Khamis, 11 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Lelaki ditangkap selepas rakyat M'sia diserang di London

Posted: 11 Aug 2011 10:19 PM PDT

Polis Britain berkata mereka telah menahan seorang lelaki berhubung kes rompakan terhadap pelajar Malaysia semasa rusuhan di London minggu ini oleh sekumpulan yang berpura-pura mahu membantunya.

Suspek yang berusia 20-an itu, ditahan polis walaupun pelajar Malaysia tersebut, Asyraf Haziq Rosli, menegaskan dia tidak berdendam terhadap apa yang berlaku Isnin lalu, dan mahu terus tinggal di Britain sehingga tamat pengajiannya dalam bidang perakaunan.

NONERakaman video mengenai Asyraf dibantu sewaktu rusuhan di Barking, Timur London, yang memaparkan sekumpulan lelaki memeriksa dan mencuri barangannya, dianggap antara imej yang mengejutkan dalam rusuhan tersebut.

Video ini disaksikan hampir tiga juta kali di di YouTube (kanan) dan insiden itu dikutuk oleh Perdana Menteri Britain, David Cameron sebagai "menjijikkan".

Dalam satu kenyataan, Scotland Yard mengesahkan seorang lelaki telah ditangkap berhubung serangan tersebut, yang berlaku ketika Asyraf, 20, dalam perjalanan untuk menemui rakannya di Ham Timur yang bimbang mengenai rusuhan.

"Suspek yang dipercayai dalam usia 20-an, telah ditahan. Siasatan masih diteruskan."

Asyraf telah menjalani pembedahan ke atas rahangnya yang patah akibat serangan tersebut. Dia telah dibenarkan keluar dari hospital pagi semalam.

Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Asyraf berkata dia tidak berhasrat untuk meninggalkan Britain sekaraang kerana mahu menamatkan pengajiannya dalam tempoh dua tahun lagi.

"Saya merancang untuk menamatkan pengajian saya di sini," kata Asyraf, walaupun mengakui keluarganya memintanya pulang ke Malaysia.

"Saya mahu ibu datang melawat saya di sini. Saya bercakap dengan ibu, dia sangat bimbang. Dia mahu saya pulang. Saya tak nak," katanya.

[Baca berita penuh]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Juadah babi: PERKASA hantar memo pada akhbar

Posted: 11 Aug 2011 09:56 PM PDT

Kumpulan pendesak Melayu PERKASA hari ini menyerahkan memorandum bantahan kepada akhbar The Star kerana menyiarkan artikel dan gambar masakan daging babi dalam sisipan juadah berbuka puasa.

Memorandum itu diserahkan oleh Ketua Wira Perkasa Irwan Fahmi Ideris di ibu pejabat akhbar milik MCA itu di Petaling Jaya pagi ini.

Katanya, walaupun harian berbahasa Inggeris itu sudah memohon maaf, pihaknya tetap menyerahkan memorandum itu supaya menjadi pengajaran kepada pengamal media lain.

Semalam, Kementerian Dalam Negeri (KDN) dilaporkan memanggil Ketua Pengarang akhbar itu bagi menyaakan tindakan itu merupakan kesalahan dan tidak sensitif.

Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamatan) KDN Datuk Abdul Rahim Mohamad Radzi berkata, kementerian memandang serius perkara itu, terutamanya kerana sisipan itu ruangan khas bagi memberi panduan dan pilihan kepada umat Islam mengenai restoran untuk berbuka puasa.

Beliau berkata akhbar tersebut telah mengakui kesilapan dan akan menyiarkan kenyataan memohon maaf di atas perkara itu.

[Berita penuh menyusul]

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved