Khamis, 25 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Arahan terbaru SPR 'menyusahkan', kata DAP

Posted: 25 Aug 2011 09:37 PM PDT

DAP hari ini mempertikaikan arahan terkini yang dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya penolong pendaftar daripada parti politik mengemukakan salinan kad pengenalan bagi setiap pendaftaran pengundi baru.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata arahan berkenaan tidak menyelesaikan masalah yang timbul, termasuk pendaftaran ke atas pemegang taraf kerakyatan penduduk tetap.

Sebaliknya, arahan berkenaan menyusahkan penolong pendaftar berkenaan untuk menjalankan tugas mereka, katanya dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas satu arahan yang dikeluarkan oleh pejabat SPR Selangor kepada parti politik pada Isnin lalu.

Surat berkenaan menyatakan bahawa arahan berkenaan digunapakai memandangkan SPR telah menolak hampir 50 peratus borang pendaftaran pemilih yang dikemukakan oleh penolong pendaftar lantikan.

"(Pendaftaran) ditolak disebabkan penolong pendaftar mendaftar mereka yang telah mati, alamat tidak sama di dalam kad pengenalan, mereka yang telah mendaftar sebanyak dua kali serta terdapat juga yang mendaftar penduduk tetap," surat berkenaan dipetik.

Pua berkata, langkah itu juga akan mengehadkan jumlah pengundi yang akan dapat didaftarkan oleh parti politik.

Pua berkata, tindakan itu juga tidak adil kepada DAP, yang telah menerima pujian daripada SPR kerana menghantar rekod pendaftaran pengundi "paling bersih."

Sedangkan terdapat parti tertentu yang didakwa menghantar rekod pendaftaran yang mempunyai kadar kesilapan yang amat lebih tinggi.

"Kadar kesilapan (data) kami adalah kurang daripada 10 peratus.

"Mereka sepatutnya hukum parti politik yang hantar data bukan-bukan, yang mempunyai lebih daripada 40 peratus data yang direka-reka, atau (individu) yang telah mati," katanya.

Editor Utusan, wartawan dilepaskan dengan amaran

Posted: 25 Aug 2011 09:37 PM PDT

Seorang editor kanan dan seorang wartawan akhbar harian bahasa Melayu - Utusan Malaysia - diberi amaran oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini kerana menerbitkan satu artikel yang menyerang kredibiliti seorang peguam dalam perbicaraan kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Hakim Datuk Akhtar Tahir juga mengarahkan ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan hadir di mahkamah untuk menjelaskan komennya yang disiarkan dalam Utusan yang mengkritik peguambela Manjeet Singh Dhillon.

Hakim memberitahu ketua pengarang Utusan, Datuk Abdul Aziz Ishak dan wartawannya, Raja Syahrir Abu Bakar bahawa kenyataan dalam artikel tersebut adalah dilarang kerana kes tersebut masih berjalan.

Manjeet (kanan) membangkitkan perkara itu minggu lalu dan berkata artikel itu adalah serangan peribadi terhadapnya kerana mendakwa dia "selalu burukkan kerajaan".

Artikel itu mengulangi dua kali bahawa Manjeet adalah anggota pasukan peguam yang mewakili ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam perbicaraan kes liwat yang sedang berjalan sekarang, tetapi sebenarnya ia tidak betul.

[Baca berita penuh]

Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Pindaan undi pos dijadual dibentang Oktober

Posted: 24 Aug 2011 11:38 PM PDT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan hari ini bahawa ia berhasrat untuk menukar pengundi pos kepada 'pengundi awal', ekoran dakwaan berlaku penipuan undi menggunakan undi pos.

election commission chief abdul aziz yusofBercakap kepada pemberita di Kuala Lumpur, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof (kiri) berkata pindaan undang-undang itu diperlukan untuk membolehkan ia dirangka untuk pembentangan di sidang Parlimen Oktober ini.

"Hasrat kami adalah untuk mengubah status semua anggota polis dan Angkatan Tentera dan pasangan mereka,yang menjadi pengundi pos, kepada 'pengundi awal', yang boleh mengundi dua atau tiga hari sebelum hari mengundi," kata Abdul Aziz.

Bagaimanapun, katanya, mereka yang bertugas jauh dari kem dan tidak boleh hadir untuk mengundi awal, masih boleh memohon menjadi pengundi pos.

Katanya, ini termasuk mereka yang bertugas di pos sempadan atau bertugas membuat rondaan di laut.

Bercakap dalam taklimat mengenai tuntutan BERSIH 2.0, Abdul Aziz berkata, dibandingkan dengan undi pos, pengundian awal adalah sama seperti pengundian biasa dan terbuka kepada penelitian ejen-ejen parti politik.

[Baca berita penuh]

Pendengaran isu JAIS-DUMC bermula

Posted: 24 Aug 2011 11:34 PM PDT

Sesi pendengaran sulung Gerak Kerja Pendengaran bagi menyelesaikan isu pemeriksaan terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) bermula sebentar tadi.

Ketiga-tiga pihak berkaitan - penganjur program Harapan Komuniti, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan mufti Selangor - dilihat hadir ke pejabat menteri besar secara berasingan kira-kira jam 2 tadi.

Kelihatan JAIS hanya menghantar seorang wakilnya manakala Harapan Komuniti diwakili enam orang, termasuk dua Melayu dan dua peguam.

Kemungkinan besar dialog dengan Tan Sri Khalid Ibrahim dengan ketiga-tiga pihak itu berjalan serentak.

[Berita penuh menyusul]

Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved