Khamis, 14 Julai 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Lim: MP Sungai Siput Dr D Jeyakumar okay

Posted: 14 Jul 2011 11:23 PM PDT

Ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dalam keadaan baik meskipun telah ditahan lebih tiga minggu sekarang, kata pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang setelah melawat aktivis Parti Sosialis Malaysia itu hari ini.

NONELim, bersama naib presiden PAS Salahuddin Ayub dan ahli parlimen Subang Jaya dari PKR, R Sivarasa berjumpa dengan Jeyakumar selama 20 minit di Bukit Aman pagi ini.

"Beliau okay, di sebalik tahanan itu. Tetapi yang penting adalah hilangnya kebebasan dan tahanan yang tidak adil ini dan saya bercakap sebagai bekas tahanan ISA," kata Lim pada sidang media selepas lawatan itu.

Jeyakumar adalah antara enam ahli PSM yang ditahan mengikut Ordinan Darurat kerana didakwa sebagai ancaman kepada ketenteraman awam.

Selain dirinya, turut ditahan adalah timbalan pengerusi PSM M Saraswathy, ahli jawatankuasa pusat Choo Chon Kai, M Sukumaran, setiausaha cawangan Sungai Siput A Letchumanan, dan ketua pemuda Sarat Babu.

Lim berkata tahanan ke atas keenam-enam mereka itu sebagai ketidakadilan yang dahsyat kerana tiada justifikasi dalam penangkapan tersebut.

Beliau mengganggap penahanan itu sebagai cubaan untuk mecemarkan gerakan himpunan BERSIH 2.0.

NONE"Tuduhan sebagai penggerak BERSIH ialah satu ketidakadilan. 709 telah tunjukkan betapa bukan puluhan ribu penyokong BERSIH yang lakukan keganasan dan huru-hara tetapi pihak berkuasa polis," katanya.

Mereka ditahan mengikut seksyen 3(1) Ordinan Darurat selepas tuduhan awal keenam-enam mereka bersama 24 lagi aktivis PSM disiasat kerana menghasut orang ramai bagi melancarkan peperangan ke atas Yang di-Pertuan Agong digugurkan.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

BERSIH 2.0: Terima kasih PM, kata Khalid Samad

Posted: 14 Jul 2011 10:57 PM PDT

Secara sinis, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad mahu rakyat khususnya mangsa keganasan polis semasa perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

orange book forum klscah 250111 khalid samadMenurut Harakahdaily, Khalid membuat gesaan itu kerana Najib mendakwa pihak polis menggunakan tindakan agak "ringan" terhadap peserta perhimpunan itu.

"Seharusnya rakyat berterima kasih dan sayang kepada Najib sebab dia tak bunuh peserta himpunan hari tu," katanya dipetik akhbar rasmi PAS itu sambil ketawa terbahak-bahak.

Najib ketika ditemubual beberapa wartawan di London semalam dilaporkan berkata, pihak polis menggunakan tindakan yang sewajarnya dalam usaha menyuraikan peserta perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara Sabtu lalu.

Katanya tindakan polis agak ringan kerana tahanan dibebaskan selepas lapan jam dan mereka dilayan dengan baik.

Kelakar

Beliau juga mendakwa tiada penggunaan tindakan yang tidak wajar oleh polis dan penunjuk perasaan disuraikan dengan menggunakan kekerasan yang minumum.

azlanSambil mendakwa kenyataan Najib itu sebagai kelakar, Khalid yang turut menerima enam jahitan di kepala akibat terkena kanister gas pemedih mata pada hari itu berkata perdana menteri langsung tidak menunjukkan rasa bersalah.

"Itulah minda autokrat perdana menteri kita. Kita tidak boleh salahkan dia.

"Saya yakin dia tak rasa dia menipu, dan tak rasa bersalah pun (mengeluarkan kenyataan sedemikian), walaupun seluruh dunia sudah melihat rakaman video dan gambar keganasan polis dalam internet," katanya yang juga AJK PAS Pusat.

Pada perhimpunan yang dihadiri ribuan rakyat daripada pelbagai lapisan, sejumlah 1,667 orang ditahan oleh pihak polis. Mereka kemudiannya dibebaskan selepas diambil keterangan pada hari yang sama.

bersih rally petaling street 090711Bagaimanapun selepas itu, ramai yang tampil mendakwa pihak berkuasa bersikap ganas terhadap mereka yang datang secara aman.

Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) juga dihujani pelbagai aduan peserta mendakwa polis menendang dan memukul mereka sebelum ditangkap.

Suhakam yang juga menghantar pasukan pemantau pada hari itu juga mengakui, polis menggunakan kekerasan sewaktu menyuraikan peserta himpunan.

Beberapa bukti kekasan dan keganasan polis itu juga kini tersebar di internet khususnya di Youtube.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved