera ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad.
  • Kepimpinan utama PAS turut diberkas termasuk Presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang, timbalannya, Mohamad Sabu serta dua naib presidennya, Sallehuddin Ayob dan Datuk Mahfuz Omar.
  • Ahli parlimen yang ditahan termasuk Tian Chua, RSivarasa, Azmin Ali, Fuziah Salleh (PKR) dan Ngeh Ko Ham (DAP).

Harga murah

Namun harga itu dianggap "murah" berbanding dengan mesej tajam yang dihantar oleh Himpunan BERSIH 2.0.

NONEPerkara paling memberangsangkan adalah hakikat bahawa ratusan ribu orang yang turun padang menyertai BERSIH merangkumi pelbagai kaum, khususnya Melayu, Cina dan India, menjadikan BERSIH sebuah gerakan rakyat dalam erti kata sebenarnya.

Kehadiran mereka membuktikan "kuasa rakyat" masih kuat membara di negara ini dan tidak mungkin ditenggelamkan dengan provokasi dan kekerasan polis serta pemerintah, walau sehebat manapun.

"Kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman," kata Ambiga, sejurus sebelum beliau ditangkap oleh polis dan dibawa ke suatu lokasi yang tidak diketahui.

NONEBeberapa "adegan-adegan" BERSIH 2.0 akan sentiasa terpahat dalam sejarah negara ini.

Contohnya: ribuan rakyat berbilang kaum bersilang tangan, membentuk saf berjalan walaupun disekat polis yang menembak air bercampur kimia dan gas pemedih mata di Jalan Pudu.

Begitu juga dengan rakyat yang menyanyi 'Negaraku' di Stadium Merdeka bagi meraikan kejayaan melepasi sekatan jalan dan kekerasan polis.

Imej-imej anggota polis yang bergerak secara berkumpulan, memukul, memijak rakyatnya sendiri sebelum mengheret mereka ke lokap juga akan terpahat dalam ingatan.

tear gas fire at tung shin hospital 090711 1Pancutan air berkimia dan bau gas pemedih mata pula akan menandakan 9 Julai 2011 sebagai hari di mana aparatus pemerintah diguna untuk menghalang rakyat berjalan aman ke sebuah lokasi untuk menzahirkan keperluan diadakan pilihanraya adil dan telus.

BERSIH 2.0 berjaya membongkarkan wajah sebenar pemimpin-pemimpin utama negara ini.

Wajah sebenar Najib

Sebuah gerakan yang aman, ditunjangi oleh pemimpin masyarakat madani menjadi mangsa serangan pemerintah dengan ribuan orang ditangkap hanya kerana memakai baju berwarna kuning atau berjalan secara berkumpulan.

azlanWajah sebenar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terdedah apabila beliau sendiri mengikut rentak PERKASA, mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap Ambiga.

Media arus perdana dan khutbah Jumaat di masjid dipergunakan untuk melabelkan BERSIH sebagai kumpulan pelampau, berfahaman komunis dan mahu menggulingkan kerajaan menerusi kekerasan.

Apabila Yang di-Pertuan Agong memberi petunjuk jelas supaya kerajaan dan BERSIH berdialog, Najib bertindak dengan menegaskan BERSIH adalah sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri .

NONEJusteru, Najib mendakwa BERSIH tidak layak memohon permit untuk menganjurkan perhimpunan itu di stadium.

BERSIH 2.0 menunjukkan Najib dan Umno pimpinannya sebagai orang yang tidak teragak-agak membelakangi institusi Raja.

Negara diktator

Najib bukan sahaja bersifat rasis tetapi juga tidak langsung melihat keperluan merombak proses pilihan raya negara ini yang banyak menguntungkan pemerintah selama ini.

Perdana Menteri dan sepupunya Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein juga mempamerkan kesanggupan luar biasa menggunakan polis untuk menangkap orang awam di atas sebab-sebab dangkal yang mirip sebuah negara diktaktor.

NONEWalaupun mencanang dirinya sebagai adil dan berjiwa rakyat, BERSIH membuktikan Najib tidak akan teragak-agak menggunakan kuasa eksekutifnya untuk menumpaskan sesiapa yang dianggap sebagai musuh politik Umno.

Dalam konteks Himpunan BERSIH, beliau melihat tokoh-tokoh seperti Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ambiga dan Presiden Jamah Islah Malaysia Zaid Kamaruddin sebagai musuh politiknya.

Semua mereka adalah aktivis berhemah tinggi, mempunyai kewibawaan dan keikhlasan mendokong agenda murni iaitu berjuang untuk proses pilihanraya yang lebih baik.

Kenapa agenda begitu digeruni oleh Umno dan Najib?

NONEInilah persoalan yang berlegar di minda rakyat sebelum dan pada 9 Julai , dan terus akan berlegar pada hari-hari menjelang pilihan raya umum ke 13.

Kebingkasan kerajaan mengeluarkan segala senjata yang ada padanya (media, khutbah jumaat, polis, mahkamah, pendaftar pertubuhan,) untuk menumpaskan BERSIH 2.0 menimbulkan banyak tanda tanya mengenai kepemimpinan Najib, khususnya bersabit keikhlasan beliau.

Kesetiaan kepada Raja?

Episod BERSIH telah menawarkan Najib ruang yang cukup luas untuk mendokong sebuah agenda rakyat yang mustahak dan pada masa sama menzahirkan kesetiaan beliau kepada Istana Negara.

NONENamun semua ini ditempelak oleh Perdana Menteri dalam keghairahan untuk memastikan kelangsungan penguasaan penuh kerajaan ke atas insitutusi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya, polis dan badan kehakiman kekal berterusan.

Perhimpunan aman BERSIH 2.0 bagaimanapun memberi semangat bahawa kuasa rakyat masih membara di Malaysia dan tidak mudah dipadamkan oleh pemerintahan kuku besi.

Seperti mana kata Ambiga "kebenaran akan sentiasa mengatasi kekejaman."

ULASAN ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.

Wira Arjuna adalah nama samaran seorang wartawan dan editor kanan yang berpengalaman luas dan pernah menerajui beberapa media arus perdana sebelum bersara menjadi pemerhati politik.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved