Selasa, 12 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Bursa saham naik menjelang BERSIH

Posted: 12 Jul 2011 10:32 PM PDT

Indeks komposit Bursa Malaysia menunjukkan peningkatan pada hari-hari terakhir menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 Sabtu lalu, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

NONEKatanya, fakta itu sekali gus mengetepikan dakwaan bahawa keyakinan pelabur hilang berikutan perhimpunan besar-besaran menuntut pilihan raya bebas dan adil di ibu negara.

"Pada minggu terakhir menjelang perhimpunan BERSIH, Indeks Komposit Bursa Malaysia meningkat sepenuhnya yang sekali gus menolak ada kesan ekonomi ekoran perhimpunan itu, meski pun kerajaan tanpa belas kasihan mengancam dan memberikan gambaran buruk," kata Pua (kanan).

Bahkan, kata Pua, indeks itu kukuh daripada 1582.35 pada Isnin (4 Julai) kepada 1594.74 pada Jumaat (8 Julai) - sehari sebelum perhimpunan BERSIH.

Dalam kenyataan hari ini, Pua berkata, pengalaman di negara seperti Korea Selatan, Hong Kong dan Taiwan juga menunjukkan perhimpunan aman yang selalu diadakan tidak menjejaskan prestasi ekonomi.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Ambiga: BERSIH 2.0 tiada niat tumbangkan BN

Posted: 12 Jul 2011 10:23 PM PDT

Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan berkata tidak pernah terlintas ataupun niat gabungan itu bagi menumbangkan kerajaan BN.

NONESebaliknya, kata Ambiga, BERSIH hanya mahu bekerjasama dengan kerajaan untuk memperbaiki sistem pilihan raya di negara ini.

"Bagi saya, tidak pernah menjadi niat kami sehingga sekarang untuk menumbangkan kerajaan ini. Kami hanya mahu bekerjasama perbaiki sistem pilihan raya," katanya.

Beliau juga ditanya jika terdapat persama di antara perhimpunan Sabtu lalu dengan demonstrasi di negara-negara Asia Barat seperti Mesir, Tunisia dan Syria.

"Tiada persamaan, bagi saya. Situasi kita amat berbeza. Di sini, kami cuma menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Tetapi tindakan kerajaan yang keterlaluan menimbulkan momentum. Kita masih negara yang cintakan keamanan. Kami tetap mahu kerajaan berlaku adil," katanya.

NONEAmbiga juga menafikan gabungan itu adalah dalang di sebalik kempen di internet yang mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Hanya selepas 48 jam dilancarkan laman Facebook - 100,000 rakyat tuntut Najib Razak berundur, lebih 110,192 menyokongnya dengan menekan butang like (suka).

"Kami tidak kena mengena dengannya. Tidak pernah menjadi niat BERSIH bagi meminta perdana menteri berundur. Seperti saya kata, saya mahu kerjasama dengan perdana menteri dan kerajaannya untuk sistem pilihan raya yang lebih baik," kata Ambiga.

NONEBeliau juga mengulangi keberkecualian dan kebebasan gabungan BERSIH 2.0 yang dituduh menjadi alat pembangkang khususnya Pakatan Rakyat.

"Bagaimana boleh awak kata perjuangan untuk pilihan raya bersih dan adil hanya untuk pembangkang? Ia adalah untuk semua. Pakatan... memang sokong BERSIH. Apa salah dengan itu? Ahli Pakatan adalah juga rakyat negara ini. Tidakkah mereka berhak menyokong pergerakan yang menuntut pilihan raya yang adil dan bebas?"

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved