Khamis, 4 Ogos 2011

Malaysiakini :: Berita

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Berita


Serbu gereja: JAIS harus lebih waspada

Posted: 04 Aug 2011 10:19 PM PDT

Dalam isu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyiasat majlis makan malam muhibah Gereja Methodist Damansara Utama yang didakwa kononnya bertujuan memurtadkan sekumpulan orang Islam, diharapkan cerita di bawah dapat sedikit sebanyak membantu memberikan pandangan 'sangka baik' kepada pihak-pihak yang terlibat dalam isu ini.

Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini.

Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren.

Semasa air buah dihidangkan, taukeh yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf "G".

Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.

"Bos, Air ini halal, tapi gelasnya …. Akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai," kata saya.

Terdapat 2 pengajaran di sebalik peristiwa ini;

Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk – apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu.

Dan taukeh pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak.

Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu.

Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut?

Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih.

Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren.

Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah.

Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.

Isu serbuan JAIS menjadi satu polemik besar sehingga beberapa pihak melahirkan rasa tidak puas hati mereka terhadap tindakan tersebut kerana dua perkara di atas.

Di pihak JAIS, sebagai sebuah badan pengawal agama perlu juga bertindak mengikut lunas peraturan dan prosedur yang ada.

Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campurtangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan.

Dalam kes tersebut, jika pihak JAIS telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima JAIS tidak dapat dipastikan.

Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak.

Segalanya mesti dilakukan dengan penuh ketelusan – laporan siapa, dibuat siapa dan atas alasan atau bukti apa dakwaan itu perlu disiasat.

Lantaran itu, setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima – jangan terlalu mudah mempercayai fitnah akibat sangka buruk orang lain tanpa sebarang siasatan.

Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang eleman buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan JAIS sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam.

Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah secara tidak sengaja menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis makan malam dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas.

Diharapkan JAIS dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan JAIS sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap.

Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah.

Penulis adalah Ketua Penerangan PAS Pusat

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.

S'gor arah exco tutup mulut isu JAIS serbu gereja

Posted: 04 Aug 2011 10:13 PM PDT

Menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengeluarkan larangan kepada semua anggota exco negeri itu supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor ke atas sebuah gereja.


Khalid yang kesal dengan kejadian tersebut berkata, beliau juga akan mengadap Sultan Selangor bagi mendapatkan nasihat berhubung tindakan JAIS dalam operasi melibatkan Gereja Methodist Damansara Utama di Petaling Jaya itu.

Beliau juga masih menunggu laporan daripada JAIS untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor, kata Khalid lagi dalam satu kenyataan hari ini.

"Sehingga tindakan ini diambil dan isu diselesaikan, semua ahli Majlis Kerajaan Negeri Selangor dilarang dari membuat sebarang kenyataan berkenaan isu ini.

"Seperti yang kami katakan semalam kami kesal dengan kejadian tersebut," katanya lagi yang mahu supaya golongan yang terkesan dalam operasi berkenaan mendapat keadilan.

"Niat dan tujuan yang baik tidak menghalalkan perbuatan yang gagal mempamerkan keadilan dan kebijaksanaan dalam memimpin masyarakat," katanya lagi.

Khalid sebelum ini telah menghubungi seorang paderi kanan di gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho bagi menyatakan kekesalan pihak kerajaan negeri berhubung insiden itu.

Beliau juga telah meminta JAIS menyediakan laporan penuh berhubung insiden berkenaan termasuk sebab serbuan berkenaan dijalankan.

Kenyataan terbaru menteri besar hari ini timbul selepas exco hal ehwal agama Islam, Datuk Dr Hasan Ali mengemukakan penjelasannya semalam berhubung tindakan JAIS itu.

Hasan berkata, "pemeriksaan" ke atas gereja berkenaan pada malam Rabu lalu dijalankan berdasarkan "bukti" berlakunya kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Penjelasan berkenaan bagaimanapun tidak dapat memuaskan hati pemimpin PAS, termasuk timbalan pesuruhjaya negeri Khalid Samad yang mahu Hasan mengemukakan bukti berkenaan.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com

Malaysiakini :: Letters

0 ulasan
Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

Malaysiakini :: Letters


Paloh, Jeli and Aidil deserve a better life

Posted: 03 Aug 2011 10:24 PM PDT

I am saddened to hear of the plight of two young orphaned elephants, 'Paloh' and 'Jeli' held in shackles for long hours at Johor Zoo.

In the wild, elephant calves at these tender ages stay close to their mothers and other females in the herd.

While the herd travels through the dense forests of Malaysia, the calves suckle on their mothers' milk until they are four to five years old.

Paloh and Jeli, who are only two years old, deserve the same tender nurturing care as how an elephant mother would provide them.

Keepers in any zoo who raise these youngsters are their surrogate mothers.

It is most unfortunate that these young calves are being shackled for training purposes to make them 'behave' at Johor Zoo.

Similarly, I have visited Danga Bay Zoo, a zoo located close to Johor Zoo where an adult bull elephant 'Aidil' is shackled to a three or four foot long chain, 24hrs a day.

The matured bull passes his days tethered in a tiny space deprived of any form of social bonding.

Keeping a male elephant, which is an highly intelligent animal, alone without any companion or any form of enrichment and above all without much space to move, is extremely cruel.

This infringes the Malaysian Wildlife Protection Law Act 76 and the Seaza (South East Asian Zoological and Aquarium Association) code of ethics and its Animal Welfare Minimum Standards (for all institutions keeping captive wildlife).

Paloh, Jeli and Aidil, who all kept under dire conditions and silently enduring extreme stress, deserve a better life.

They should be rescued and transferred to the Kuala Gandah Elephant Sanctuary as soon as possible.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search.
Kredit: www.malaysiakini.com
 

Malaysiakini Online

Copyright 2010 All Rights Reserved