Selasa, 9 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


20 Okt bicara pampasan tanah Tan Hak Ju

Posted: 09 Aug 2011 10:11 PM PDT

Mahkamah Tinggi Pulau Pinang menetapkan 20 Okt depan bagi perbicaraan permohonan pemilik tanah Tan Hak Ju kepada kerajaan negeri agar membayar keseluruhan baki wang pampasan sebanyak RM26 juta.

Sebelum ini kerajaan negeri telah mendepositkan pampasan sebanyak RM14 juta kepada Tan berikutan pembatalan pemajakan tanah seluas 4.3 hektar untuk dijadikan perusahaan kuari pada tahun 2005.

Hakim Datuk Yaacob Md Sam menetapkan tarikh itu memandangkan Mahkamah Rayuan belum menetapkan tarikh mendengar rayuan kerajaan negeri untuk mengetepikan penghakiman Mahkamah Tinggi yang memutuskan pampasan sebanyak RM40 juta kepada Tan.

Pada prosiding hari ini, Tan diwakili peguam Y C Wong manakala kerajaan negeri diwakili peguam Muhd Ilmami Ahmad.

Sementara itu, Muhd Ilmami yang ditemui pemberita di luar kamar mahkamah selepas prosiding itu memberitahu Mahkamah Rayuan berkemungkinan akan mendengar rayuan yang dikemukakan kerajaan negeri pada September ini.

Namun, katanya mahkamah belum menetapkan tarikh yang sesuai bagi mendengar rayuan itu.

- Bernama

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Mufti harap Uthman tak dolak-dalik

Posted: 09 Aug 2011 10:05 PM PDT

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya hari ini meminta penceramah terkenal Dr Muhammad Uthman El-Muhammady supaya tidak "berdolak-dalik" berhubung undangan berdialog berhubung isu Wahabisme dan terorisme.

NONE"Dalam surat (undangan) kita tidak sebut sama ada tertutup atau terbuka. Kita tak sebut tarikhnya.

"Kita kata dia boleh piliha tariknya sepanjang bulan Ramadan ini. Kita dah beri cek kosong kepada dia," kata Dr Juanda (kiri).

"Kita ajak dia berdialog, tak perlulah beri jawapan falsafah."

Semalam, Dr Uthman dilapor menafikan beliau menolak undangan dialog Dr Juanda susulan pembentangan kontroversinya dalam taklimat Majlis Keselamatan Negara (MKN) baru-baru ini.

Sebaliknya, Uthman berkata, beliau mahu dialog itu diadakan secara tertutup dengan penganjurannya daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan dihadiri pakar yang turut dipilih Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Persidangan pakar

Dr Uthman (bawah) berkata, isu itu tidak patut dibincangkan secara terbuka kerana ia melibatkan keselamatan negara dan boleh menggugat hubungan baik antara negara.

ti religio-corruption workshop 231105 muhammad 'uthman el-muhammadyBercakap kepada Malaysiakini hari ini, Dr Juanda berkata, walaupun tidak disebut secara jelas bahawa Dr Uthman menolak undangan itu dalam suratnya, kesimpulan itu dapat dibuat berdasarkan "alasan-alasan yang diberikan".

"Maksudnya begitulah," katanya sambil ketawa kecil.

Beliau juga menegaskan sangat berharap dialog itu akan menjadi kenyataan kerana pihaknya berniat baik dan tidak mempunyai sebarang prejudis terhadap Dr Uthman.

Bagaimanapun, menyifatkan kenyataan terbaru Dr Uthman itu seperti penuduh yang "membuat tuduhan, meletakkan pengadil sendiri dan membuat keputusan sendiri".

Malaysiakini difahamkam, Dr Uthman dalam surat balasannya meminta jabatan mufti Perlis memohon Jakim dan MKN untuk mengadadakan "persidangan pakar" bagi menangani "kebocoran rahsia" dan menyelesaikan masalah salah tanggap.

Beliau dikatakan tidak memberikan jawapan jelas sama ada menolak atau menerima undangan itu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Surat

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Surat


Apa salahnya bonus setara penjawat-pesara?

Posted: 08 Aug 2011 09:15 PM PDT

Bonus atau bayaran khas Aidilfitri yang diminta Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) - sebulan gaji untuk penjawat awam dan pesara kerajaan serta sebulan gaji sebelum akhir tahun ini - tidak dapat ditunaikan oleh kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Rata-ratanya melahirkan dukacita, khususnya pesara kerajaan Malaysia. Najib tidak merasai beban penderitaan rakyat yang rata-rata berpendapat sedemikian.

Dengan RM500 untuk pesara, apa yang boleh diraikan semasa Aidilfitri ini? Itu keluhan seorang teman pesara juga, yang amat rasa tertekan dengan kenaikan harga barang yang melambung ketika ini.

Tambahan pula tidak semua pesara yang hidup mewah. Pesara juga terdiri daripada pelbagai kategori usia dan latar belakang. Apa salahnya penjawat awam yang sedang berkhidmat dan pascaperkhidmatan diberikan bonus atau bayaran khas yang setara? Begitulah keluhan mereka.

Nampaknya Najib dan BN mahu memberi gula-gula kepada golongan pesara. lngatlah, pesara kerajaan yang berjumlah lebih 600,000 boleh merubah senario politik negara menjelang pilihan raya umum ke-13.

Oleh itu janganlah meremehkan keupayaan golongan ini. Walaupun mereka telah bersara daripada perkhidmatan kerajaan tetapi rata-ratanya masih memainkan peranan dalam aktiviti kemasyarakatan semasa.

Paling tidak pun, satu undi daripada mereka akan menentukan golongan mereka diberikan bantuan kebajikan yang setimpal.

Justeru saya bersetuju kerana suatu masa nanti penjawat awam jika dipanjangkan umur juga akan menjawat jawatan kekal ke akhir hayat sebagai pesara kerajaan.

Pelepah yang muda di pohonan, janganlah ketawa pelepah yang jatuh terdampar di bumi. Lambat-laun semua akan merasainya.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Apa maksud tersirat Najib umum bonus awal?

Posted: 08 Aug 2011 09:02 PM PDT

Pengumuman bonus kepada penjawat awam jelas menunjukkan tindak-tanduk parti pemerintah memikat hati kakitangannya menjelang pilihanraya umum ke-13 (PRU-13) nanti.

Dalam sejarah perkhidmatan awam negara, berita pemberian bonus tidak pernah diumumkan sebegitu awal sekali. Sesungguhnya para kakitangan kerajaan baru sahaja menghabiskan separuh tempoh perkhidmatan dalam tahun semasa.

Masih terdapat empat bulan pekhidmatan yang belum boleh diambil-kira, tetapi bonus telah dibayar lebih awal. Ini mungkin menunjukkan tata amalan kewangan yang tidak begitu cermat.

Mengikut amalan biasa, pemberian bonus sepatutnya diumumkan menjelang pembentangan bajet bulan Oktober nanti. Tetapi kali ini, kerajaan tidak dapat bersabar lagi, besar kemungkinan disebabkan oleh PRU-13 akan berlangsung bila-bila masa.

Dengan pengumuman bonus ini, maka boleh dikatakan hampir pasti PRU-13 akan berlangsung sebelum akhir tahun ini.

Sejak mengambilalih pucuk pimpinan kerajaan, Datuk Seri Najib Razak belum pernah menawarkan bonus kepada penjawat awam. Tahun 2009 dan tahun lalu, kakitangan awam mendapat dua kali bayaran saguhati sebagai ganti bonus.

Pada masa yang sama, kenaikan kos hidup terus meningkat, mengakibatkan kakitangan kumpulan sokongan sentiasa tertekan dan terhimpit.

Dengan adanya pemberian bonus menjelang sambutan Aidilfitri kali ini, kakitangan boleh merasa lega dan suka tetapi bagaimana dengan undi-undi yang dipegang, ke mana hendak ditujukan pilihan mereka?

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kerajaan dan kakitangannya.

Bayaran bonus menunjukkan kerajaan pemerintah menghargai sumbangan kakitangannya tetapi kerajaan boleh tersilap membuat andaian dan mengaitkan bonus ataupun sebarang bayaran tunai dengan undi pilihanraya.

Mengimbas kembali sejarah, pada bulan Julai tahun 2007, bekas perdana menteri Tun Abdullah telah meluluskan kadar kenaikan gaji yang paling besar dalam sejarah perkhidmatan awam tetapi menjelang pilihanraya umum Mac 2008, undi-undi kakitangan kerajaan di kawasan bandar dan pinggir bandar masih berganjak dari tradisi pro-kerajaan kepada pro-pembangkang.

Perubahan haluan dikatakan antara faktor penyumbang yang paling besar mengakibatkan kerajaan negeri-negeri Perak dan Selangor tumpas secara mengejut.

Kerajaan mesti berhati-hati kerana model pemikiran rakyat kawasan bandar dan pinggir bandar sudah banyak berubah. Walaupun kerajaan berniat baik, golongan pengundi bandar dan pinggir bandar tidak lagi merasa terhutang budi dan terpanggil untuk membalas budi menerusi peti undi.

Dalam usaha memikat hati rakyat dan pengundi, strategi yang lebih teratur dan perhatin hendaklah diterapkan sepanjang masa.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


DUMC raid BN's diversion tactic from Bersih issues

Posted: 09 Aug 2011 03:05 AM PDT

Was it really religion that was behind the Jais raid on DUMC? Someone told me it was not, so Muslims and Christians should stop suspecting one another.

It was politics.

Remember Bersih 2.0 chairperson Ambiga Sreenevasan and Bersih leaders held an event at the DUMC? Was the Jais raid to punish the DUMC church for lending Ambiga their ears?

The attacks on the Selangor MB Khalid Ibrahim seems to support the story.

The plot is to get people to blame the Selangor government for the raid. Umno Youth chief Khairy Jamaluddin etc. all blame the MB when we all know that Khlaid knew nothing about the raid, but the two conspirators H1 and H2 and certain BN politicians knew about it beforehand.

The public's focus should be on electoral cheating, such as revelations of permanent residents being registered to vote and becoming instant citizens when exposed.

Forget DUMC and all that rubbish about prosletysation. If Christians want to convert Malays they would have done it a long time ago. It is like Nero burning Rome and blaming the Christians.

Keep the heat on the real problem - electoral fraud. Thirty Jais officers to nab 15 Malays for converting? An overkill meant to create panic and distraction. Another dirty trick like the Datuk T third-grade porn movie.

But it will backfire on the conspirators, so Malaysians don't be fooled! The DUMC raid was political in motive, not religious, and DUMC is the scapegoat and Jais are the puppets.

Those attacking the Selangor government are C grade actors.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

Hindraf British lawsuit has its relevance

Posted: 09 Aug 2011 02:42 AM PDT

To begin with, the usual political detractors with their goons will be lining up their ammunition whereas Hindraf moves ahead with its objective in continuing this struggle for the plight of the systematically marginalised and discriminated Malaysian Indian minority in Malaysia.

Some would feel, what is the chance that Hindraf has in their case against the might of the colonial master? Some would think this as a for-show case, some stay silent and some will be the running dogs for their political masters. Well, let me put you in perspective why this suit will be important and a watershed event.

It is not the money, glamour and position, but how the Malaysian Indians has been continuously cheated by Umno and its mandores.

Sure we have many soothsayers who have emerged during the last 54 years, yet none has sustained, whether by compromise or fading out during their tenure.

You know it is not easy to be a human right activist; it is easy for all of us to comment and state our views yet we will not spend two hours in a day for a community cause in this ultra modern world.

As a non Indian observer, whether we accept it or not Hindraf has been consistent and persistent with their small army of human right activist to sustain their goals for society.

History does not lie. Looking back to 1957, Federation of Malaya's total revenue was over $180 million of which rubber and palm oil contributed 68 percent, tin 30 percent with the rest 2 percent. This is public information and not some figure plucked out from the sky.

Now, it does not take a rocket scientist to figure out who had contributed to the revenue in yesteryears.

Unfortunately, post independence the systematic policy entrenchment via Article 153 of the federal constitution has not only driven the Malaysian Indians to such a destitute position in the modern day, but steamrolled all over them as their rights were not adequately protected by the past colonial master.

The Reid Commission was very clear when it stated that Article 153 should only exist for 15 years, yet this has been totally hijacked by the modern 'colonial masters' of today.

The civil suit by Hindraf against the British government may or may not be successful but it will definitely reveal how the Malaysian Indians were denied of their human rights perpetually by the modern day colonial masters.

The persistence and the single mindedness of Hindraf should be appreciated and embraced as this suit is a preamble of a genuine human right based organisation for real issues that faces the community rather than one that is busy politicking.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved