Rabu, 31 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Amerika bidas M'sia kerana usir pelarian Uighur

Posted: 31 Aug 2011 11:05 PM PDT

Dua wakil rakyat Amerika Syarikat hari ini membidas Malaysia kerana mengusir 11 etnik Uighur kembali ke negara China dan menggesa Beijing untuk mendedahkan tempat kumpulan itu kini berada.

Wakil Republikan Chris Smith dan Senator Demokratik Sherrod Brown, yang mempengerusikan bersama Suruhanjaya Kongres Eksekutif mengenai China yang mengkaji dasar Beijing, juga menggesa Malaysia agar tidak mengusir lima lagi pencari suaka politik Uighur yang masih dalam tahanan negara ini.

NONE"Secara tragik, lelaki Uighur yang dihantar pulang itu menghadapi ancaman sebenar penderaan, ditahan dan dizalimi di China," kata Brown dalam satu kenyataan.

"Kerajaan China telah lama melancarkan kempen penindasan di Xinjiang yang melanggar undang-undang antarabangsa dan ternyata mempunyai jiran-jiran yang membantu mereka melasanakan dasar-dasar yang menindas itu," katanya.

Smith sehubungan itu, menggesa China untuk "menghormati pencari suaka dan mengiktiraf status pelarian" oleh Pesuruhjaya Tinggi bagi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan "memastikan hak-hak asasi dan kebebasan untuk semua rakyat."

Minoriti Islam di China

Uighur adalah bangsa minoriti berbahasa Turki dan sebahagian besar mereka beragama Islam. Mereka mendiami kawasan barat laut Xinjiang China.

NONEKebanyakan mereka mendakwa ditindas dari segi agama dan politik oleh China. Menurut mereka, kerajaan China juga kini menggalakkan penghijrahan besar-besaran oleh majoriti Han China supaya budaya Uighur dilenyapkan. China mendakwa kerajaan telah berusaha memperbaiki keadaan kehidupan di kawasan terpencil itu.

Sebelum ini, seorang pegawai polis Malaysia mempertahankan keputusan pengusiran yang dibuat pada 18 Ogos lalu dengan mendakwa kumpulan etnik Uighur itu dihalau kerana terlibat dengan sindiket penyeludupan manusia.

Kemboja dan Pakistan juga baru-baru ini telah mengusir pencari suaka Uighur, manakala pihak berkuasa Thai pada bulan Ogos lalu telah menyerahkan seorang lelaki Uighur kepada pihak berkuasa Cina di Bangkok, dakwa beberapa aktivis yang dalam buangan.

Jumlah kenderaan di lebuhraya Plus meningkat

Posted: 31 Aug 2011 10:45 PM PDT

Jumlah kenderaan di semua laluan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) mulai bertambah hari ini dan pengguna diingatkan supaya bersabar dan bertolak ansur ketika menuju ke destinasi masing-masing pada musim perayaan ini.

Petugas Pusat Kawalan Projek Lebuhraya Utara-Selatan berkata peningkatan jumlah kenderaan dapat dilihat hari ini namun keadaan masih lagi terkawal dan hanya menyebabkan beberapa laluan yang keadaan trafiknya bergerak perlahan.

toll booths smarttag and touch n go booths"Contohnya di Plaza Tol Juru menghala ke Kuala Lumpur yang kita dapati terdapat baris panjang sejak pagi tadi dan dijangka berlarutan hingga ke petang.

"Laluan lain terkawal dan pergerakan lancar walaupun jumlah pertambahan kenderaan meningkat. Pengguna perlu bersabar ketika terlibat dalam mana-mana kesesakan (jika ada)," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya tiada kemalangan serius berlaku kecuali kemalangan kecil yang berlaku di KM62.9 Simpang Renggam ke Machap melibatkan tiga kenderaan pagi ini.

Dalam perkembangan berkaitan, 17 kematian jalan raya dicatatkan pada hari kesembilan Ops Sikap 24 semalam, menjadikan jumlah angka kematian 166 orang.

Menurut jurucakap trafik Bukit Aman, 14 kematian membabitkan penunggang dan pembonceng motosikal, dua melibatkan pengguna kereta dan satu pengguna motovan.

Beliau berkata jumlah kemalangan di seluruh negara semalam melibatkan 1,036 kes, dan sebanyak 4,832 saman dikeluarkan kepada pesalah trafik atas pelbagai kesalahan.

- Bernama

Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved