Selasa, 30 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Ribuan kunjungi rumah terbuka Muhyiddin

Posted: 30 Aug 2011 10:33 PM PDT

Ribuan rakyat pelbagai kaum dan agama dari sekitar Pagoh menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman di Kompleks Seri Pekembar, di Pagoh, hari ini.

Turut hadir pemimpin parti komponen Barisan Nasional termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, anaknya Chua Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta pemimpin tempatan.

Rumah terbuka yang berlangsung dari 9 pagi tadi sehingga 3 petang ini dimulakan dengan upacara menaikkan Jalur gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-54 hari ini, bacaan ikrar Rukun Negara dan nyanyian lagu Jalur Gemilang.

Dr Chua yang ditemui pemberita, berkata sambutan hari raya tahun ini sangat istimewa kerana serentak dengan sambutan Hari Kemerdekaan.

"Kita berasa bangga kerana hari raya disambut serentak dengan Hari Kemerdekaan ke-54 yang mana memperkuatkan lagi perpaduan di antara pelbagai kaum dan benar-benar menggambarkan semangat 1Malaysia," katanya.

Pendapat itu turut dikongsi Ketua MIC Bahagian Pagoh T Subramaniam yang menyifatkan sambutan kali ini dapat mempereratkan perpaduan rakyat.

Selain menikmati pelbagai juadah, tetamu juga mengambil kesempatan bergambar dengan Muhyiddin dan isterinya.

- Bernama

Pro Canselor UPSI Dr Abdul Shukor meninggal dunia

Posted: 30 Aug 2011 10:29 PM PDT

Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tan Sri Dr Abdul Shukor Abdullah meninggal dunia di sini pada jam l 1.20 pagi ini.

Allahyarham berusia 67 tahun.

Jenazah Allahyarham dimandikan dan disembahyangkan di Masjid Al-Hidayah Assam Kumbang dan kemudiannya dibawa ke Putrajaya untuk dikebumikan selepas solat Asar.

Pagi ini, Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah berangkat menziarahi dan memberi penghormatan terakhir, serta bersama-sama menyembahyangkan jenazah Allahyarham.

Abdul Shukor ialah bekas Ketua Pengarah Pendidikan.

- Bernama

Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved