Malaysiakini :: Berita |
| Bahagian BN diminta kemuka nama calon kepada Najib Posted: 31 Jul 2011 10:58 PM PDT Semua parti komponen BN pada peringkat bahagian di semua 222 kawasan pilihan raya parlimen telah diminta mengemukakan nama calon yang difikirkan sesuai untuk diserahkan kepada pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak dan pemimpin atasan secepat mungkin. Akhbar harian Cina Sin Chew Daily pada tajuk utamanya yang memetik sumber berkata semua bahagian menerima arahan itu sejak dua atau tiga bulan lalu yang meminta mereka mengemukakan senarai calon berdasarkan agihan kerusi yang dibuat pada pilihan raya umum 2008. Setiap bahagian diminta mengemukakan tiga nama bersama latarbelakang terperinci mereka. Menurut akhbar itu, arahan daripada pemimpin BN itu dibuat sebelum perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu tetapi berdasarkan scenario politik semasa, kemungkinan besar pilihan raya umum akan diadakan pada November atau Mac, April tahun depan. Senarai itu adalah hanya nama awal yang akan dikaji bersama laporan penilaian dan kaji selidik untuk menentukan kemampuan seseorang calon untuk menang sebelum keputusan muktamad dibuat. Penyerahan nama yang awal itu bertujuan memberi Najib lebih banyak masa untuk "menyaring" calon menjelang pilihan raya umum akan datang. Memetik seorang ahli parlimen yang tidak disebutkan namanya, akhbar Sin Chew Daily melaporkan pemimpin BN telah mewawancara beberapa ahli parlimen BN baru-baru ini dan sesi terbaru itu berlainan dengan temu-bual tiga minit yang diadakan dengan Najib, sebelum ini. "Sepanjang pengetahuan kami, laporan kali ini yang diperolehi pemimpin atasan BN, tidak hanya terhad yang diterima daripada polis Cawangan Khas (SB) atau Kementerian Penerangan sahaja. "Tidak memeranjatkan jika terdapat 20 atau 30 laporan berhubung satu-satu kerusi. Ini akan memastikan maklumat yang diterima boleh menggambarkan keadaan sebenarnya," kata ahli parlimen itu. Menurut sumber lain yang dipetik akhbar itu lagi, peluang BN menang di 80 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan adalah antara 40 hingga 60 peratus dan kerusi-kerusi ini yang akan menentukan jika BN dapat merebut kembali majoriti dua pertiganya di parlimen. "Kerusi-kerusi ini bukan sahaja yang BN tewas pada 2008 tetapi juga adalah kerusi yang dimenanginya," kata sumber itu sambil menambah 'kerusi sasaran' itu kini 'dijaga' oleh menteri dan timbalan menteri BN. Mengenai negeri-negeri yang tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihan raya yang lalu, BN yakin dapat merampas kembali Kedah dan Selangor, lapor akhbar berkenaan. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| Nik Aziz: 'Perbincangan rahsia' hanya jenaka Posted: 31 Jul 2011 10:24 PM PDT Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan dakwaan mengaitkannya dengan "perbincangan rahsia" untuk menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai lawak jenaka.
"Saya nasihatkan, sempena bulan Ramadan ini, tulislah perkara-perkara yang betul dan benar. Ingatlah, apa yang ditulis dan diucap akan menjadi bahan untuk dihisab oleh Allah SWT di akhirat kelak," katanya melalui Facebook. Beliau juga mempersoalkan kewibawaan dakwaan "pelik" itu kerana dibuat berasaskan jangkaan Anwar akan ke penjara ekoran kes liwat yang sedang dibicarakan. "Adakah benar keputusan mahkamah di negara ini sudah boleh dijangka atau sememangnya keputusan tersebut sudah bocor?" soalnya. Semalam, New Straits Times melaporkan, NGO Jaringan Melayu Malaysia menggesa Nik Aziz menjelaskan penglibatannya dalam pertemuan yang didakwa berlangsung tanpa pengetahuan Anwar. Presidennya Omar Salleh juga menimbulkan persoalan sama ada pertemuan itu diadakan secara rahsia kerana Anwar kemungkinan didapati bersalah dan bakal merengkok dalam penjara. "Mungkin peguam Anwar Karpal Singh memberitahu DAP dan PAS bahawa keadaan Anwar dalam kes pertuduhan liwat oleh Mohd Saiful Bukhari Azlan; dan ini membawa kepada usaha mencara calon pengganti bagi mengisi jawatan ketua pembangkang," Omar dipetik sebagai berkata. Sementara itu, anggota parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim pula baru-baru dilaporkan mendedahkan usaha itu yang didakwanya sebagai rancangan pembangkang untuk pilihan raya umum ke-13. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by Used Car Search. |
| You are subscribed to email updates from Malaysiakini :: Berita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

Malaysiakini :: Berita
"Lawak jenaka! Itulah saja yang boleh saya sifatkan kepada khabar angin yang mengaitkan saya dengan perbincangan rahsia untuk melantik YBM Tengku Razaleigh sebagai ketua Pakatan Rakyat menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Bernama, jenazah akan dikebumikan sebelum Zohor hari ini di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pusu, Gombak.
Syed Ahmad ialah pelukis logo gerakan bukan kerajaan ADIL, atau Pergerakan Keadilan Sosial yang ditubuhkan sebagai respons tindakan-tindakan yang dikenakan ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, bekas timbalan perdana menteri dan pemimpin Umno.
Beliau antara tokoh yang memainkan peranan penting dalam perkembangan Balai Seni Lukis Negara dan memegang jawatan Pengarah Balai Seni Lukis Negara dari 1983 hingga 1991.
"Arwah tempah baju kurung itu dengan sepupunya dan minta sepupunya menjahit baju kurung Pahang dalam masa satu hari, dan baju itu sempat disiapkan dalam masa ditetapkan.
Menurut ibunya lagi, sebelum meninggal arwah anaknya selalu menyebut perkataan 'tidak sempat'.
"Kita dari mula lagi rasa prihatin kerana kedudukan beliau. Pendekatan kami di kementerian buat ialah pendekatan kebajikan dan tidak menghukumkan orang," katanya sebaik tiba di pejabat Wanita Umno di Menara Datuk Onn di Kuala Lumpur, sebelum mempengerusikan mesyuarat pergerakan itu.
"Tak ada apa yang saya nak cakap (mengenai pembelian cincin lebih RM24 juta) sebab saya tidak ada masa hendak layan perkara seumpama ini. Ikut sedap dia (blogger) saja hendak cakap (tuduh).
14 Julai lalu, pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, membuat laporan di Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan pembelian sebentuk cincin oleh Rosmah.
Rosmah yang berada di Kedah mengiringi Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan kerja sehari ke negeri itu semalam diminta mengulas dakwaan pembelian cincin bertatahkan berlian itu.
Dakwanya beliau mengeluarkan arahan berkenaan kepada penyokong PERKASA kira-kira 90 minit sebelum mereka sepatutnya berkumpul di Taman Tasik Titiwangsa pada jam 2.30 petang Sabtu itu.
"Saya tanya mana (pemimpin DAP) Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng, mereka kata tak ada. Kemudian, saya tanya siapa yang ada? Mereka kata (ketua umum PKR) Anwar (Ibrahim) dan (presiden PAS) Abdul Hadi Awang," kata Ibrahim.
Pada masa yang sama, dakwanya PERKASA tidak mahu menambahkan beban polis yang terpaksa berdepan dengan perhimpunan haram BERSIH pada hari berkenaan.
Ibrahim bagaimanapun mengakui pada hari tersebut beliau berada di rumah dan berulang-kali menafikan ahli PERKASA adalah penakut dan mendakwa semua penyokongnya telah bersiap-sedia dan hanya menunggu arahannya.
"Jika awak tonton televisyen setiap hari, ada demonstrasi (di luar negara) dan polis menggunakan gas pemedih mata, meriam air dan semua (untuk menyuraikan orang ramai).
Ini kali pertama seseorang ahli parlimen ditahan mengikut Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan tanpa bicara selama 60 hari. Penahanan itu boleh dilanjutkan sehingga dua tahun, sama seperti peruntukan dalam Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA) yang sedang dipinda.
Fareez Kamal menyifatkan penulis blog tersebut sudah
Malah, katanya, ada juga mengatakan beliau merancang untuk mencedera atau membunuh perdana menteri kerana beliau adalah pengasas NGO Pertubuhan Revolusi Anak Muda Malaysia.