Rabu, 17 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


TPM: Lapor jika guru sebar agama selain Islam

Posted: 17 Aug 2011 11:24 PM PDT

Ibu bapa perlu melaporkan kepada Jabatan Agama Islam negeri masing-masing jika terdapat guru atau guru tuisyen yang cuba menyebarkan agama lain kepada anak-anak yang beragama Islam, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

NONETimbalan Perdana Menteri berkata Jabatan Agama Islam di negeri-negeri mempunyai kuasa undang-undang untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang cuba menyebarkan agama lain kepada umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, ibu bapa perlu memastikan kesahihan perkara tersebut sebelum melaporkan kepada Jabatan Agama Islam, katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan & Ramah Mesra Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Maktab PDRM Cheras di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas laporan Utusan Malaysia hari ini yang mendakwa seorang guru tuisyen di Jalan Kuchai Lama di Kuala Lumpur, mengajar murid-muridnya yang kebanyakan mereka beragama Islam menyanyikan lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

Dilaporkan murid-murid beragama Islam yang belajar di kelas tuisyen yang diberikan secara percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu telah diajar menyanyikan lagu 'Yes, I know Jesus loves me' dan 'Hari ini Ku Rasa Bahagia' yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib.

Selain itu, murid-murid itu juga dikatakan mampu bercerita kisah-kisah Nabi Isa termasuk kisah Nabi Isa disalib dan difahamkan, para murid tersebut diterapkan ajaran agama Kristian secara halus ketika belajar.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata beliau dimaklumkan pusat tuisyen itu bukan diadakan di dalam kawasan sekolah di situ tetapi di luar sekolah.

Ibu bapa pelajar yang terlibat perlu menyiasat bagi memastikan keadaan sebenar dan Kementerian Pelajaran akan pantau perkara tersebut, katanya.

"Hal begini tak boleh dilakukan, kerana kita ada undang-undang tertentu (dan) enakmen tertentu," katanya.

Turut hadir pada majlis itu ialah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop, Ketua Setiausaha kementerian itu Tan Sri Mahmood Adam dan Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Naib canselor: Laporan krisis UM tak tepat

Posted: 17 Aug 2011 11:03 PM PDT

Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Tan Sri Ghauth Jasmon hari ini menafikan universiti yang diterajuinya sedang menghadapi krisis berikutan peletakan jawatan beramai-ramai staf akademik kerana dikatakan tidak berpuas hati dengan kepimpinannya.

Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia pada tajuk utamanya hari ini mendakwa 146 kakitangan akademik UM telah meletakkan jawatan sejak 2009.

NONE"Laporan itu tidak tepat, terutama mengenai bilangan berkenaan. Pada jam 10.30 pagi esok, pihak universiti akan mengeluarkan angka sebenar," kata Ghauth yang mempunyai latar belakang kemahiran dalam bidang kejuruteraan.

Memetik Presiden Persatuan Kakitangan Akademik UM (PKAUM), Prof Madya Azmi Sharom, Utusan mendakwa UM sedang mengalami krisis kemerosotan ilmuwan dan pakar berikutan peletakan jawatan 146 kakitangan akademiknya.

Mereka termasuk profesor dan profesor madya yang dikatakan membantah polisi akademik Ghauth dengan 'kegilaannya' meletakkan universiti UM dalam rangking 100 terbaik di dunia.

Antara yang meletakkan jawatan ialah 52 orang dari Fakulti Perubatan, 12 dari Fakulti Perakaunan, 10 Fakulti Sains dan 8 orang dari Fakulti Kejuruteraan, lapor Utusan.

Bercakap kepada Malaysiakini, pagi ini, Ghauth mempertahankan polisinya yang memfokuskan penerbitan jurnal yang tersenarai dalam pangkalan data ISI dan Scopus yang kurang memberi tumpuan kepada penerbitan dalam bahasa Melayu.

azmi shahrom  azmi sharom interview 140808"Mereka yang tidak suka saya mempunyai alasan yang lebih daripada tidak suka saya kerana saya sedang mentransformasikan UM menjadi sebuah universiti berkualiti yang lebih tinggi," katanya.

Azmi (kiri) pula ketika dihubungi menafikan laporan Utusan itu dan berkata beliau tidak mengeluarkan kenyataan seperti yang dilaporkan dan menjadi mangsa 'salah laporan' oleh akhbar berkenaan.

Azmi juga dilaporkan berkata, pihak pengurusan universiti telah melantik 576 pensyarah baru dengan 80 peratus daripada mereka dari negara lain seperti Bangladesh, Nigeria, Filipina, Sri Lanka, India dan Jordan.

[Baca berita penuh]

Sementara itu, mengulas isu itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata adalah tanggungjawab Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin untuk mendapatkan laporan yang sebenar.

NONE"Perlu melihat apakah isu-isu atau masalah yang dihadapi oleh mereka dengan Naib Canselor, dan lihat apakah hal-hal lain yang menyebabkan mereka mengambil langkah-langkah demikian.

"Kita tidak boleh membuat andaian di peringkat awal," katanya dipetik Bernama.

Beliau berkata apa yang penting adalah memastikan pentadbiran universiti itu berjalan dengan baik, dan hubungan antara kakitangan dan pimpinan tertinggi berjalan dengan akrab.

Ini merupakan sasaran untuk mencapai kecemerlangan di peringkat universiti, katanya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved