Malaysiakini :: Berita |
| Bot karam: 13 diselamatkan, 18 masih hilang Posted: 31 May 2011 09:19 PM PDT Dua lagi mangsa bot karam di perairan Tanjung Ayam, Pengerang berjaya diselamatkan bot Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan, menjadikan yang diselamatkan setakat ini ialah 13 orang. Menurut sumber Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)) Wilayah Selatan, enam daripada mangsa itu diselamatkan bot APMM, manakala selebihnya oleh kapal dagang, MV Huo Tuo yang berada di tempat kejadian. "Kesemua mangsa yang berjaya diselamatkan setakat ini terdiri daripada lelaki dan kita mempercayai mereka adalah pendatang asing tanpa izin," katanya hari ini. Sumber itu, berkata usaha mencari 18 yang masih hilang sedang dilaksanakan oleh APMM termasuk membabitkan sebuah helikopter agensi berkenaan. Katanya, pihak berkuasa mempercayai terdapat lebih daripada 30 penumpang yang menaiki bot itu ketika ia karam di perairan. Perairan Pengerang dikenali sebagai salah satu laluan paling popular di kalangan pendatang asing tanpa izin untuk memasuki negara ini disebabkan kedudukannya yang terletak berhampiran dengan sempadan Indonesia. Ia hanya mengambil masa 30 minit perjalanan menggunakan bot laju untuk sampai ke Pengerang daripada Pulau Batam, Pulau Karimun dan Pulau Bintan, Indonesia. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| Wakil rakyat diingat jangan promosi diri di Parlimen Posted: 31 May 2011 08:43 PM PDT Ketika spekulasi bahawa pilihan raya umum ke-13 akan diadakan tahun ini semakin hangat, ahli Dewan Rakyat dan Dewan Negara dinasihatkan supaya tidak menjadikan Parlimen sebagai platform "angkat bakul" diri mereka untuk menghadapi pilihan raya.
"Sungguh pun mereka mempunyai visi dan misi tersendiri dan hendak menyuarakan pendapat di dewan yang mulia serta bertanggapan bahawa kemungkinan besar pilihan raya ke-13 akan datang, jangan sekali-kali guna kedua-dua Dewan menjadi platform hendak meraih simpati rakyat. "Jangan menggunakan tindak-tanduk dengan cara hujah yang tidak mendatangkan kebaikan kepada keselamatan dan ketenteraman negara," katanya dalam satu temubual di pejabatnya di Parlimen hari ini. Menurut Abu Zahar, semua wakil rakyat tidak kira di Dewan Rakyat atau Senator di Dewan Negara mestilah menghormati kemuliaan dewan berkenaan mengikut etika, Perlembagaan Persekutuan dan peraturan dewan.
Abu Zahar berkata, setiap wakil rakyat juga perlu memegang prinsip ketika mengangkat sumpah yang mengatakan setiap Anggota Parlimen perlu memahami, menghayati dan mendokong Perlembagaan Persekutuan sepanjang menjadi wakil rakyat. "Dalam lafaz angkat sumpah mereka di depan Yang Dipertua kedua-dua Dewan sebelum menjadi wakil rakyat, mereka mesti mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ini sumpah ikrar yang dibuat oleh semua wakil rakyat sebelum mereka boleh duduk mewakili rakyat di dalam dewan yang mulia ini.
Dewan Rakyat akan mula bersidang semula pada 13 Jun hingga 28 Jun depan selepas ditangguhkan pada 7 April lalu manakala Dewan Negara akan mula bersidang pada 4 Julai hingga 12 Julai depan selepas ditangguhkan pada 28 April lalu. - Bernama Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
| You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Malaysiakini :: Berita
Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang, berkata semua wakil rakyat sepatutnya menggunakan mandat yang diberikan oleh rakyat pada pilihan raya umum ke-12 lalu untuk berhujah demi kepentingan rakyat bukannya bercakap sesuka hati demi kepentingan politik diri.
"Kalau seseorang itu berhujah dengan bijaksana dan idea yang konkrit, kami alu-alukan, ini yang diharapkan oleh semua rakyat tetapi jangan datang ke dewan yang mulia ini dengan sifat tak tentu arah, bersifat emosional, bersifat perkauman yang boleh menggugat ketenteraman dewan," katanya.
"Saya nak tegaskan di sini, setiap Ahli Dewan Rakyat terutamanya mesti memahami dan jangan mengingkari lafaz ikrar sumpahnya, kalau dia datang ke dewan bercakap tanpa ada batasan, tiada perkara yang baik dan melanggar peraturan, itu sudah melanggar prinsip asas seorang wakil rakyat," katanya.
Rumusan ini boleh dibuat daripada kenyataan Nakhaie yang dipetik oleh akhbar Umno, Utusan Malaysia semalam. Dalam kes pelbagai tuduhan terhadap Anwar Ibrahim, Nakhaie mengesyorkan supaya ulama PAS membuat penyiasatan sendiri akan kebenaran tuduhan-tuduhan salahlaku seks terhadap Anwar.
Jika orang Melayu bersatu di bawah Umno, pasti parti berusia 65 tahun itu tidak akan jadi parti pembangkang selepas pilihanraya umum ke-13 nanti.
Memang diketahui umum, perpaduan dalam PAS hari ini amat kental. Malah bak kata Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Kepimpinan PAS, Abdul Halim Abdul Rahman, beliau amat tenang menjalankan proses pemilihan parti yang akan berlangsung minggu depan, walaupun ia adalah paling sengit dalam sejarah PAS.
Adalah jelas Umno memang terdesak sekarang. Sebab itu, golongan yang sudah lama terpinggir dari arus kepimpinan Umno cuba mencari-cari jalan untuk kembali ke arus perdana parti itu.
Nampaknya, dalam keadaan Umno yang cemas menghadapi pilihanraya umum ini, ahli politik "aliran katak melompat parti" seperti Nakhaie, Zulkifli Noordin, Rahim Thamby Chik, menghidu peluang untuk menggunakan talian hayat politik masing-masing untuk kembali ke barisan pimpinan utama Umno. Persamaan mereka ialah mereka menggunakan modal yang sama – pertikai dan aibkan Anwar Ibrahim, orang yang paling digeruni oleh Umno hari ini.
Namun Nakhaie pula berhajat menggunakan pendekatan lebih "berani dan berbaloi" bagi mencapai maksud "memaksa" orang Melayu berlindung di bawah payung Umno. Nakhaie cuba menyergah ulama-ulama PAS supaya "bangkit" dan ambil pendirian tinggalkan Anwar dan Pakatan Rakyat.
Ulama PAS kini kental pandangan politik mereka hingga langsung tiada persaingan dalam pemilihan Dewan Ulama. Sergahan Nakhaie pasti tidak menjadi.
Perpaduan PAS diikat oleh ideologi tauhid. Tiada permainan politik yang boleh merungkai prinsip yang berpaksi aqidah. Mungkin Nakhaie telah terlalu lama meninggalkan jemaah PAS. Sebab itu dia gagal membaca pemikiran perjuangan PAS hari ini. 